Monday, May 21, 2012

Commitments!

I have too many!

Twitter, blog, Tumblr, Facebook, foursquare, Instagram, Formspring, my diary, credit card (eh?) etc.

Lol.

Excuses. Like always.


Sorry for the lack of updates. May is nearly gone by now.

Recently I went to Universal Studios Singapore. Akhirnyeeeee sampai gak rezeki Tuhan nak bagi kat aku. Hehe.

Sepatutnya aku pergi awal tahun lepas. Tapi malang odorless aku ditakdirkan jatuh di bilik lantas menyebabkan sedikit keretakan tulang ponggong dan slipped disc lalu dimasukkan ke hospital Pantai Ipoh setelah baru seminggu discharged daripada hospital KPJ Ipoh akibat serangan batuk melampau dan asma menyebabkan aku tidak mampu untuk turut serta dalam rombongan ke USS tersebut kerana dikhuatiri pinggang dan ponggong ku tidak mampu menahan kesakitan serta berat dengan muatan lemak berlebihan ini justeru aku melupakan hasrat untuk ke sana.

Tu dia.

I'd like to share some photos but since sekarang guna iphone app je, so tengok la camne.

Bagi yang dah pernah pergi, yes aku naik Galactica tu haha. Ada dua kan, merah (human) dan biru (cylon). Since cylon lebih berpotensi untuk mempengsankan kami, maka kami naik lah human dulu. Kasik feel, baru naik cylon.

Tapi dia punye queue uuu mak aii. Beratur taktau lah berapa lama, sampai tahap mencangkung sambil mengipas. Panas kat dalam tu. Tapi tempat menunggu yg lain takde plak panas camtu. Aircond broke down kot? Haha.

Naik Galactica tu memang senyap la aku kan. Aku rase terdaya nak jerit dalam 3 saat je kot. Tak mampu nak bersuara langsung. Gayat sungguh la yang mula2 tu. Aku turun2 terus lemah lutut.

Nak naik Cylon tapi tak sanggup nak queue. Pastu duk tunggu yang lelain, masa berjalan. Akhirnya tak naik la. Masa dah suntuk. Kami sangkut lama kat sci-fi city tu. Baru lalu situ, masa dah habis 4 jam. Baru 1/4 USS.

Dah lah tak makan lagi. Kitorang pekena nasi briyani la lepas tu. Tapi kami naik The Revenge of Mummy dulu. Oh memang best la.

Tapi aku paling enjoy Transformers Ride laaaa. Sila lah naik. No spoilers so no further details.

Agak rugi lah pada siapa yang pergi USS sebelum adanya Galactica n Transformers Ride ni.

Paling tak boleh blah masa naik Canopy Flyer. Ku pikirkan takde pape. Dah naik terpekik terlolong sebab gayatnyeee laaaaaaa.

Ok la aku cite sikit2 dah la kan haha.

Next vacation insyaAllah ke perhentian sebelum bulan puasa ni. Semoga berjalan lancar segala perancangan. Saye suke pantaiiii. Setiap tahun kalau boleh mesti nak pergi satu kali. Tahun lepas dah pergi Tioman. Tahun ni Perhentian pulak. Tahun depan Bora Bora island la. Hahahahaa berangan.

How about Mabul? Anyone? :)

Lagi sebulan je aku nak habis belajar. InsyaAllah. Tak sabar betul tapi cukup risau dengan project paper ni. Blur betul lah nak buat.

Dah draft everything, kelmarin jumpa advisor, salah ok apa aku buat berbanding apa yang dia nak.

Hiyarkhhhhhhh.


Oh ye soon I will need your help, my friends! Yes, you. Ni gara-gara assignment kami la. Soon I will announce it.

Ok la. Nanti aku mengarut lagi. Thanks for reading.

1 comment:

Unknown said...

bestnya...ntah bila la dpt peluang g uss..da lama gak x turun ke singapore