Employment Opportunities in the International Market by MELORITA

Tuesday, May 22, 2012



Poster was designed by me. I'm a system analyst, know nothing about designing. Maka nya, mohon maaf jika poster di atas melanggar hukum alam seekor poster. Kakakakaka..



Date: Friday, 1st June 2012
Venue: UniKL Royal College of Medicine Perak, Ipoh, Perak


Fees:
  RCMP STUDENT / ALUMNI   RM 3
  RCMP STAFF   RM 10
  NON RCMP STAFF/ STUDENT   RM 10


Tentative
  9.30am - 10.00 am   Student Registration
  Arrival of MELORITA representatives
  10.00am - 12.30pm   Session with Nursing and Allied Health
  Sciences Students
  12.30pm - 2.30pm   Lunch Break
  2.30pm - 4.30pm   Staff session
  4.30pm - 5.30pm   Meeting with CEO and Head of Programs
  5.30pm   End of Session

Venue
  Student Session   Purple Lecture Hall
  Staff Session   Board Room Level 2


For Non-RCMP students / staff, kindly contact me (fieda84@yahoo.com) for more details.

This is your chance to find out more on International career opportunities.

More information on MELORITA : http://www.melorita.com/

Click to DOWNLOAD  the registration form.

(Nope, this is not what I was talking about in my previous entry where I said I need your help. :P That one will come out soon.)



Commitments!

Monday, May 21, 2012

I have too many!

Twitter, blog, Tumblr, Facebook, foursquare, Instagram, Formspring, my diary, credit card (eh?) etc.

Lol.

Excuses. Like always.


Sorry for the lack of updates. May is nearly gone by now.

Recently I went to Universal Studios Singapore. Akhirnyeeeee sampai gak rezeki Tuhan nak bagi kat aku. Hehe.

Sepatutnya aku pergi awal tahun lepas. Tapi malang odorless aku ditakdirkan jatuh di bilik lantas menyebabkan sedikit keretakan tulang ponggong dan slipped disc lalu dimasukkan ke hospital Pantai Ipoh setelah baru seminggu discharged daripada hospital KPJ Ipoh akibat serangan batuk melampau dan asma menyebabkan aku tidak mampu untuk turut serta dalam rombongan ke USS tersebut kerana dikhuatiri pinggang dan ponggong ku tidak mampu menahan kesakitan serta berat dengan muatan lemak berlebihan ini justeru aku melupakan hasrat untuk ke sana.

Tu dia.

I'd like to share some photos but since sekarang guna iphone app je, so tengok la camne.

Bagi yang dah pernah pergi, yes aku naik Galactica tu haha. Ada dua kan, merah (human) dan biru (cylon). Since cylon lebih berpotensi untuk mempengsankan kami, maka kami naik lah human dulu. Kasik feel, baru naik cylon.

Tapi dia punye queue uuu mak aii. Beratur taktau lah berapa lama, sampai tahap mencangkung sambil mengipas. Panas kat dalam tu. Tapi tempat menunggu yg lain takde plak panas camtu. Aircond broke down kot? Haha.

Naik Galactica tu memang senyap la aku kan. Aku rase terdaya nak jerit dalam 3 saat je kot. Tak mampu nak bersuara langsung. Gayat sungguh la yang mula2 tu. Aku turun2 terus lemah lutut.

Nak naik Cylon tapi tak sanggup nak queue. Pastu duk tunggu yang lelain, masa berjalan. Akhirnya tak naik la. Masa dah suntuk. Kami sangkut lama kat sci-fi city tu. Baru lalu situ, masa dah habis 4 jam. Baru 1/4 USS.

Dah lah tak makan lagi. Kitorang pekena nasi briyani la lepas tu. Tapi kami naik The Revenge of Mummy dulu. Oh memang best la.

Tapi aku paling enjoy Transformers Ride laaaa. Sila lah naik. No spoilers so no further details.

Agak rugi lah pada siapa yang pergi USS sebelum adanya Galactica n Transformers Ride ni.

Paling tak boleh blah masa naik Canopy Flyer. Ku pikirkan takde pape. Dah naik terpekik terlolong sebab gayatnyeee laaaaaaa.

Ok la aku cite sikit2 dah la kan haha.

Next vacation insyaAllah ke perhentian sebelum bulan puasa ni. Semoga berjalan lancar segala perancangan. Saye suke pantaiiii. Setiap tahun kalau boleh mesti nak pergi satu kali. Tahun lepas dah pergi Tioman. Tahun ni Perhentian pulak. Tahun depan Bora Bora island la. Hahahahaa berangan.

How about Mabul? Anyone? :)

Lagi sebulan je aku nak habis belajar. InsyaAllah. Tak sabar betul tapi cukup risau dengan project paper ni. Blur betul lah nak buat.

Dah draft everything, kelmarin jumpa advisor, salah ok apa aku buat berbanding apa yang dia nak.

Hiyarkhhhhhhh.


Oh ye soon I will need your help, my friends! Yes, you. Ni gara-gara assignment kami la. Soon I will announce it.

Ok la. Nanti aku mengarut lagi. Thanks for reading.

Satu destinasi.

Tuesday, April 24, 2012

Kata seorang kawan..

Ada akal, fikir.
Ada hati, rasa.
Ada jiwa, dalami.

Selalu rasa makin jauh, tapi Dia masih mahu kurniakan kasih sayang.

Dugaan datang lagi. Tapi kali ni agak lali. Sudah dijangka.

Kadang-kadang orang yang paling banyak ketawa itu lah yang paling banyak memendam rasa.

Ketawa itu kadangkala menjadi satu alat atau pun escapism. Lari dari kesakitan.

Mungkin juga satu rawatan. Tapi bersifat sementara. Kerana apabila tibanya malam atau di saat dia bersendirian, jiwanya kembali kosong.

Hambar.

Bukan kah mencegah lebih baik daripada merawat?

Tapi apabila tidak pasti apa yang perlu dicegah, leka lantas terluka.

Bagaimana pula kalau kegembiraan itu yang akan membawa petaka? Perlu kah dicegah diri daripada merasa nikmat bahagia?

Tak payah tepuk dada untuk tanya selera.

Segalanya tertulis. Kita hidup ada misi. Jika kekecewaan yang berlaku tidak ada kaitan dengan misi itu, maka tinggalkan.

Tetapkan hati. Teruskan perjuangan.

Pukul rata.

Tuesday, April 17, 2012

Satu tengahari, aku dan ofismet dan budak praktikal jalan ke restoran di depan office bagi mengisi perut masing-masing yang jarang dibiarkan kosong.

Masing-masing tinjau lauk dan angguk beri isyarat setuju untuk makan di situ.

Cedok nasi, cedok lauk yang diingini.

Makan sampai kenyang. Tapi aku tak mampu habis semua nasi dan lauk yang aku ambil.

Sebab tak sedap.

Lepas makan, seorang kawan bayar dulu.

Ada resit di tangannya lalu dihulur ke tokei kedai.

Ikan goreng, telur dadar, nasi dan root beer.

"RM6," kata tauke.

Boleh tahan, kata ku.

Kawan kedua tak ada resit. Tauke lupa kira.

"Nasi, paru... Dengan sayur. Dan milo ais," jelasnya.

Tet tet, tauke tekan harga.

"RM6."

'Boleh tahan mahal!' Getusku. Lauknya hanya sekumit dua.

Kini giliran aku. Berdebar juga.

"Err.. Nasi, milo ais, ikan keli, telur rebus masak merah, kacang panjang dan tempe...dengan papadom DUA. Milo ais tadi saya dah sebut kan?"

Tauke angguk.

Tet, tet. Dia tekan, aku saspen.

"RM6."

OK MURAH!

Kawan-kawan ku berlalu meninggalkan restoran dengan muka bengang lagi tak puas hati.

House warming

Sunday, April 15, 2012

Satu malam, lepas isyak, pergi ke Meru untuk menghadiri kenduri.

Setelah sesat barat, akhirnya sampai juga ke destinasi.

Lepas doa selamat, makan nasi tomato bersama ayam masak merah.

Sedap.

Memang sedap.

Setelah "site visit" di dalam rumah baru si tuan rumah, duduk berborak sampai 10.30.

Satu orang mencadangkan pergi ngeteh di restoran mamak berdekatan.

Somehow rasa tak puas nak makan lagi.

Nafsu barangkali.

Ajak tuan rumah sekali. Dia setuju. Tapi lambat sedikit.

Kami gerak dulu.

Order capati.

Dan roti bakar dan telur goyang.

Tapi mamak tak paham terma telur goyang. Setelah explain "half boiled egg" dan "telur separuh masak", dia angguk.

"Takpe ke kite makan ni? Kang tuan rumah datang tengok kita makan, kecik ati plak dia.." kata ku sedikit gusar.

"Tu lah.. Siap capati, roti telur lagi.." jawab satu orang kawan.

Lima minit kemudian, si tuan rumah sampai.

Duduk di sebelah ku.

Mamak datang ambil order.

Dan tuan rumah pun tanya, "Maggie goreng ada?"


(lagi tak bley pakaii. Hahaha..)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...