Monday, June 26, 2006

Emo kerana WC



FUCK...
I HATE NETHERLANDS!


Memula aku frust sangat bila Michael Owen injured teruk masa lawan dengan Sweden.
Eventhough aku bukanlah peminat dia.. dan sama sekali bukan penyokong England.
Tapi apa nak buat kan.. tak menjadilah gandingan Owen-Rooney di atas kecederaan yang tidak semena-mena itu.


Tapi, kali ni... double triple frustnye aku bila no.1 favourite football player aku yaitu Cristiano Ronaldo mengalami nasib yang sama.
By the time the game started, dengan bestnya aku melafazkan, "Mintak-mintak Cristiano tak injured macam Owen."
Oh well, my wish was half fulfilled, wasn't it??
(Di mana Cristiano injured tapi tak macam kecederaan Owen)


Damn!


Sememangnya aku tak suka Netherlands.. Holland.. Belanda.. wutever it is called!
Diorang main sangat kasar especially masa peringkat saringan.
Hah.. I dun care Persie is Muslim! Or..even he looks damn hot.
Sememangnya aku tak suka team yang suka main kasar.


Dan kali ni, double triple frustnye aku melihat Cristiano diterajang sesuke hati oleh pemain Blender jersi no.3, Khalid Boulahrouz.
Demmit.
Menerusi channel 902 (Player Cam Portugal), aku dapat tengok Cristiano yang tiga kali ke tepi padang dan berlari pun terjengket-jengket.
Masa tu aku dah rase macam tak best..
Eee.. akhirnya dia mengalah dan kuar padang.
I knew that moment was the hardest for him.
And yes, he cried.
Tapi ni bukanlah kali pertama dia nangis.


Rasa nak meletup jugaklah jantung aku masa tu.. huhu.. marah siol..
Duk terfikir nak ngadu kat sape ni..
Syakiera tak jadi bangun pulak..
Tiba-tiba Sha messaged.
"Ala ciannye Crissy nangeh."
Wahh...apa lagi dengan pantas ala-ala Superman Returns aku mereply sms Sha.
Aaaah...wut a relief!
Thanks, Sha!


Sekali sekala aku on the phone dengan Sha sambil tengok game..
We were damn happy di saat Boulahrouz pulak kena kad merah!
Haaa... tu la.. dah kena tulah aku lah tu.
Mujur aku tak menjalankan kegiatan Voodoo je.
Kalau Sha ada sebelah aku, memang jadi roti pintal laa aku kerjakan kerana terlampau hepi. HAHA.


Mujur aku ni bukan pengulas..
Kalau tidak, on the spot gak aku kene pecat akibat sindrom Cursing Terlampau.


The game was too agressive..I almost couldn't take it.
Kalau Sha tak call, maybe aku dah tutup TV tu.
Bukan switch off jer.. siap dengan kain batik lepas aku bungkuskan terus.
Atau paling sopan pun,
Aku tuka cenel HBO..layan Harry Potter.


Apa lagi bila tengok pemain Blender mula main tolak-tolak.
Nak gaduh, sini aa..!! (wahh.. cam bagus je aku)
Tiba-tiba Luis Figo pulak dapat flying elbow. (aritu dah bercalar muka sekali kena flying kick)
Kalau flying kiss takpe lah jugak.
Bertambah-tambah tertekannya aku macam pensil tekan apabila Deco pulak kena kad merah.
Si Costinha tu aku tak kisah sangat, cause he deserved it.
Tapi tekanan aku berkurangan sikit bila tengok Deco sengih jer.
Siap duk borak-borak dengan pemain Blender pas kuar padang.
Steady lah beb.. Comel lak tu. (hish.. aku kan tengah emo ni..)


"Agak-agak berapa lama additional time?" Sha tanya.
"Hurm..3 minit kot..." aku menjawab tanpa sedar diselangi beberapa jeritan ala-ala meneran (takleh nk jerit kuat, nanti parents aku bangun kasik jerutan pulak).
"Eh.. tak kot.. 5 minit kot."
"A'ah betul la kot. Injury time banyak ni.. siap main gado-gado lagi ni ha.." jawab aku yang agak dah sedar sikit.
"Uii 6 minit seyy!"
"Alaaa... lamanya! Aku rasa kalau Scolari tu ade heart attack, dia dah mati kat situ do.." respon aku yang kembali tak sedar.


Dan akhirnye... phewww... Portugal menang 1-0.
Terasa macam leganya.. abis jugak game yang super duper ekstrim nih.
Aku pun tatau apsal aku emo tengok game WC yang satu ni.
Maybe sebab aku berada dalam keadaan pra-menstruasi kot..
Atau kerana Portugal is my second favourite team.
Haa.. tu baru second.. kalau first..agaknya tunggang terbalik dah ruang tamu tu aku ributkan.


Sebenarnye, sebolehnya aku nak elak tulis komen aku pasal mana-mana WC game.
Yelah.. aku memang naif pasal bola sepak ni.
Tapi aku pedulik ape kan.. haha.


Seperti mana yang telah aku jangkakan,
Germany, Argentina, England dan Portugal akan mara ke quarter finals.
Huhuh.. tak sanggup lak rase nak tengok dedua match QF ni.


Oklah... sampai sini jer. Dah Subuh dah pun ni. Huahaha.

No comments: