Monday, August 28, 2006

Birthday



mood : not really good. sakit paler!
music : I Don't Need A Man - Pussycat Dolls




Pada Sabtu lepas, genaplah umur aku yang ke 22 (wah besnye me'reveal' umur). Alhamdulillah..

Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang bertungkus lumus menyiapkan persiapan rapi untuk birthday bash kali ni. My personal thanks to Shamam and Memel sebab susah payah datang dan belikan kek.. trime kasih jugak pada yang lelain especially G, Kakya, Zura, Farah, Syakiera!!, Shidi, Bern, Pgup dan semualah yang terlibat dan yang sama-sama meraikan malam tu.. yang datang dan makan kek reramai tu, trimasss bebanyak!

Thanks skali lagi kat Shidi dan Pgup sebab susah payahhh jer bancuh air yang busuk tak terhingga tuu! Napelah aku luhur sangat sampai tak terpikir korang tergamak nak ambush aku disebabkan pakai uniform. Siap la korang kalau uniform aku rosak. :P Thanks for those lovely gifts too. *muah*

Thanks too for the pleasant surprise. Thanks Syakiera sebab sanggup jadi 'hadiah' terbesar untuk aku. Mujur tak dibungkus dek diorang je. Hehe. And thanks for willing to celebrate my day with my friends. Ah well, they're already yours. *wink wink*

Thanks jugak kepada ke'blur'an aku yang membuatkan aku mudah tertipu dan ditipu. Haha. Dem.

Kepada yang turut diraikan untuk birthday2 lepas, hepi belated birthday. Semoga panjang umur ye!

My personal congrats jugak pada Faiz sebab jadi geng pataya aku. HA HA. Padan muka. Nak kenakan aku, tapi ko pun terkena sekali.

Akhir kata, sangat-sangat terima kasih lah kepada semuaaa yang wished aku.

To Sha and Fieza, nanti kite kuar lagi as triplets dan sambut sesama ek! I'm really looking forward for that day. Tak puas rasenye bile tak dapat celebrate dengan korang as we usually did for previous years.





Thursday, August 24, 2006

'The Eleven Pipol'



Can You Name 11 People?

1. syakiera
2. G
3. arif
4. farah izzah
5. sha
6. shidi
7. fieza
8. lina
9. fezal
10. Bern
11. kakya


How did you meet 10?
- time alpha.. about 4 years ago.. glad to know u, pal!

What would you do if you had never met 6?
- huehehehee.. elok pulak terkena nama ko. he's one of my bestfriends. he thought me lots of things and i cant imagine hows life without him.

What would you do if 6 and 2 dated?
- halamakk~! lawak siyal. maybe nick 'abg char' hanye boleh digunekan oleh no.2 sahaja. Kah kah~

Have you ever seen 4 cry?
- well. eherm.. yes.

Do you think 1 is cute?
- of coz!

Tell me something about number 11
- known as ibu Ya! she's my beloved roommate.

How do you know 8?
- i knew her since she was born. she's my only sister.

Would you ever go on a date with number 5?
- hahaha.. we've been dating for years! HAHAA.. kan, Sha? [lesbo moment pls]

What's 7's favorite color?
- aiyark.. lupe. i think it's purple. err.. tul ke fieza? ngeee~~

What would you do if 6 confessed they liked you?
- ARKK! aku salah letak nama dah ni. HAHAHA. Takmo jawab, kang Shidi gelak guling-guling tak cukup tanah. anyhoos, he belongs to sumone else.

Fact about 9:
- sexy! kah kah.

Who is 4 going out with?
- no one. but maybe someday, right Farah?

who is number 5 to you?
- she's one of my bestest friends.

Would you ever live with 11??
- live in terms of wut? hehehe.. i'm living with her now. we're roommates, told u.

Is 2 single?
- yes. tapi dah fully booked kot..

Where does 7 live?
- wangsa baiduri if i'm not mistaken. kat subang kan fieza? i got her full address.. jom wei kekawan, raye ni kite serbu rumah die.

What do you think about 3?
- he's my brother. and i'm mad at him rite now coz he lost his handphone and din tell me! u wasted my credits for all the sms bro!

What's the best thing about number 8?
- her fingers... macam sotong.. geram je rase nak gigit.

What do you like about number 10?
- gentleman dan susah nak marah orang (too much of it is not good y'know )

Favorite Memory with 2?
- one of the most embarassing moments during a birthday bash. jatuh tergolek depan khalayak ramai.. owh, great.


Wild Wild Web



Nowadays, there has been news spreading around about bloggers' behaviour and their blogs. There's one article that caught my eyes in yesterday's paper.

"We cannot control them. If in the old days we used to have Wild Wild West, now we have Wild Wild Web."

LOL.

To be honest, no one can control the Web loggers. Even if you shut down all the blog hosts, we still can publish our own websites. HTML coding is so easy to learn and even you're such a dummy, you can still build your own page by using web builders like Front Page and Dreamweaver. Even Notepad can be used by us.

Sad but true, no one can really stop us.

But then, is every blogger really mean? I mean, does each and every one of the bloggers use his blog just to throw off all the harsh words and does nothing but cursing and spreading fake news?

It's true that some of the bloggers really use their blogs as a platform to spread around fake news, criticism and gossips. Sometimes they are just way over the top. I did found some blogs with really mean and offensive words criticising every inch they can like there's no tomorrow. Artists and politicians are usually their main targets (Maybe that's because most of them are hypocrites). As a matter of fact, I did criticized some of the things that I thought somewhat deserved to be criticized.

But hey, the article was right. Bloggers need to have some self-censorship eventhough it is still up to them to use their own discretion when disseminating information on the Internet.

As a blogger, I do think that all the bloggers especially locals need to stop whatever they're doing wrong. Criticizing is okay but it's best if we do it in a proper manner. Take the best example, Siti and Datuk K are currently the main targets because most of the fans are totally upset with their marriage. (Well, uh.. to me, this topic is freaking boring.) Do y'know that the forum in Siti's official website has been temporarily closed due to overwhelming reactions from the fans?

What if you were in her shoe? Or someone that has been criticized too hard? Fans are meant to be supporters, right?

I think the government emphasis to stop jerking around is totally right. Stop exploiting your own blog.

And my final advice would be, stop shitting mann..


Wednesday, August 23, 2006

Inhale..and exhale.




Oh dear..
Wut a great weekend..

Finally I was home for four days. Ahh.. I felt so good.

Last Saturday, my parents picked me up at about 1 am [ah well it was already Sunday].. then we straightly headed to Ipoh. Kesian abah, baru sampai dari Terengganu untuk amek aku, lepak minum jap kat Hassan [wahh stylo], then terus sambung ke Ipoh. Abah memang terer la driving long journey ni.. Kalau aku.. pergh.. aritu drive dari Cyber ke Ipoh pun aku serik dah.

Ari ahad, lori sampai dari Kuala Terengganu, mengangkut perabot dan segala jenis barang dari rumah sana. Aku takde la tolong pun sebab bukan barang je abah angkut, dengan orang-orang dia skali die bungkus. Haha. Aku tolong sesikit kat dapur pastu cabut naik bilek. Segan tengok lelaki-lelaki gagah perkasa di luar sinun. HAHA.

Sempat jugak tengok sepupu aku, Kak Ngah and her new-born baby, Daniel Riz Qullah.. [seriously I have no idea how to spell his name]. Comelll.. tp tak brani nk dukung sbb baru 3 minggu. Ah fragile-nyee! Jage lah ko dah besar sikit sok..

Semalam dari Ipoh ke Ampang, shopping japs.. wahhh termakbul lak hasrat aku dalam previous entry.. Pas shopping, we had our dinner at Bora Ombak..it was also some kind of tiny little early celebration of my upcoming birthday lah kirenye ni. Cool place, with cool band too.

Hurmmm.. ape nak paw abah untuk birthday pressie kali ni ek..

Masa majlis nikah Siti tu aku tak tengok sangat. Aku tengok masa part dia lafaz jer. Entah nape aku takde perasaan nak tengok..eventho aku ni salah seorang peminat dia.. [still or was.. not sure]. Kesian jugak tengok dia.. mesti banyak dia nak buat tapi kena sacrifice sebab terlampau diburu orang.

Aku balik kampung tu pun, mak sedara dgn sepupu spapat sume tanye perasaan aku tentang perkahwinan Siti.. wah bunyi macam aku ade affair pulak dengan Datuk K. Aku tak kisah sangat dia nak kahwin dengan siapa.. cuma kekadang aku ter'notice' sikit-sikit kehipokritan dia tu buat aku jadik kecewa.. [ni pandangan sbg peminat]. Tambah-tambah pulak aku memang anti dengan manusia hipokrit ni. Aku taknak sebut secara detail, kang tak baik pulak kan jadi batu api mengapi-apikan kemarahan para peminat dia yang tengah berapi tu. Cuma secara peribadi, adelah few reasons yang buat aku kecewa.

Tengok dari air muka, Datuk K tu nampak humble dan down-to-earth.. yelah tu tafsiran luaran, yang sebenar-benarnye, orang yg kenal die je tau. Apapun, pada diorang yang tak puas hati tu, udah udah la tu.. lagi korang tempelak, lagi korang yang panas. Buang masa je. Dia bukan susahkan korang pun. Bukan korang pun yang kena ngadap muka orang tua tu.. oopss..

K la sebenarnye aku nak share gambar-gambar masa demo Convo Fest aritu... tapi pc ofis ni takde Photoshop lak.. susah mau edit. Nantilah tunggu PC sendiri kebah dulu k.

Daa.

Friday, August 18, 2006

How I wished...






Things I really really wanna do right now...

1 ) Hug my mom really hard and cry on her shoulder.

2) Pergi berurut. My body is aching all over the place.

3) Nangis sepuas-puasnyeee!! Dah lama siot tak nangis camtu.

4) Have a very good longgg sleep.

5) Format my PC. Oh damn.. I miss my PC so damn much.

6) Nak sushi...

7) Shopping with my family.. aaahhhh!! [ngaku je la homesick Ayu oii]

8) Show my full support to someone I deeply respect. [terlalu besar ujian untuk mu... ]

9) Mandi laut... and snorkling would be nice too.

10) Go to the cinema and watch a nice movie alone.

11) Go home and never come back to MMU again. [haha.. how possible is that?]

12) Settle down all my problems..

13) Basuh baju. Aaa.. tak penahnye habis!

14) Menyanyi sepuas-puasnye.

15) Bowling with mom, bro, sis and cousins! [eventho i'm the worst]


Oh dear.... and the list goes onnn... and onnnn~~


Wednesday, August 16, 2006

...Membasuh luka bersama air mata.



Selumbar Api

Melihat memandang mencari erti
Kecamuk hati dihimpit bingung
Utasan jalinan lurus mengapa perlu terputus
Seri sinar itu padam kelam tidak semena

Sehalus selumbar kau diumpama
Tampak lurus nyatanya bengkok
Mencari simpang engkau membelok
Hakikat kenapa perlu kau tangkis?

Tirus engkau menusuk isi
Terbenam panas bagaikan api
Hinakah diri disakiti begini
Hilangkah sudah kewarasan diri?

Betapa kotor peribadi mu
Memijak yang benar
Menjulang yang batil
Keji dan jijik niat hati mu
Menabur duri selumbar api

Di dalam tangis diam meraba
Mencari permata di timbunan serpihan kaca
Cuba menggenggam permata bersinar
Pasrah sekalipun jemari terluka


16/08/2006 [11.30am]



"Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya." (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).



p/s : pantang terlepa, bergenang air mata..

Thursday, August 10, 2006

Yadaa Yadaa~



Semalam, time lunch.. aku amik peluang untuk tido sebab terlalu mengantuk. Tapi tu lah, taktau la kenapa sejak prektikel ni, langsung tak boleh tidur siang. Bila bangun tidur je, aku akan pening gila sampai mata pun kabur. Tapi kalau tak tidur, tersengguk-sengguk pulak dekat ofis.

Pukul dua aku bangun, tapi kemalasan dan kepeningan membuatkan aku rasa taknak pegi ofis. Terus call supervisor, mintak half day sebab sakit kepala. Ha ha ha. Sukati aku je buat macam ofis sendiri. Mujur supervisor sporting. Apa lagi, pas call, aku bantai tido aa.

Arini pulak, pas lunch, aku, Shidi dengan Faiz pegi tengok pertandingan bercerita peringkat sekolah rendah.. yelah, direktornye roommate aku sendiri, Kakya. Masa kitorang sampai tu, dah sampai time penyampaian hadiah. Agak frust jugak la. Masuk je, terus buat bising. Hahaha. Faiz dgn Shidi lah ni! Ade ke time bagi souvenir kat judges pun diorang pegi sorak? Takde keje betul.

Teringat pulak masa darjah 6 dulu aku wakil sekolah untuk short play dan story telling. Best sey... tapi masa tu, gelabah biawak jugak la aku. Takut gilo.

Pastu, gi round tengok phase baru. Gah siot hall baru. Tapi aku memang kurang minat design2 bangunan kat MMU ni.. cam skema je. Ade stalls bukak, haih... hati asyik nak membeli je. Terbeli jugak la satu barang. Hehe. Tapi nanti nak gi lagi... nak beli satu lagi barang. Mueheheh.

Esok ade colouring contest pulak. Melibatkan budak tadika lak tu. Eee.. mesti comel gile. Kalau leh kuar jap, aku nak gi tengok ler. Hehehe.

Hari ni kat paper ade satu berita yang buat aku ketawa besar. Kes perompak tersalah cilok mesin deposit cek tu. Hahaha.. lawak siyal. Actually ni bukan berita pertama pasal mesin ATM cuba dirompak tapi gagal.. tapi yang ni paling kelakar la aku rasa. Macamana punya rakus diorang ni sampai salah rompak. Haha. Malu siot. Dah macam cita lawak jenaka pak pandir pulak. Mesti balik tu, bos diorang flush kepala sekor-sekor dalam lubang jamban.

Moral of the story, nak merompak pun kena tahu membaca ok?


Tuesday, August 08, 2006

.: Survey Lah Lagi :.



Haih.. ape lah aku salah makan ni.. dah lima kali aku masuk kuar tandas arini. Dah la bosan dan ngantok duk dalam ofis ni.

Hari ni ramai kekawan yang dah mula balik ke MMU untuk training wajadiri dan demo Convo Fest. MMU Convocation akan berlangsung tak lama lagi, weekend ni. Banyak jugak aktiviti yang akan diadakan. Bertuah lah sapa yang convo kali ni sebab dapat jadi first batch yang merasa hall baru. Apa pun tahniah ye pada yang diraikan. Eee.. tak sabarnye nak grad.

Kali ni ada pertunjukan demo dari macam-macam jenis martial arts. Semuanya bes dan aku paling ternanti-nantikan demo silat Cakra Alam. Hurm.. interesting~

Jom, jom, kita meriahkan Convo Fest. =)

Ok lah, aku kesangapan ni (walaupun keje banyak). So izinkan aku buat survey lagi.. hehe.


Chapter 1: You
------------------------------------------

Nickname(s):
Ayu, Nora, Fieda

Current location:
Cyberjaya, Selangor.

Eye color :
dark brown / hitam



Chapter 2: Family
----------------------------------------------------------------------------

Do you live with your parents?
Kat Cyber ni duk hostel.

Do you get along with your parents?
Very much indeed. Makin tua, makin close.

Are your parents married/separated/divorced:
Married. Alhamdulillah. Tunggu dapat cucu pulak ek ibu, abah. Ha ha ha~



Chapter 3: Favorites
----------------------------------------------------------------------------

Ice cream flavor:
Hurm.. kurang suka eksrem. But I choose, chocolate with cookies.

Season:
Satu musim je pun kat M'sia ni.. Kalau negara 4 musim, winter and autumn.

Shampoo/conditioner:
Loreal kot.. Skrg ni pakai Dove, tapi terasa kurang serasi.



Chapter 4: Do You
----------------------------------------------------------------------------

Sing in the shower:
Yes, bile kat umah je. Hostel tak.

Write on your hand:
I hate it. Malas nak basuh.

Call people black?:
Black? Hehe.

Believe in love:
Of course, love is very universal.

Sleep on a certain side of the bed:
Suka tido sebelah katil yang ade dinding.

Have any bad habits:
Suka suruh Shidi drive.


Chapter 5: Have You Ever
----------------------------------------------------------------------------

Broken a bone:
Nope.

Gotten stitches:
Tadak!

Taken painkillers:
Once. Dem.. I din know I'm allergic to pain killers! Habis bengkak2 muka aku.

Gone SCUBA diving:
Haven't, but I'd love to.

Been stung by a bee:
Pernah kot, masa kecik.

Thrown up in a restaurant?:
Nopee~

Sworn in front of your parents:
Yeah..

Had detention:
Pernah... biase la, aku ni nampak je innocent. Jahat tau sbenarnye.

Been sent to the principal's office?:
Yes.. HAHAHAHA! Told you.



Chapter 6: Who/What was the LAST
----------------------------------------------------------------------------

Person that said they love you?:
My mother.

Where did they say it?:
On the phone.

Person to call you?:
Entah sesape tah dari Legend Hotel.

Person you hugged:
Kak G.

Person you tackled?
Manade.

Thing you touched:
Currently is my keyboard. Right before, my handphone.

Thing you ate:
Chewing Gum. Err.. kire count jugak ke?

Thing you drank:
Air suam. Ok Shidi? :P

Monday, August 07, 2006

.: Survey :.



1) Single, Taken, or Crushing?
~ single. crush ermm...takde kot. kalu ade, mesti aku dah ingat. :P


2) Are you happy with where you are?
~ Alhamdulillah, yes.


3) When you meet the right person, do you fall fast?
~ how do we know it's the right person?


4) Have you ever had your heart broken?
~ yes.


5) Do you believe that there are certain circumstances where cheating is ok?
~ yes. some things are better left unsaid.


6) Would you ever take someone back if they cheated on you?
~ if he can cheat you once, trust me he'd do that again.


7) Have you talked about marriage with another person?
~ yes, i have.


8) Do you want children?
~ harus ler..


9) How many?
~ errr...tengoklah rezeki Tuhan nak bagi..


10) Would you consider adoption?
~ tengok pada niat.


11) If somebody liked you right now, what do you think is a cool way to let you know?
~ hahahahaa.. poyo gile soklan. i can tell nobody likes me at the mo. anyway, i dun believe in clues. bagitau terus.


