Tuesday, November 09, 2010

Pertautan sepat dan puyu.



Alhamdulillah Along dah selamat bertunang pada hari Sabtu, 6 November yang lalu. Majlis berjalan dengan lancar (ayat standard - sebenarnya enjin tak berapa nak panas lagi).

Hari Khamis dan Jumaat tu aku cuti sempena Diwali walaupun tak berapa nak logik percutian aku di situ memandangkan aku berketurunan Melayu asli, campur sedikit dengan Bugis tapi dah berlapis-lapis generasi maka darah Bugis itu mungkin hanya tinggal setitik dua saja.

So pada hari-hari cuti tersebut, aku, keluarga serta sanak saudara sibuklah membuat persiapan untuk majlis itu nanti. Khamis tu bangun sedikit awal dari hari cuti kebiasaan.. kira-kira pukul 9.00 pagi. Ibu kejut pukul 8.30 pagi tapi biasalah aku.. agak bukan Ayu Fieda untuk bangun tepat pada masanya. Ada prosedur yang perlu dilakukan sebelum aku berjaya duduk instead of terus terkujur di atas katil. Contoh seperti, cium bantal dan golek-golek bagi memastikan setiap penjuru katil bersaiz Raja itu dirasai sama rata.

Lepas sarapan, baru lah start buat apa yang belum buat. Actually malam Khamis tu lagi kami dah berhempas pulas buat hantaran. Hmm.. jap. Takde lah berhempas pulas. Sebab yang memulas, mungkin perut kami je. Banyak yang dah siap, cuma tinggal bekas cincin, towel (Ibu nak jugak buat towel padahal hantaran dah melebihi sasaran. Janji 7, akhirnya terbentang 17. Boleh?), kain, buah-buahan, dan sirih junjung.

Sirih junjung aku buat last sekali. Masa Jumaat malam Sabtu. Riuh-rendah rumah bila sanak-saudara datang. Biasa lah, kami ni kurang peka dengan keadaan sekeliling tatkala bersama. Iena dah pening kepala nak buat kain pasang tu. Kalau ikut aku, memang aku lipat-lipatkan je pastu ikat dengan reben (betul ke ejaan Melayu nya begini? Saya Bugis, remember?). Tapi makcik-makcik selaku pengkritik berwibawa pastinya mahu idea yang lebih inovasi, berdaya saing dan bermutu tinggi.

Ok mari cerita pasal majlis pertunangan Along.

Sila lawati blog Iena untuk cerita lebih lanjut.

Ngagagaga.

Sama je cerita kami. Cuma aku nak tambah sikit, kami dijamu kuih-muih, lemang, rendang dan mee bandung. Tak ke agak kerayaan di situ? Tapi comel tau lemang dia. Kira untuk tahap profesional macam aku ni, kena telan sekali lapan. Saya bukan penggemar mee bandung, dan banyak pulak lah diorang letak. Mungkin setelah dikaji saiz badan aku dan saiz pinggan, maka terhasillah kuantiti mee sebanyak itu. Mungkin mereka tak mengambil perkiraan makanan-makanan lain yang ingin saya telan, jadi tak habislah mee saya itu.

Aku juga bertindak sebagai jurukamera bidan terjun bangunan. First time guna speedlite, dol. Mana lah gwa reti kan. Main snap je. Maka terhasil lah kecacatan penataan cahaya di beberapa gambar. Maka tak apa, ada 500+ keping aku snap dengan rakus sekali. Gambar-gambar sila rujuk blog yang disebut tadi. (Nampak sangat jiwa gwa dimamah kemalasan yang tidak terhingga.)

Bunga-bunga untuk sirih junjung aku beli dekat pasar Kinta kat Ipoh ni. Sekuntum ros tu RM1 je. Ish murah ku rasakan jika nak dibandingkan harga dekat KL. Dulu aku beli bunga segar kat Seri Kembangan tu, RM3 sekuntum. Tiba-tiba terdetik di hati, "Oh apa mungkin selepas ini dapat ku hiasi kamar ku dengan bunga-bunga segar setiap hari?"

Memang misi mustahil.

Lupakan saja.

Hari Ahad pulak, bangun seawal 7.30 pagi (logik tak? logik tak?) sebab dah janji dengan sepupu nak datang umah mak dia (merangkap mak sedara aku lah, sengal). Nak tengok anaknya yang baru lahir kira-kira dua bulan yang lalu.. (baru lah sangat). Mohammad Harraz nama diberi. Sebelum tu diorang ni duk sebut-sebut "Arraj.. Arraj..." Aku agak hairan la apsal nama diberi sedemikian rupa. Walaupun masih anak dara, tapi aku tau la baby lahir keluar ikut mana kan.

"Apsal nama dah macam faraj je ni..?" Aku bertanya. Tapi tidak diendahkan.

Aku bertanya lagi, "So next nama apa? Uterus?"

Kecepuk! Tepat di kepala.

Gambar? Nanti lah.. Kemudian upload.

Yelah yelah. Aku ni bukan lah pemalas sangat sebenarnya. Pemalas nak mampos je. Tapi takpe, aku upload satu.



TENGOK. Dua aku upload. Gile kau. Tinggi effort aku.

Lepas pergi tengok Harraz, berangkat lah aku bersama Along dan cousin, Nurul ke Bagan Serai, rumah tunang Along. Perjalanan memakan masa kira-kira sepurnama, kalau seret pakai pelepah pisang. Kalau naik kereta dan ikut highway yang telah dibina oleh kerajaan dan syarikat PLUS, kira-kira satu jam setengah sampai lah.

Lunch di sana. Aku join sekali sebab tunang Along, Hajar minta aku join sekali pergi ke butik pengantin (ayat agak berkecamuk di situ). Mana tahu kalau-kalau ada yang sesuai dengan aku. Eh?

Tengah-tengah belek baju pengantin tu, aku tengok saiz semua sama rata atau dalam erti kata lain yang lebih hina, muat-muat untuk peha aku je. Maka dengan tak semena-mena aku tertanya, "Err.. saiz macam saya ni tak ada ke?"

Terus gadis itu tertawa. "Mesti lah adaaaa.."

Saya pun cuba cover balik, "Errm.. tu lah kan. Orang cam saya pun nak bahagia jugak.."

Konon-konon nak buat The Making Of lah ni..

Kantoi!! Menguap!

KAU TENGOK LAGI. Tak ke rajin namanya upload gambar lebih dari satu which means it's plural, not singular. Erti 'pemalas' tiada dalam kamus kehidupan ku.


Kitorang sempat singgah pasar lagi. Cari ikan sepat dan puyu bendang. Tak mau yang bela punya, pesan si Mak Long yang demanding. Alhamdulillah jumpa jugak selonggok RM2, tinggal itu je pun. Maklum lah pergi pasar pukul 12.30 tengahari. Sedikit salah percaturan.

Balik tu Mak Long terus goreng. Sungguh sedap!! Tak tipu dol. Apa aku dapat kalau tipu kau? (terliur ni..)

Punyalah keletihan percutian aku selama empat hari ni. Hari Ahad tu lepas Maghrib, gwa terus pengsan daa. Tak sedar apa. Dinner pun bolayan. Jarang-jarang berlaku. Jadi sila beri reaksi seperti "Whoaa.." atau pun, "Gile kentang!"

Ok sekian dulu. Kepada Encik Siput, mohon maaf Cik Ayam tak dapat speak London today.



[photo removed]
Saje test letak gambar sendiri yang tahap gediknya boleh mengundang kecelakaan jalan raya. 


4 comments:

Anonymous said...

Lain kali tulis lg blog pjg2 camni..br khusyuk dan tawaduk aku nk bc..tp yg lelain tu aku tetap bc ngan khusyuk jugak...cantik tunang abg ko..Tahniah ler yer..biler majlisnya dol...nanti aku bg tips ek...

@yU said...

hahahah panjang sangat tak bosan ke?

aku takut bosan tu malas nak tulis panjang2 selalu.

ok terima kasih ye.

majlisnye insyaAllah err.. jap.

19 februari 2011.

kalau aku jemput.. ko free turun laa ipoh! heheh.

Unknown said...

Pemalas!! pemalas nak update cerita sendiri. Mana aci link link...hahahaha


ececececeyy cun la awek gmbr bwh tu ;DDD

@yU said...

hahahaha.. memang malas punnn.

cun kan? saje.. buat penyeriiii.

wek.