Tuesday, April 13, 2010

Moving to another direction.


Makin lama aku makin suka lagu Can't Stop Loving You dan Man In The Mirror by Michael Jackson. Taktau la nape. Huhu..

Hari ni dapat news yang tak disangka-sangka. Harapan dah lama putus. Tiba-tiba dapat berita yang nak didengar sebulan yang lalu. Sungguh tak percaya. Terdiam. Tak boleh nak berfikir. Terpaksa mintak untuk bagi keputusan esok.

Terus cari member-member, mintak pendapat. Call ibu.

Akhirnya keputusan dah dicapai. Esok boleh bagitahu.

Apapun,
Syukur ya Allah di atas segala pemberian Mu. Sesungguhnya Engkau lebih Tahu.





Monday, April 12, 2010

Even when you're far away, I can still feel you.


1. Kelas Piano
Best tapi makin susah. Tadi aku sampai awal so cikgu suh prektis dulu kat mana-mana bilik kosong. Next week masuk level seterusnya. Wah dalam masa sebulan je. Haha. Tapi tadi susahnye la hai.. Terkial-kial. Fed-up dengan diri sendiri.

Next week datang awal. Prektis sendiri-sendiri dulu.


2. Mesin cetak
Dah lama tak jadi student ni, dah nak abis satu semester baru lah terasa kekurangan. Takde printer.

Hari tu pas kelas terus pergi Mines beli printer. Dengan bijaknya beli printer pixma mp198. Dah la satu keje pulak aku nak seret pergi ke kereta. Pergi sorang-sorang lak tu. Lenguh tangan sampai esoknya. Hahaha.

Terjumpa Faiz and Melal di Mines. Lawak tul kisah mereka ni. Anyway thanks korang temankan saye makan.


3. Telefon bimbit
Handphone rosak balik. Sungguh sedih. Nyawa tak panjang kot. Sekarang masuk wad balik. Tapi tak kena bayar pape la. Agak marah jugak la. Camne boleh rosak balik. Aritu konfiden je orang tu cakap dah ok. Tapi agaknya orang kedai tu dah bajet aku ni berpotensi bertukar menjadi singa, so dia terus offer nanti dah siap, dia deliver sendiri ke rumah. Hahahaha.

Pasni nak tukar henfon biasa je. Dah malas nak pakai henfon mahal-mahal. Aku memang tak boleh guna henfon lama-lama. Paling lama penah pakai, satu setengah tahun. Ye, saye bukan penjaga barang yang bagus.


4. Peperiksaan
Last Saturday I had my first final exam for my Master. Perghh.. memula in doubt jugak la boleh jawab ke tak cause I really had no time to do revision. Chapter ada 7. Hari Jumaat, print notes kat ofis.. ye baru nak print ok. Balik sharp at 5.30pm tapi pas Maghrib baru start study. Hahah. Pastu kul 12 dah surrender. Ade laa dalam 3-4 jam je aku study. Itupun tolak campor membuat perkara-perkara lain. Hahah.

Terpakse la study main spot question je. Alhamdulillah la apa aku spot tu mostly keluar. Tu pun tibai jugak la. Mudah-mudahan tak teruk sangat la marks aku. Kah kah.


5. Hari Lahir Sha
Ahad lepas.. eh semalam..sambut birthday Sha. Order cupcakes from kawan officemate. Design cupcakes di-google terlebih dahulu. Then susun-susun..send dekat Jalia, yang amik tempahan cupcakes. Blog dia klik sini. Gambar cupcakes boleh view di sini. Sorry la malas gila nak upload dalam blog entry ni.

Sedap cupcakes dia. Jalia designed exactly as I described. I was truly satisfied. I would definitely suggest you to try. Jalia stays in Bangi.

We had fun yesterday. So very much. Thanks sha, fieza and farina! Love you girls!!



Ok la..that's all for now. Ngantok pulak. Hee~~ XD
Nite y'all!!





Wednesday, April 07, 2010

Keluhuran lelaki secetek air longkang.


Bebaru ni henfon aku rosak secara tidak semena-mena. Touchsreen tidak berfungsi. Mase tu nak matikan snooze alarm. Malas nak pikir, terus pergi mandi. Henfon disorok bawah bantal so bila alarm berbunyi lagi, tak dengar sangat. (Note: Sound alarm saya sangat perlahan. Tak pernah ada orang sempat jaga sebelum saya off alarm tersebut)

Selesai mandi, henfon kembali normal maka alarm dimatikan. Namun begitu, dia kembali membikin onar apabila touchscreen tidak lagi berfungsi dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk membeli henfon baru sekalipun hati ini teramat berat yang sangat amat. (maaf di atas keterlanjuran penggunaaan bahasa yang salah)

Malam itu di atas katil, termenung melihat henfon yang tersadai tanpa nyawa. Dengan sungguh-sungguh dan agak dramatik, aku menadah tangan, "Ya Allah, beri lah aku petunjuk!"

