Wednesday, June 08, 2016

MAHU TAHU

Dalam tawanya ada luka
Dalam hibanya ada gembira
Dalam dia, dalamnya hati
Semakin dalam, rasa sendiri

Tutur kata tak semena terhenti
Kerana bahagia yang dia cari
Terpamer sendiri tak bisa lari
Tapi puncanya bukan di sini
Mana arah datang kini pasti

Tanya dia tentang aku
Ditanya aku kenapa bisu
Mata lari, duduk ku kaku
Bicara hilang, lidah ku kelu

Kembali diri dalam gelap
Gelap lama sudah ditinggal
Mana lorong ditagih simpati
Mana lorong temu cahaya
Jatuh sakit bangun sendiri
Jatuh lagi heret berdiri
Kerana jatuh terpecah hati
Menanti apa yang belum jadi
Tiba bila sampai kah mati

Derita dia acap di dada
Tak mampu tinggal
Tak mampu pergi
Apa dituntut tak mahu terbit
Mana lagi daya menelan
Sesak nafas menghela duri

Pikul tubuh bawa ke mana
Tapi hati terpaku ke bumi
Sangka masa rawat luka
Sangka redha terbentang kini

Toleh dia ke arah aku
Tanya dia ke mana tuju
Mahu kah aku terus di situ
Jasad berteleku, hati tak tentu

Dijawab aku mahu tak mahu
Bingung apa kala dah buntu
Tiada yang rajuk membolak dada
Tiada yang remuk menjadi dendam

Maka atas dasar apa
Masih aku di depan mata?

Rentas masa tinggalkan aku
Satu hari akan ku temu
Buka genggaman aku
Lerai kusut satu persatu
Kerana yang aku mahu
Yang di depan aku



 -ANA