12) Do you enjoy playing hard to get?
~ I'm not playing it. I just don't fall easily.


13) Be honest, do you play the "game" when you are dating?
~ Wut game? Ha. Ha.


14) Do you believe love at first sight exists?
~ not sure. sometimes it can be true. crush at first sight bole? hehe.


15) Are you romantic?
~ i think so.


16) Do you believe that you can change someone?
~ I don't, but there's ppl already said that.


17) If you could get married anywhere, money not an object where would it be?
~ i always prefer my hometown at Kampung Manjoi.. thanks.


18) Do you have feelings for someone right now?
~ Fortunately, no.


19) Have you ever wished you could've had someone but you couldn't?
~ hermmm.. yes.


20) Have you ever broken a heart?
~ sadly yes. I'm truly sorry~~ :(


21) Would you ever fight somebody over your significant other?
~ Mari menyanyi bersama, "Siapalah aku ini...."


22)What would you say about your last ex?
~ errr....next? eh habis dah.. bagus-bagus.

Saturday, August 05, 2006

Friends Tributes



CAUTION: It's gonna be a long entry.


" A friend is someone who knows all about us, and loves us just the same. Friendship is a wonderful bond, an enchanting chemistry between people, which feels like magic. "


Friendship Day is celebrated on the first Sunday of August.. so this year it's gonna be on 6th August.

Perkara macam ni mungkin nampak temeh bagi sesetengah individu, tapi bagi aku penghargaan itu perlu bagi sesebuah persahabatan. So here are my personal tributes to all of my friends.



Syakiera
Lama dah aku kenal ko.. bestfriend paling lama aku penah ada. We've been good friends since 2000 and our friendship still remain stronger than ever. Terlalu banyak benda kau dah berkorban untuk aku.. dan aku harap friendship kita kekal utuh sampai bila-bila. Dengan kau jugak, kita dah buat banyak benda pelik-pelik yang mana orang lain tak buat.. Livre.. remember? I'm sure you do. Tu satu kerja gila gak tu. Kalau terlepas kat orang lain, naya gila. Surat tu.. ingat? which I called it 'Letter of the Future'. Haha. Tu lagi gila.

Takde orang lain yang tahu rahsia aku sebanyak yang kau tahu. Sekalipun kita ni berjauhan, takde sebab kenapa kita nak renggang. Eventhough jarang jumpa, tapi kita masih rasa dekat macam waktu sekolah dulu. Dulu tu, dah hari-hari jumpa kat sekolah pun, balik rumah nak gayut lagi berjam-jam. Macam tak jumpa dah esok harinye.

Thank you so so much, Syakiera.. for being the greatest friend I've ever had.




Sha Shnizzle
Until this second, I'm still confused is it Shnizzle ke.. Shnnizle. Haha. Sori beb. Aah my dear dear Sha, dengan kau lagi la macam-macam kenangan ada. Kekadang kita senyap je.. kekadang ari-ari duk meraban dalam chatting. Macam bermusim pulak. Kenal kau accidently masa Alpha dulu.. tak sangka lak melekat sampai sekarang. Sapa sangka kan?

Masa kita Beta dulu adalah saat-saat yang paling mencabar untuk kita. Susah nak lupa beb.. tapi tak pulak aku simpan sebagai satu kenangan pahit. Aku still ada emel-emel tu.. baru minggu lepas aku baca.. kelakar pulak rasa. Macam kanak-kanak. Haha. Actually all the hard times tuu yang buat kita stronger. And we turned out that way because we loved each other too much.

Anyway, thank you for always being there for me.. regardless whatever pain has been put on us. Love you.. muahhh!!!




Hakuna ChiQaQa cliques
Especially Fieza, Icun, Zurin..

Nama grup yang sangat bes. Kita dapat pun secara tak sengaja lak tu. Yelah, asalnya main perang-perang dalam forum.. aku tau ramai grup sebelah sana tu anti aku sebab aku suka melawan. Haha. Emo betul. Almaklumlah, zaman riang kanak-kanak. Baru nak mengenal dunia. Huehehee. Eventhough rata-rata dah lost contact.. aku pun tak tahu apa cite korang yang kat Melaka tu... tapi aku still tak leh lupa la aktiviti kita dulu.. Kul 12 malam je, turun gi makan (bad habit betul). Kalau time puasa, sahur sesama pukul 4,5. Besnye masa tu. Ngantok pun gagahkan jugak bangun. Sampai ada yang sambung tidur kat meja makan.

Thanks for bringing all the good memories and laughters which made my Alpha year is my best year in MMU so far.




PSSCHMMU amigos
Especially Bern, Shidi, Faizal, G, Kakya, Farah, Zura, dan ramai lagi.

Alhamdulillah, keputusan aku untuk menyertai silat Cekak Hanafi adalah keputusan yang betul. Selain dapat belajar silat, aku juga dapat ramai kawan-kawan baru yang rata-ratanya sengal dan saiko seperti aku. Haha. Tak sangka pulak kita ni sekepala. Perkara macam ni buat kita lebih senang bergaul dan lebih mudah untuk aku menyebarkan virus-virus sengal di kalangan kita. Thehehe.

Shidi, a personal thank from me to you sebab kau dah banyak sangat tolong aku. Eventhough kekadang terwujud krisis, tak pulak aku jadikan alasan untuk lupakan apa yang kau dah buat. Susah payah kau tolong aku tu terlalu banyak.. yelah, orang takde boyfriend, kekadang perlukan bantuan lelaki, terpaksa menebalkan muka cari kau. Few days back, I didn't really have a clear picture what was going wrong with our friendship.. we seemed to be acting a bit awkward since that tiny little argument. I guess you know why. But I wasn't sure how to fix it....


My roomies, G and Kakya, thanks a lot for accepting me as one of your roommates. Pantang ada tetiga kat bilek, asyik buat perang tiga penjuru je yer. Three keywords! Remember? Engineer, A*** dan badminton! Hahaha. Sampaikan ada orang tu punyelah hebat, compose lagu dalam solat. Sorang lagi, siap buat ukiran hasil kreativiti dan seni yang tinggi. Baru sebulan lebih kita duk sebilik, dah banyak memori kita kumpul. Makan kerang rebus.. haaa sedapnye!! Kopi 'fire ship'? How can we resist? Pastu mengamok takleh tido. Haha.

G, banyak sangat dah tolong Ayu. Terima kasih sesangat! Pasni kita masak sotong dengan ketam lak ek!! Ekeke. Kita buat majlis tertutup je.. jimat sikit.

Kakya atau Ibu Ya, it feels like home when you're around. Ko bebetul gaya ibu lah. Tapi bila aku nak manja-manja ko lari pulak. HAHAHA. Busy betul ko ni.. takpe, caiyok caiyok! Anyway, thanks sebab sponsor 'fire ship'.


My biggest thank to the rest of SCH members. Tanpa korang, takkan wujud semangat ni untuk terus memartabatkan warisan bangsa kita sendiri. Korang memang bes gilo. Aja aja Fighting!




Last but certainly not least, terima kasih banyak pada semua kekawan yang mengenali aku.. mohon maaf atas segala salah silap. Selamat hari kawan.. hehe.



Cultivate a friendship,
As you do a garden bed;
Nourish, feed and watch it grow,
With help and nice things said.

Smile, it's like the sunshine
Needed for the flowers,
Loving hands to tend and care,
Soft rains and sun-filled hours.

Little hurts are like the weeds,
That come between the rows;
Pull and cast them out before,
The beautiful friendship goes.

Be proud of your well-tended garden,
And proud of a good friend too,
All the work you put into them,
Will come straight back to you

Don't neglect your garden,
Or the good friends that you know,
Don't let a single day go by,
Keep trying, both will grow.


~Ruth Moyer Gilmout~


Thursday, August 03, 2006

Quizzie



Pirates of the Caribbean and the Dead Man's Chest: What do the characters think about you?


Captain Jack Sparrow:
Believe it or not, but I think you have captured Captain Jack Sparrows heart. He fell for your kind and caring nature. Dont get me wrong, but you can handle and protect yourself all the same. He isnt making a move on you. He actually respects you and waits for the right moment, He likes to spend time with you and is unusually protective over you. And guess what? You are the only one who can stop him from getting drunk. You have tamed the untamable. You are the thing that fills his mind ever so often. He may not admit it, but he yearns for your love, touch and body. He adores you heck, even more than he adores the Black Pearl or the Ocean. To him, you are like the ocean to every pirate or sailor you are the heart of this pirate.

Will Turner:
He is very happy for Jack when he saw how he looked at you. He likes you and thinks that you and Jack are meant for each other. He is the one who always tells Jack to express what he feels but Jack always do otherwise. He is very happy to see his friend very cheerful and happy all the time but even if you and Jack end up to fight he and Elizabeth are always there to bring the two of you back together.

Elizabeth Swann:
She cries every time she sees you and Jack together. She is very happy for the both of you and really loves you more than anything. She likes the way you and Jack can sometimes get into arguments but still get back together and be friends again. Friends? Yes, she knows that you and Jack are just friends but knows that one day you and Jack could be more than she could hope. Elizabeth loves you like a sister and is always with you.

Davey Jones:

Thinks you are a very beautiful woman. You remind him of the Ocean, calm, innocent and fragile but if necessary, fierce, strong-willed and strong. He is very happy for Jack because he reminds him of his own love life but still is out to get the both of you.



Take the QUIZ

Tanda-tanda anda bayi awal tahun 80-an:



kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles (aku suke kaler biru!! LEONARDO! Who else? Donatello, Michaelangelo, Raphael!), Mask, Smurfs (those blue dwarfs!),Voltron and Jam.
berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan.
mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... (tak bes langsung masa ni!)
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. (oh dear, bile nampak misi uniform putih, kecut perut.)
ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time tuh minum susu.
sekotak 30 sen jek beb... (aku salu dpt free sbb aku anak cikgu. kotak kaler coklat.. mana ade dah skrg.)
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
pukul tapak tangan...kan? (mak aku pun ade pembaris ni, tp die gune untuk jahit baju. )
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. (mi goreng, doposen je ok?)
Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa. (oo yeah. Chujitsu! Ampang Park!)
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa... (aku tak suke kasut wira sbb lambat kering. haha.)
internet? email? mendalah ape tu? (ntah! macam bombastik gile je!!)
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. (hehe..i got plenty. skrg sume dah takde.)
tiket wayang pun 5 inggit je. (taktau la pulak. tgk wyg pun skali je mase tu, cite Jurassic Park. tu pun dgn family. balik kul 1 pagi, rase macam otai gile. sekarang?? )
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni,
'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. (sapa ingat keropok durian tu? my favourite! dah susah nak jumpe.)
tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. (masa darjah 6, salu kelas kitorang diminta habiskan makanan yang berbaki. bes gilo.)
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... (haa rounders besnye..i played with my mum once! satu team lak tu..dan kitorang 'mati' serentak! )
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...(ahh main getah lagi bes! either jadik ibu.. atau jadik lelong??)
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan,kene patahkan kat tengah2 die! (ice pop!)
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa. (pastu kapur tu, sental kat kasut kasik putih!)
hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' (errr..aku pun tatau~) dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... (I was a big fan of WL okey?)
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. (err..arr??)
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. (dulu manade Windows beb!)
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. (sapa penah ade TV yang ade cover papan tu?)
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone... (aaa.. aku pun tak boleh.. haha)

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke: (bukan tua, tak berapa muda.)
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin (just a few numbers..)
3. korg sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer, selamba je.
4. kita geleng kepala bile nengok budak2 skolah menengah guna handphone. (budak skolah rendah pun dah ramai ok! siap ade jual top-up kat koperasi.)
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari (ha'a.. knape ye? sbb YM kot?)
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu... (masalahnye, tak jumpa jumpa.)



Tambahan:
- Summersault berkembar!! Emo tengok cite ni! Bess!!
- zaman kite baby dulu, kalu kene demam kuning, bleh jemur kat matahari.. sekarang? ha. ngus.
- dulu zaman Kiki Lala, Kiko.. budak pompuan pakai gaun. Sekarang, SEED pun ada.
- dulu tempat melawat, Tugu Negara.. Fraser Hill.. Bukit Bendera.. Muzium Negara.. Angkasapuri.. Masjid Shah Alam. Sekarang? Nouvo.. Zouk.. Planet Hollywood.. Genting..
- dulu, bley main mercunnn!!!! Time raya memang meriah gila. Sekarang taktau lah kenapa dah tak semeriah dulu.. tengok bebudak sekarang pun... cam sangap je.
- dulu duit belanja lima posen pun dah cukup. Sekarang, RM5 pun merungut.
- dulu kasut yang bila pijak kua lampu tu kira dah cukup gah, sekarang.. budak2 zup zasss pakai kasut beroda. muka poyo je..
- dulu Genting tuu sejuk gile.. kabus je manjang.. orang ramai datang, walaupun ada bot kayuh-kayuh tu je. Sekarang.. bukan theme park je ada...
- dulu nak carik bahan untuk scrap book, ajak kekawan pegi perpustakaan awam. Kul 5 dah kena balik, library nak tutup. Sekarang adek aku main klik search kat tenet je, sampai kul 1,2 pagi sambil chatting gosip2 pasal AF. (Siap chat dengan mak Shaz AF4 tu tak tahan tu). Senangnye keje korang...
- dulu majalah favourite aku dan kekawan adalah majalah Mickey Mouse versi Melayu. Masa tu, Mangga cam agak up-to-date jugak la.
- dulu nak gi kedai beskal sendiri tu takde hal la.. baik apa yang rosak. Sekarang cuba suruh adek aku pegi, in your dreams! Naik beskal pun taknak.
- dulu cekodok pisang sebesar penumbuk, doposen je. Sekarang? Besar lagi bahan perkumuhan haiwan spesis kambeng.
- dulu teka-teki kena main lukis-lukis kat kertas. jawapan sume sengal gile. tapi sekarang teka-teki.. banyak yang satu colour je. Tak biru, kuning.



Ah well tahun lepas aku ada pos entry pasal ni but different version. Tu pun bes jugak.. (click here)seronok juga sekali sekala imbas balik zaman lalu.. Terlalu banyak beza. Semakin membangun dunia kita ni, manusia jadi semakin malas sebenarnya. Semua nak kena ada bantuan. Takleh dah nak semata-mata harap tulang empat kerat je.

So guys, ada apa-apa nak tambah lagi? Sila, sila.

Wednesday, August 02, 2006

New Look



Ok. Finally I found one.

Basically I was looking for a simple template like this one. Nampak ringkas dan tak menyerabutkan mata yang memandang. Aku juga hanya suka menggunakan template yang sesuai dengan resolusi 1024x768.

Actually keinginan nak tuka template baru ni datang bila ada kekawan yang dah mula tuka template lain. So aku pun rasa teruja jugak nak tukar sebab previous template dah agak lama aku guna. Lagipun, sengaja nak bagi diri sendiri kerja untuk dibuat kat opis ni.. sangap gile ok. Nak nak arini supervisor takde, so ni lah masa yang terbaik untuk aku tukar layout. PC kat opis ni pun dah jadik lebih dari PC sendiri sebab aku lebih banyak guna PC ni. I am damn lucky to get the best PC in this office, believe it or not. PC aku pulak dah tersadai, kekadang je on.. sebab dah teruk kena spyware.. nak format pun takleh sebab tengah tunggu driver motherboard.

Aku tak kisah sangat sebab aku sendiri tak lekat kat bilek.. Balik keje kul 5.30pm.. terus siap sebab kul 6 ade fitness training. Malam pas Isyak, training wajadiri setiap ari. I don't even have time for myself. Rasa exhausted gila kekadang tu, tapi rasa semangat tu keeps me alive. Tapi tunggu je la malam ni camne.. latihan habis kul 3 pagi ok!! Dan hari-hari akan datang juga begitu. Oh, my, goat.

The only problem is my feet! Kedua-dua belah kaki aku penah mengalami kecederaan ligamen kat buku lali. So bila training, maybe due to 'aksi-aksi terlampau' seorang crook, maka terasa sakit pulak. Dan yang tak bes nye, sengal kaki itu merebak pulak sampai ke betis. Lutut kanan pulak sudah lebam dan sakit. Itu yang aku nak berdiri lelama pun tak boleh. Selagi aku boleh tahan, I dun really give a damn about it. Cuma aku harap kaki2 ni tak akan tergeliat la. Kalau tak.....harus ler merana jiwa lara.

Apapun, disebabkan training hari-hari, aku takde masa nak restkan kaki ni.. maka aku tak dapatlah nak join jogging during fitness training. Tapi CT, gym dan games aku tetap join. Sori ye, Shidi.

Pasal friendship day, I wondered why lots of my friends thought the day falls on 1st August. It falls on the first Sunday of August lah dear.. anyway, happy friendship day in advance to those who wished me.

Anyway, aku nak ucapkan bergantang-gantang tahniah pada sepupu ku, Kak Ngah atas kelahiran baby pertamanye... ape lah namanye, tak tanye pulak. Eeee... tak sabo nak tengok!!

Tuesday, August 01, 2006

oh plis...



I'm so bored with current template...
I need a new layout!!
Helppp...

So lazy to find one..
Bah~~~


Malasnye, malasnye.

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???



Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.


Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga?


Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.


Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


wallahua'lam






Pandangan peribadi

Bagi aku, isu pompuan tak pandai masak ni dah biasa didengar sejak negara kita ni tambah maju. Rasanye, semakin ramai lelaki yang dah tak kisah sangat perempuan pilihan dia tu pandai masak ke tak (ni yang aku dengar la..tataulah ape 'hidden agenda' diorang kan). Bak kata orang, pompuan blaja tinggi mane pun, ke ceruk dapur jugak sudahnya. So? Macam hina pulak pergi ke dapur. Bukan ke dapur tu tempat kita menyediakan sesuatu yang bakal menjadi rezeki kita? Walau apepun, seharusnya seseorang pompuan tu perlu belajar masak sebelum berumahtangga. Tidak boleh kata tidak. Sekurang-kurangnya tahu serba sedikit. Jangan tak tahu langsung.. sebab? Boleh fikir sendiri kot. :P Kang cakap lelebih, susah.. nanti kena 'makan'.


Secara konklusinya, lelaki patut tahu tanggungjawab dia dan perempuan juga begitu. Tak salah pun kalau perempuan tu berkarier tapi masih tahu ke dapur.. dan tak salah juga kalau lelaki tahu main game dan tahu juga macamana nak jadi imam. Pendek kata, keseimbangan itulah jawapannye. ;)