Sunday, June 08, 2014

Chokodok Reggae House, Ipoh


Aku rasa aku dah kurang mampu nak update blog untuk menceritakan tentang life aku ni. Not sure what's the exact reason but it's either I'm aging and starting to lose interest in sharing my life to public OR my life is utterly boring.

I guess both.

Maybe lepas ni aku cuba rajinkan diri buat review aje lah di sini. Dan mungkin sedikit tentang life aku yang hambar ni hua hua hua.

Ok review untuk entry kali ni, aku nak buat pasal sebuah kafe berkonsep reggae yang diusahakan oleh anak Melayu di Jalan Sultan Iskandar (Hugh Low St.), Ipoh, Perak. 

Sekarang ni taktau lah kenapa tapi kafe dan restoran yang bermacam konsep tumbuh bagaikan cendawan di sekitar Ipoh. Memandangkan Ipoh ni tak lah besar mana, kebanyakan restoran ni tertumpu di pekan lama dan pekan baru Ipoh. 

I've tried a few so kalau rajin, aku akan buat review pasal restoran lain.

I went to Chokodok Reggae House after work, hari Jumaat dengan berjubah hitam. Sangat lari konsep pemakaian aku di situ hahaha.





I ordered Chokodok Club Sandwich and Iced Milo (kot..). My friends ordered Nachos, cekodok itself (mesti lah nak try sedap ke tidak), etc. 



The nachos. Memang sedap! :) (RM10)

Chokodok Club. Rasa dia boleh tahan. Quite overpriced, RM15.

Lupa nak amik gambar cekodok dia. Saiz dia besar sikit, macam yang biasa kita beli dekat makcik2 jual kuih tu. Rasa dia kurang sedap sebab dia tak letak gula. LOL. Pisang tak cukup manis so cekodok rasa a bit salty. Sepatutnya cekodok rasa manis sikit la kan :D

Ada jual nasi lemak daun pisang jugak. Nasi lemak dia memang sedap! Tapi kalau tak makan pedas cam aku ni, agak mencabar nak habiskan. But kalau suka pedas, mesti boleh layan.

Kafe ni bebetul di corner lot, dekat traffic light. Aku memang tak perasan la sebab kafe ni kecik je, so ikut je membe aku bagi direction. 

Abang-abang kafe ni gaya memang reggae dan sempoi habis. Ala-ala dalam filem Rock Oo tu. So kalau nak fenfeeling era camtu, boleh datang lepak sini. :)