Monday, October 29, 2007

When time flies..

Wee...lama tak update.

Hows your raya? Mine has been really great. Eventho raya keempat aku dah start keje balik.. ajaibnye aku tak rase pulak suasana raya di ofis.. semua macam biasa je. The only different was everyone was busy passing around their kuih raya to all the colleagues. Best bila tengok semua orang sibuk bergosip sambil mengunyah kuih raya regardless what race you are.

Anyway, meh la aku kongsi sikit pengalaman raya kali ni, walaupun tak berapa nak ade kan. :P Aku balik Ipoh malam raya.. pas keje, aku dengan Kem nak bertolak.. dan nak dijadikan cerita, kete dia habis betri.. cek cek tengok dia lupa tutup lampu. Di kala hujan tu, gi la beli jumper kt Petronas, dan jump-start la pakai kete aku. Mungkin sebab kete tuu menggigil kesejukan.. lama jugak laa duk jump-start, tak mau2 jugakk start. Org Petronas yg aku angkut skali suh tulong jump-start dah suruh aku tekan minyak sampai aku rase silap-silap mahu pulak kete aku tu sampai ke bulan. Akhirnya kete Kem mahu gak hidup. Pheww... masa tu dah dekat Maghrib dah pun..

So kitorang trus gi Cyberia, simpan kete aku since nk bawak kete die balik Ipoh.. then gi Carrefour Wangsa Maju jap.. last minute shopping dan berbuka kat sana.. then gi umah Kem jap, packing.. pastu amek adek dia.. Kitorang gerak balik ke Ipoh pukul 10 lebih (malam). Ayah aku mmg tak tercakap ape dah aa.. haha.. risau gila. Kitorang masa nak masuk highway tu entah bape kali Bismillah.. saspen gile la, bukan ape.. saspen nak menempuhi trefik jem yang dijangka sangat-sangat kritikal. Haha..

Miraculously, the traffic flow was so damn fine. Memang la kete banyak.. tapi flow memang ok.. kira kalu nak speed 100 over pun boleh sangat. Dan Alhamdulillah takde la accident yang teruk sangat.. Aku jumpa 3 eksiden tapi tiga-tiga sekadar remuk sikit je. So we managed to reach Ipoh around 12. Abah and Along picked me up at Simpang Pulai.. aku sampai umah je dah rase letih.. borak2 sikit dengan family aku.. intai2 dapur.. then went straight to bed.

Esoknye, raya.

Raya kali ni berbeza sikit sebab kali ni it's my turn to give away duit raya.. Sronok jugak rasanye bagi duit raya.. Alhamdulillah, rezeki dapat awal bulan.. OCBC kasik masuk awal sempena raya.. elok pulak last month punye allowance masuk bulan ni jugak.. Syukur, syukur.

Raya ketiga, famili aku bertolak la ke KL sebab nak anta aku balik CJ.. but before that kitorang beraya dulu ke rumah bapak2 dan mak2 sedara kt Kg. Melayu Ampang.. keluarga blah ayah aku. Kitorang tak brape close sangat dengan family blah ayah aku. Jumpa pun time raya.. tu pun last year tak jumpa. I noticed how time flies so fast and how fast everyone's getting older.. huhu.. Tup tup, bapak sedara tiri (sebaya aku) dan sorang spupu aku dah selamat bertunang.. sorang lagi bakal bertunang 3 hari selepas kunjungan kami.. dan 3 lagi orang bakal bertunang really soon di mana dua daripadanya adalah sebaya aku. Phhuff!! Sorang lagi ni yg aku rase baruu je kawen.. tengok-tengok anak dia dah boleh berlari dah pun. Dear, dear... everyone's changing when I feel like I din change even a bit.

Disebabkan impak maksima yang berlaku di kalangan sepupu-sepupu yang di mana nama-nama mereka pun aku tak berapa ingat, maka anjakan paradigma juga tercetus di kalangan kedua orang tua ku..

My dearest dad started to clarify over and over again whether I'm still single or not.. while my beloved mother started to question about this particular friend of mine every single day and night.

Aku rasa macam leher ni kena jerut je.

Ada sekali ni di malam pertunangan sepupu aku, Farah.. kitorang datang dinner.. kebetulan Farah hidang sekali kek tunang dia tu.. Selamba rock heavymetal je bapak aku sound, "Ha Ayu.. gi la rasa kek tu. Mana tau lepas ni kamu pulak."

Memang sampai sudah aku tak sentuh kek tu..I did not even take a glance on it.

Malam terakhir seblum aku balik Cyber, aku tanya mak aku, "Ibu dan Abah ni dah tak sabar nak terima menantu ke?" Dengan tidak teragak-agak, mak aku tersengih sambil mengangguk.

Gulp.

Okaylah.. balik-balik isu ni je kan.. busan da. Haha. By the way, this Wednesday, ofis aku ade theme day besar-besaran sempena Halloween. DEAR GOD. I've made my decision..... not. to. dress. up.

Till then, daa~

No comments: