Saturday, July 20, 2013

Europe Trip - Netherlands


Dari Paris ke Amsterdam. Perjalanan kira-kira 7 jam. Tambah pulak ada traffic jam. Lama jugak stuck. So dua kali lah pengalaman kami stuck in the traffic jam.

Aku rasa entry kali ni tak berapa panjang kot sebab aku dah banyak lupa lah hahah.

Mula rasa excited bila nampak windmill!



Masa nak menuju ke hotel, diberitahu oleh tour leader yang hotel kami terletak di tengah bandar. Tapi entah macamana HQ tukar ke lokasi lain, hotel yang sama. Tapi lokasi kurang best sebab dekat dengan airport dan kawasan tu penuh dengan hotel je. Memang sepi.

All these aunts and uncles started to throw their tantrum to the tour leader. Ha padan muko jugak la. Siape suh cerita awal-awal hotel tu kat mana. Tup tup kena tukar. Tapi agensi ni pun satu, cari nahas sangat lah. Alasan, dekat dengan lokasi yang kami nak visit esok. But who are you trying to lie to? Those people are not stupid. Memang panas satu bas tu walaupun suhu kat luar below 10 degree hahahah.

As for me and my family.. kami frustrated jugak. But kami antara yang diam je. Malas lah beb nak panjang-panjang cerita. Bising macamana pun, diorang tak akan tukar. Dan hotel yang kami tidur tu pun, canggih gile kot. Bukan cikai punya. Breakfast pun best. Cuma aku nak pesan kat agensi V-reka ni, jangan perbodohkan customers anda. Tu je. You are not dealing with 10 years old kids beb.

Disebabkan isu ni, aku jadi hilang mood gila lah menonton telatah orang-orang tua yang seakan dah hilang pertimbangan ni. But I don't blame them for being mad. They deserved to. It's just... in my point of view, such a shame. Sampaikan muka marah diorang ni, aku tengok dah macam.......full of darkness and negativity. I was so glad my parents didn't behave such way. And we were damn tired too. We just wanted to check in and lie on bed.

Pastu, tambah pulak bilik aku + adik tak sama floor dengan bilik parents kitorang. Parents aku dah start nak mengamuk but I made face "Please don't start".

And ever since this incident, I saw our tour leader started to create a gap between us and he no longer looked cheerful and enthusiastic like on the first day.

I know it's hard but you just gotta deal with it cause it's your job. For this kind of reasons, I personally think it's safe for us not to deal with this agency anymore.

Esok pagi after breakfast, kami pun keluar meninggalkan hotel yang 'panas' tu. Suhu around 2 degree time ni. MasyaAllah sejuk mencucuk-cucuk. But it got warmer bila matahari makin tinggi. So takde lah terseksa sangat nak berjalan.




Keukenhof Spring Garden. Destinasi pertama. Taman tulip terbesar di dunia katanyeww.. hanya buka sebulan sahaja setiap tahun, iaitu ketika musim tulip mengembangkan dirinya. Dan hari yang kami pergi tu baru hari kedua ia dibuka pada tahun ni. Fuh. Awal. So banyak juga bunga yang belum bloom.

Hamboih. Sukenye.


Boyfriend baru.


Virus sengal tetap dibawa bersama.


Netherlands ni muka bumi dia bertanah landai.. jarang nampak bukit bukau. So tanahnye penuh juga lah dengan ladang dan sungai yang mengalir lesu. Subhanallah.. cantiknya tu tak terkata. If dalam gambar pun dah cantik, apatah lagi tengok dengan mata sendiri kan. Dah lah nyamuk pun takde, maklum lah bukan negara tropika kan ekekeke. Berangan setiap masa, if only I could live here!






Ye. Memang merah dia pekat begini. Macam bunge plastik!




Dalam taman tu, ape lagi.. penuh dengan bunga lah kan. Daripada kuning sekuning-kuningnya hinggalah merah semerah-merahnya. Takyah cerita banyak lah. Tengok gambar je. Selain Netherlands, di negara Turki pun kaya dengan bunga tulip ni.

Selain bunga, tarikan yang utama kat sini ialah windmill kayu nye. Siap boleh naik lagi. Best lah.

Kaki terkena air tu. Sejuk mak ai.


Rehat minum kopi lepas dah penat berjalan.









Kami juga melawat tempat-tempat lain termasuklah kilang keju, clog dan berlian. The clog and cheese factories are located at the same area, Zaan Schaan. Kawasan ni paling cantik sekali lah selain daripada taman tulip tu. Ada tasik yang membiru, ada rumah-rumah tradisional, ada sungai, ada jambatan, ada ladang, dan jugak semestinya windmill. Allahuakbar.. Sempurnanya pemandangan di sini.


Ni bukan arnab. Ni aku.


Souvenirs kat sini ya rabbi... macam-macam jenis. Sangat banyak pilihan!! Rasa nak borong semua lah.

Paling best sekali bila dapat bagi kambing makan!! HAHAHAHAHAH. Kat Malaysia tak dapat kan.. sini kambing punya jinak.. kita usap-usap pun, dia rilek je. Pastu ada local people suruh cabut rumput dan bagi kambing tu makan. Fuh bertambah excited u olls. Mamat tu pun excited tengok kitorang. LOL.





Tengok encik di sebelah kiri tu. LOL.

Di Coster Diamond Factory, kami disediakan tempat solat dan dengar je lah penerangan pasal berlian.. tapi macam angin sepoi-sepoi bahasa je. I'm not so into jewelleries.. maybe sebab tak cukup kaya lagi kot. Apatah lagi berlian. Bagi aku, better beli gadget hahaha. Lebih puas di hati aku. Masa sesi memilih cincin, aku duduk kat belakang, check Twitter and Facebook. So not interested. Haha. Belum masanya lagi lah.

Kami juga berkesempatan naik canal cruise. Not bad lah. Pusing bandar tengok senibina bangunan di situ. Best. Daripada blok yang comel gile.. sampai lah yang senget pun ada hehe. Malam tu kami dinner di sebuah restoran masakan Indonesia yang diberi nama Desa Authentiek Indonesisch Restaurant. Pergh..tak ke complicated sangat ejaan tu. Menu yang dihidangkan memang meletup. Fuh. Kenyang gila. Alhamdulillah.

Harganya aku rasa menakutkan jugak la. Ada pasangan suami isteri ni beli nasi goreng dua bungkus, kena almost RM200. Haha.

Port biase amik gambar kalau datang Amsterdam.


Perot kenyang suka hati


In front of the Coster Diamond Factory. 


Ok tu saje. Sorry for the lack of updates. Remember about my recent entry about me having to undergo a minor surgery to remove an epidermal cyst? Well, the story didn't just stop there. I'll share about it in the next entry insyaAllah.


Selamat berpuasa, semua!





Disclaimer: None of the photos are taken from any website. Each and every photo belongs to me.





Friday, July 19, 2013

This one place.

I gotta say...


I really miss this place.





Keukenhof, Lisse, Netherlands.