Thursday, May 04, 2006

Letih dan Sakit




Terasa diri ni makin lama makin letih..
Makin lama makin hilang daya..
Penat..
Sebab terlalu banyak benda nak fikir..
Terlalu sedikit masa yang ada..
Lebih penat...
Bila terlalu banyak hati nak dijaga..
Tapi terpaksa menelan tempelak..
Dan sampai satu ketika buat aku terfikir..
Have I lost my own life?


Pengorbanan..
Sana sini diorang duk war-warkan pasal pengorbanan..
Tapi berapa ramai yang mahu berkorban..
Atau ada ke yang betul-betul faham apa yang dikatakan pengorbanan..
Tapi yang aku nampak..
Ramai je yang tak nak berkorban..
Cuma tahu mencemuh dan mengkritik pengorbanan orang lain.
Tak payah laa nak bercakap pasal pengorbanan..
Kalau hanya tahu membuka mulut dan mendabik dada.


Dua tiga minggu ni hidup aku macam terumbang-ambing jugaklah. Menolong mana yang boleh untuk persiapan Majlis Sanjungan Budi 2006. Dah jarang-jarang tidur di rumah sendiri kerana nak setelkan apa yang perlu sampai 3,4 pagi. Semalam tidur pukul 5 pagi.. Esoknya terus siap pergi presentation. Mujurlah aku tak jadi presenter. Mata dah mula buat hal.. ramai yang tegur, "Eh kenapa mata?" Huhu.. sebenarnye, aku pun tatau kenapa.


Terima kasih lah pada ahli-ahli potong yang sudi nak datang tolong balut hamper. Aku tau memasing busy dengan assignment tapi masih boleh jugak curi sedikit masa kan? Yelah, kita faham, bukan kita je ada kerja. Seronok rasa bila kita dapat kumpul buat kerja sampai lewat malam sambil gelak ketawa.. Salute sama korang yang tak banyak songeh dan selalu nampak ikhlas bila datang beri bantuan. Semoga batch MMU 9 ni kekalkan sifat-sifat macam tu sampailah kita grad, ok? :) Dan apepun, terima kasih jugak pada ahli tamat yang turut serta.. terima kasih banyak.


Adios.

No comments: