Tuesday, July 18, 2006

Kecoh berkecohan



Kecoh satu Malaysia (dan mungkin tempias pada negara-negara jiran) bila Siti Nurhaliza umum nak kawen dengan Datuk K (yo-yo-O je panggil Datuk K, mcm bunyi sgt negatif). Masa dia buat announcement tu, aku on the way nak gi lunch.. tak prasan SMS Bern suruh dtg Sirah tengok announcement perkahwinan artis no.1 Malaysia tu. Luckily kitorang nampak diorang gi Sirah.

Aku terkejut jugak masa tu. Tp bukan lah sebab CT pilih datuk tu. Yelah mulanya aku baca Utusan online kata ada ura-ura Siti nak announce. Ingatkan rumour je. Skali betul. Tu pun aku baca heading je, tak minat nak tau lebih lanjut, sebab aku memang dah jangka memang dia akan kawen dengan laki tu. Habis tu, dengan sapa lagi??

Tu aku agak heran nape ramai terkejut bila CT announce Datuk K sebagai bakal suaminya. Macam-macam siri aku dengar pasal CT ni.. ade yang kate family die pakse la.. (bercanggah pulak dlm akhbar bebaru ni kata family menghalang).. ade yang kate CT kene bomoh la.. huahaha.. Ada jugak yang kata Fadzley dah hantar rombongan tp kene reject. Punyelah banyak spekulasi. Tu baru yang aku dengar dari mulut-mulut orang.. blom lagi aku selak majalah.

Impak terbesar dari pengumuman CT tu.. ramailah yang tak setuju. Yelah beza umur 20 tahun. Dah beranak pinak pulak tu datuknya. Nak kata kerana harta, CT sendiri ada. Hensem ke Datuk K? Bagi aku, untuk usia macam tu, hensem. Tapi takkan semata-mata kerana rupa?

Mestilah hanya CT yang tahu sebabnya. Or simply said, there's no reason to fall in love. (huiii.. terjiwang pulak. Dem.)

Apapun, aku tak kisah pun die nak kawen dengan sape.. hahaha. Bab rumours tu pulak, sekadar mendengar. Percaya atau tak, takde dalam fikiran.

Daripada duk pikir hal CT nak membina masjid, baik kita duk renung kejadian Tsunami yang baru melanda lagi skali ni.. Hah, tau ke tidak ni?? Kali ni kat pantai selatan Jawa Barat dan Jawa Tengah pulak. Huhu.. Betapa besarnya kuasa Allah SWT. Semoga kita dilindungiNya. Amin.

No comments: