Sunday, February 25, 2007

Hectic


Cuti midterm sudah habis. Kerja bertimbun. Banyaknyeee benda nak buat. FYP, assignments, keje-keje persatuan yang banyak terbengkalai.. Haiyahhh.. balik cuti pun hati tak senang. Yang pastinya sem akhir ni, hati jadi makin runsing.. risau itu ini.

Balik Cyber, aku tengok dari parking lot, tingkap terbukak. Dalam hati wonder, siapa yang dah balik ni... kak G kot. Naik bilik, tengok barang-barang tak berusik. Gaya macam takde sape balik. Aku cek meja diorang, basah kena hujan. Mujur switch tak rosak. Terdetik di hati, diorang ni lupa tutup tingkap ke. Elok pulak tiba-tiba G mesej, cakap diorang on the way balik CJ. Terus reply, tanya lupa tutup tingkap ke.. then G reply, dah tutup. Pastu member-member bagitau tingkap terbukak since Khamis. Huhu. Siapa pulak yang bukak? Misteri betul. Dah lah masuk bilek orang, bukak tingkap tak tutup pulak tu. Kuangjaq sungguh!!!

Time cuti banyak habis masa kat rumah je. Nak keluar pun malas. Adik ajak gi shopping pun aku geleng je. Nak nak bila balik bercuti, lesen pun 'cuti' gak. Taktau lah kenapa kalau balik rumah, mesti aku say no to driving. Alangkan nak pegi supermarket yang lebih kurang 1km je dari rumah pun, aku suruh abang aku drive kan. Haha. Pemalas.

Kat rumah, aku banyak habiskan masa kat dapur. Masak je apa yang ada. Pastu suruh family aku serta sepupu sepapat habiskan makanan. Aku bukan terer sangat masak. Pastu resipi main cipta sendiri. Spageti Carbonara, Spageti goreng, mashed potato, memacam lah aku masak (Nak resipi, sile mesej). Takde keje. Camne tak gemuk. Masak-masak atas dapur ni aku suke. Buat biskut dan kek aku tak suke, sebab aku sendiri tak makan. Hehe. Adik dan sepupu aku cakap, aku berkaliber menggemukkan orang dalam masa seminggu. Hahah. Salah diorang jugak, bila dah habis, suruh aku masak lagi.

Okay lah tak leh lama ni. Di sini aku nak ucap tahniah juta-juta kat ex-housemate aku, Yana yang dah selamat bertunang Sabtu lepas. Arghhh.. pressure aku tengok ko. Tetahu dah selamat bertunang. Sori tak dapat datang. You know why. So sorry. Ko kawen aku datang punye. InsyaAllah. Hihi.

Tuesday, February 13, 2007

Miracles happen.



Ah susah mau explain. Kadang-kadang rasa macam tak logik je. Tapi tu lah, kuasa Tuhan. Sapa nak sangka.

Few things happened to me lately. Good things, most of them.

I was supposed to be graduating next trimester. Ni semua gara-gara satu subjek yang aku pun tak tahu macamana aku boleh tercicir. Tu lah kalau tak ikut course structure bebetul. Well, nak ikut sangat pun tak boleh sebab major aku especially batch aku punya course structure asyik berubah-ubah.

Nak appeal untuk fac offer this trimester, macam impossible. Sebab mostly budak-budak major aku dah amek. Pastu juniors pun tak ramai. Pikir punya pikir, aku takkan berjaya appeal. So I did nothing.

Sampailah masa cuti panjang yang lepas, a friend of mine sent an email regarding on this particular subject. Rupa-rupanya dia pun nak appeal. I said, count me in. Tapi aku tak berharap pun di atas sebab-sebab yang telah aku nyatakan sebelum ni.

Since then, dia pun senyap je. Memang takde harapan lah tu. Mana nak cari lagi 18 orang untuk ambil subjek ni. Tapi Rabu lepas, akhirnya dia message aku. Dia kata, "hey i guess they will offer internet programming. i need to c Mr. Subra tomorrow. i will let u know the result." Terkejut aku. Ajaibnya, macamana boleh ada harapan? But still aku tak berharap sangat. Entah-entah dia ni over konfiden je.

Lusanya pukul 5 pagi, dia tinggal mesej. "hey gurl,the subject is offering,i will let u know the schedule of class tomorrow. it will be only me n u n the lecturer is Mr Subra."

Gosh. Shoot me.

Ini mesti berkat doa mak aku ni. Takde lain. Harap doa aku je, bukan boleh pakai.

Masa ni dah hari Jumaat. Last day of registration they said. Sebelum pergi register, aku cek lagi course structure. Takut entah-entah ada lagi subjek tercicir. Bukan boleh harap aku ni..

Memang tak boleh.

Ada satu lagi subjek aku tak amek lagi! Demmit. How on earth aku boleh jadi careless bapak gile babas? This is my life I'm dealing with. *dush dush*

Subjek yang aku tertinggal tu di-offer pada sem depan. Aku pun cek online registration. Konon-konon berharap miracle datang lagi.

And yes, it did.

Subjek ini juga di-offer sem ni dan tinggal hanya satu kosong lagi.

I was damn lucky, you hear me?

Arghhh...rasa malu dengan Tuhan. Banyaknya Dia dah tolong aku... So insyaAllah, kalau pass kesemua 6 subjek sem ni.. aku grad lah.

Hepi sangat agaknya sampai esoknya aku demam dan suhu badan aku mencecah 40 darjah Celcius. Aku demam combo. Semua ada. Sore throat, tonsel, flu, sakit pala, batuk bla bla bla.. Siap mata aku naik bengkak. Doc cakap aku alergik makanan.

Kat klinik, doc cakap suhu badan aku tinggi, so dia kasik terus makan ubat. Aku pun main telan je la kesemua 5 bijik pil tanpa banyak soal. Pastu dia tanya, "Ada alergik apa-apa ubat?" Aku pun jawab, "Ada, pain killer." Doc angguk.

Masa amek ubat, ade 7 kesemuanya, aku tengok satu ni tertulis "tahan sakit". Eh macam kalau translate, jadik 'painkiller', terdetik di hati yang agak dungu seketika. Budak kaunter tu pesan, ubat tu dah tak payah makan sebab aku dah makan tadi. *gulp*

Balik tu, bengkak kat mata makin menjadi-jadi. Wut would you feel when you look into the mirror, you see no you but a monster-look-alike girl? Aku call la klinik tu, budak kaunter tu yang jawab. Dia cakap jangan makan pain killer tu tapi makan pil Dexa (untuk kurangkan bengkak). Aku jawab, "Are you sure? Sebab makin bengkak ni. Saya tak perlukan injection anti-allergy ke ape ke?" Dengan acuh tak acuh dia jawab, "tak."

Lama-lama, aku rasa macam mata pun dah tak boleh bukak, akibat bengkak yang sangat teruk. Aku pun pk, apa nak buat ni.. Siap gi bilik air, try nak muntahkan painkiller tu, tapi tak berjaya. Aku terus gi siap nak gi klinik tu balik ditemani Zura dan G. Tapi doc takde, gi Nilai dia kata. Aku perli-perli sikit, then trus blah gi klinik lain. Malas la cari gaduh sangat, muka pun dah tak serupa orang.

Kat klinik satu lagi, minah kaunter tu macam tak berkelip tengok aku. Aku takde lah nak marah, tengok je la kan pepuas. Bukan selalu..

Doc pun senyum jer.. "Ni kenapa ni?" dia tanya lembut je. "Tadi main boxing...kalah teruk.." Haha.. Taklah, I din say that. Doc kasik lagi 3 jenis ubat. Macam tak caya doc tak bagi injection. "So I don't need any injection?" "No, no. Ubat ni pun dah cukup. Saya bagi semua yang saya ade." Ye haaa~ That was a BIG relief.. sebab injection tu SAKIT NAK MAMPUS. Kecuali kalau cucuk kat your buttocks, so it would be less painful.. but herm.. no no, thank you. Malam itu aku habis rm70.

Demam aku amek masa 3 hari untuk surut. Alhamdulillah segalanya kembali normal. Aku takdelah trauma sangat, sebab dah pernah kena. Tapi ni lagi teruk lah. My mom called yesterday, she could sense something was not right. So aku pun bagitau lah the whole story. Doc tu kene marah, aku pun kena marah (sebab selalu demam).

Moral of the story, jangan percaya bulat-bulat kat doktor. Bujur-bujur takpe.



Wednesday, February 07, 2007

Durian dan Dokong


Sabtu yang lepas, aku, Kakya, Zura, Bern, Sab, Shidi dan Basya telah mengikut G pulang ke rumahnye di Kampung Awah, Temerloh, Pahang.

singgah membuang ape yang patut..Sebagai seorang manusia yang tidak pernah tinggal di kampung, harusnye aku sedikit teruja. Yelah pulak tu, dapat makan durian kampung dengan dokong.. free lak tu. Perghh... nice gilo. Buah dokong punye banyak, siap leh berenang la dalam tu.

Bertolak lebih kurang pukul 9 pagi, sampai sana kul 12 lebih. Parents kak G takde, gi noreh. Kitorang pun terus meluru ke dapur menyiapkan makan tengahari. Memang habis dapur kak G kecoh.. orang ni masak gulai tempoyak ikan patin, orang tu goreng ikan, masak sayur dan lain2. Bern tulong bakar daging.. manakala Basya dan Shidi melepaskan penat kat ruang tamu. Kul 2 lebih lunch. Then pas Zohor, duk borak2 dan lepak2 melayan anak2 sedara G..durian time~~!!

Tak lama tu trus gi makan durian pulak. Huii.. puas hati lahhh! Makan tahap takleh masuk dah. Memang tak hengat dunia. Petang pas Asar, gi dusun petik dokong. Bern, G dan adeknye menunjukkan skill memanjat pokok dokong. Huhh tabiklah. Sori la aku bukan takleh panjat tapi kang dahan tu patah, bukan leh main gam2 balik.

Pas Maghrib, aku, Zura dgn Maria kopek isi durian buat tempoyak. Huhuh sayangnye tengok durian yang masih elok bakal dikorbankan menjadi tempoyak. Ahaha.. akhirnye mak G bungkus kan satu besen utk aku bawak balik. Ehee.. jangan jeles.

G membeli sayur bersama.... kekawannye! ahaks!Aku, Zura dgn Shidi balik lepas Isyak. Yang lain, tido situ. Sedih gak la nak balik, apsal tah. Emo tul. Haha. Maybe sebab sronok melayan budak2 tu.. rumah pun riuh je. Dah rasa macam suasana malam raye je. Famili kak G bagi bawak balik dokong banyakkk gile sampai belakang kete rase berat. Terpaksa bawak sparuh ke depan.

On the way back, sempat lagi singgah Kg. Baru, Shidi tapau nasik lemak kesukaan dia tu. Nak makan kat situ, aku dgn Zura dah tak lalu nak bukak mata. Hui rasa macam exhausted gile. Aku pun tatau apsal penat sangat. Maybe sebab semalamnye tu kitorang tak tido. Entah lah, tapi memang penat gila.Ish.. sapo kt blkg tu.

Balik tu terus terbungkam. Time Subuh, aku tengok Zura sampai tido pakai telekong. Kronik sungguh. Esoknye, bangun2 terus terase tonsel dah bengkak. Abis lupa pesan doc. Kepala pun dah berat.. badan pun dah nak demam. Terus la gi beli air cap badak tu. Telan pil ape yang patut. Petang, turun main badminton. Terus kensel demam ni. Hahaha. Alhamdulillah.

Apapun, overall memang bes sebab dapat makan durian sepuas hati. Hehe.




p.s: I finally figured out why I din have the title field in my posting. I din know I've to change the setting. LOL. Sorry, Blogger.

Friday, February 02, 2007

Gewd ol' frens.



Sekarang ni banyak gile web macam Friendster, Myspace, Hi5, etc. Dulu aku ade ketiga-tiga tu.. tapi aku delete Myspace sebab aku rase Myspace merapu giler plus serabut nak mampos, termasuk la kebanyakan manusia2 dalam tu.. (tak semua ok, jgn nk emo). Hi5 plak takde motif sbenar kenapa aku join.. saje je, sbgai tempat aku nk view bile dah sangap taktau nk buat apa depan pc. Dan Friendster pulak, perintis kepada web-web spesis camni, masih menjadi my number one favourite. Later I'll tell you why.

Dari web-web camni, aku kenal ramai jugak laki. Yelah, biase kalu bab-bab nak berkenalan ni, mana ade laki mesej laki, pompuan mesej pompuan.. sangat jarang la. Kecuali lah kalau dah memang kenal, atau 'special case'. Dulu rajin lah jugak aku melayan, tambah-tambah kenalan. sekarang ni dah jarang dah. Letih lah. Ingatkan pompuan je banyak songeh, lelaki pun sama je.. banyak karenah. Tak paham aku. Kalau dah kata nak jadik kawan, jadik je la. Tapi ending mesti nak jadik lain. Apasal tah.

Tapi Friendster ni lain.. entah kenapa Friendster ni semacam banyak menabur jasa kat aku. Terus terang aku katakan fs pernah buat aku ketawa, terharu, sronok, dan menangis sedih. Banyak lah. Aku rasa jasa yang paling banyak fs buat kat orang adalah menemukan kekawan yang dah lost contact. Macam semalam, kawan lama aku masa form 1 add aku. Terkejut jugak aku. Bertambah terkejut bila tengok dia dah bertunang dah pun. Huihh mak.. Pastu aku pun tengok Friend's List dia. Jumpa lagi lebih kurang spuloh lagi kekawan aku. Memang ter'over-excited' la aku malam tu. Tengok kebanyakannya sama je.. tak berubah. Tringat la orang ni kapel dgn org tu, alih2 tgk dlm fs, kapel dgn org lain pulak. Ada yg dah grad.. ada yg dah keje. Yg mana skema, masih maintain skema. Mana yg begitu keremajaan, makin nampak stylo. Hish, masih kekal identiti diorang. Muka pun maintain jee.. Bagus tul. Aku je yang makin kembang.

Then terjumpe pulak fs besfren aku dulu. Halaa.. sebak rasa bila tengok 'Who I Want To Meet' tertera nama penuh aku. I was deeply touched! Ingat lagi kat aku.. sedangkan aku takde effort pun nak cari dia. *dush dush*

Nak lagi best, terjumpe pulak fs classmate aku sorang ni.. Alkisahnya aku adelah orang terakhir dalam klas kitorang yg tahu he was into me. Alangkan cikgu Math aku pun dah tau dulu. Patutlah ade skali ni dia borak dengan mamat ni, pastu tergelak sambil tengok aku. Lawak la masa ni. Aku tak tau pun pasal ni sampai lah satu hari dia ni pengsan dalam klas. Pastu budak2 laki dalam klas bukannye sibuk panggil cikgu, tapi sibuk terpekik, "Ayu!! Ayu!!" Aku blur habis, apsal aku pulak yang kena. Pastu dia ni bila dah sedar, terus pandang jer aku. Halaa klakarnye. Satu klas gelakkan aku. Tapi mase ni aku tak faham lagi.. sampailah satu hari aku dapat satu kertas yang aku jumpa bawah meja. Kertas tu ditulis dengan marker merah, tak ingat apa dia tulis, but something like confession on his feelings towards me. Kertas tu utk simpanan peribadi dia je, tapi budak laki klas aku yg nakal gile telah mencurinye dan letak bawah meja aku. Balik umah, aku terus bakar kertas tu. Giler kejam tak kejam. Hahahaa.. begitu kanak-kanak sekali ketike itu. Baru form one dah pandaii!

Aku blaja kat sekolah tu sampai form 3. Di situlah aku mengenal erti persahabatan.. eventho to be frank, the school was a disaster (angkara pengaruh politik kaler hijau yang melampau). Hari terakhir persekolahan siap kumpul ramai-ramai dan sorang-sorang tampil ke depan buat ucapan perpisahan. Perghh aku ingat lagi mase ni syahdu gile. Ramai yang nangis. Yang tak laratnye, budak2 laki yang menangis sampai merah bijik mata. Di situ jugak lah I had my first crush on sumone. Asalnye asyik gaduh dengan dia, last2 ter'fall' pulak. Tah pape. Adey lawak, lawak.

Hish banyak pulak aku cerita pasal kisah silam. Okay laaa.. ckup sampai sini. Daaa.