Esoknya di Mines, aku mundar-mandir di sekitar kawasan jajahan penjual-penjual henfon. Beberapa kedai aku approach, mata melihat henfon-henfon yang terpamer. Sungguh tidak berkenan~~~ Iphone yang dulunya menjadi igauan, kini jauh dari ingatan.

Akhirnya sebuah kedai aku hampiri dengan rasa kosong.

"Henfon yang macamana you mau?"

"Yang ada semua. Wifi, 3G, kamera..."

Dia keluarkan satu demi satu. Semua aku tak minat. "Keciknye screen!" aku mengomel.

"You henfon apa pakai sekarang?"

"Henfon I dah rosak la... Pixon."

"Aiyo itu screen besar. You beli mahal kan? Itu apa rosak? Ini ada satu henfon Pixon orang hantar kasi repair. Touchscreen problem." (Petunjuk Tuhan beri)

"Hah? Ye ke? Boleh repair ke?"

"Boleeyy~~~ You kasi repair la."

Dalam sesaat lebih sikit, muka aku kembali bersinar seperti pinggan yang dicuci Sunlight. Terus agree untuk repair.

"Tapi itu mau RM300 wo..."

"Ye ke??" Buat-buat terkejut. Dalam hati, RM300 kalau nak dibandingkan henfon baru yang berharga seribu lebih?

Dipendekkan cerita, tokei kasik satu henfon temporary untuk diguna pakai sepanjang ketiadaan sang Pixon. Nokia lama.. ape ke nombor series nye. Aku pernah guna henfon tu dulu selama beberapa... minggu.

Balik rumah, saja check Inbox and Sent folders. Sent folder penuh dengan SMS tuan lama henfon tersebut. Semuanya untuk si kekasih hati.

"Yayang makan dengan sapa?"

"Yayang watpe?"

"I love you 2."

Oh tuan punya henfon ni dulu seorang lelaki. Mujur mesej-mesejnya clean.. Aku tak baca semua, scroll down.... Sehinggalah terjumpa sms yang rasa sungguh menimbulkan syak wasangka.

"Better la u tinggalkan boyfriend u dan terima i. i'm better than him. u pun tau boyfriend u tu tak gune kan? lebih baik u pilih i."

Ada lagi. Berbaur mengayat gadis ini. Aku geleng kepala.

Wahai lelaki.. sungguh la kamu ini tak boleh dipercayai. Kenapa lah banyak sangat lelaki aku jumpe, ade pompuan lain? Ini tidak tipu ye. Ini bukan tuduhan. Tapi laki-laki yang bikin tahi ini semuanya aku kenal, kecuali empunya henfon tadi. Even di tempat kerja pun sama. Dah kawen, tapi ade girlfriend. Kawan-kawan ku ramai yang bapa mereka punya cewek selain ibu mereka.

Baru tadi jumpa seorang kawan lelaki. Sudah berkahwin. Anak empat. Bercita-cita ingin kahwin dengan janda. Bila aku geleng kepala, dan bertanya perihal Nabi, dia menegakkan Nabi juga berkahwin dengan janda.

Terus aku melenting, "Nabi berkahwin dengan perempuan yang tahu jaga aurat. Tahu jaga naik baik agama! Ini janda macamana yang kamu nak kawen?"

Kerana aku kenal siapa perempuan itu.

"Dan kamu yakin sungguh kamu mampu? Zahir dan batin? Kalau ye pun nak guna ayat al-Quran untuk dijadikan alasan, jangan guna separuh ayat."

Terdiam. Lantas dia berlalu. Belum lagi aku bertanya apa niat sebenar niat untuk dia berkahwin lagi.


Wednesday, March 31, 2010

The differences.

Sometimes I think you're okay.
Sometimes I feel you're not.

Sometimes we are okay.
Yet sometimes it feels awkward.

Sometimes I think I know you.
But sometimes I forget who you are.

This inconsistency is not healthy.
Somehow it needs fixing.

But I don't know how.
No, not even a clue.

What should we do then?
Tell me, where do we start?
Where do we go from here?