Sunday, November 11, 2012

A real reward.

Haha aritu dah melencong topik kan. Hari ni gwa revise sket je la tajuk entry yang sama.

Alhamdulillah bulan 7 yang lalu aku berjaya tamatkan semester terakhir pengajian Sarjana di UiTM Shah Alam tanpa perlu extend or repeat apa-apa paper.

Syukur alhamdulillah. It wasn't easy, the journey. Bukan sebab ambil Masters ni sesuatu yang susah. Trust me, it's so much easier than taking degree yang satu sem sampai tujuh lapan subjek tu.

But untuk berikan commitment. Untuk korbankan masa dan tenaga. Part timers are having so many more challenges compared to those who do full time. Mana nak kerja lagi, yang dah kahwin tu nak kena jaga laki anak-anak lagi. Weekend nak socialize memang takde harapan la sebab sibuk ke kelas atau yang buat research tu, time hujung minggu je lah pun nak mengadap journals.

Aku pulak takde laki nak dijaga. Orang cakap senang lah kau nak belajarrr.

Well, maybe. Kalau aku tak perlu travel 200km for one way untuk ke kelas. Which means 400km for one round trip.

Duit. Tenaga. Masa.

Kalau rasa tak mampu nak berkorban ketiga-tiga tu, mungkin susah nak sambung belajar.

Kalau shah alam tu ade LRT dari KL, senang tak payah drive. Memang ada komuter tapi hari Sabtu, dari dalam kampus UiTM tu bukan lah senang nak dapat bas. Ko ingat komuter berhenti depan guard house uitm? Ekekeke.

Kelas pulak sampai 6.30 petang. So my dad lah yang paling banyak tolong aku. Yelah tak percaya anak dara dia boleh travel ipoh-KL tengah malam kan. Tapi dah hujung-hujung pengajian I managed to gain his trust and I started driving by myself. Tawakal lah. Kalau siang hari tu takpe la lagi. Ni keluar pukul 5.40 pagi (kelas start pukul 8).. Dan balik selalunya dekat-dekat nak Maghrib. In other words, keluar rumah hari masih gelap, balik rumah hari dah gelap.

Tiring. Pernah lah kena tahan polis. Tapi sebab bapak gwa pesara polis, so takde la gugup dengan diorang ni. Be transparent. Cause korang kencing macamana pun polis ni, they can tell that you're bluffing. So tak payah la perasan korang adalah pelakon terbaik filem. What I did was simply apologize for speeding and told him I was alone and I have class at 8am at UiTM. The police understood and let me go. With condition of course, to stay within the speed limit (which I couldnt do).

Dan pernah juga surat saman sampai rumah. I HAD to speed. Otherwise aku akan tertidur. I had tried. Believe me. To stay within speed limit. Memula maintain 110... Lama-lama kaki cam dah tak bape larat nak tekan minyak. Mamai... Decline ke 100... Tiba-tiba je turun ke 80km/sejam n I was so close to reach the dreamland.

Mengantuk sangat-sangat! Ye tak ye gwa speed lah. To stay conscious, I need to drive at least 125km/hr. Biasanya 130 ke atas. Its not that its fun to speed. But I really did try. Mujur je panjang nyawa tak terlelap.

So I wasnt surprised surat saman sampai. And kena justify la dekat polis kat rumah tu kan. So I told him my situation. Kena bebel la. Tapi yang lebih-lebih bisingnye tuan punye kereta la kan. Hahahaha.

Maklum la kereta ku dah berusia 13 tahun masa tu. Mana mampu long journey heheii. Pinjam aje la kereta orang kannn.

Tak besar mana lah dugaan aku tapi tempoh yang lama tu memang menuntut kesabaran. Pulak tu, time aku sambung belajar ni lah ramai sibuk nak kahwin kannnn. I missed lots of my friends' weddings. Ok well, most of them.

Ponteng je la kelas!

Tu orang provoke aku lah but ko ke bayar yuran aku? Hahaha.

And no. To me, this is my life, my commitment and my target. Kalau aku ikut cakap orang dan aku gagal capai apa yang aku nak, orang2 yang kahwin ni nak bagi apa kat aku? Haha. My failure, can you feel it? Would you let me share it with you? Would you even know how it feels?

And datang kelas bukan duduk nganga je. Kelas adalah tempat untuk debate, discussion, presentations etc. Di situ lah berlakunya knowledge exchange. You can't repeat it at the next class.

Memang frust bila kawan baik sendiri kahwin dan aku tak dapat pergi. But tak apa lah. Thats your commitment and this is mine.

Belajar itu juga sejenis ibadah. Menuntut ilmu. Jadi kena ikhlas. Lillahitaala.

Masa final sem, aku start project paper aku agak lambat and I had to pay the price lah kan. Hujung sem rasa nak gila. How crazy?

I had to change my title to completely a different one just one week before submission date.

Yep.

Crazy?

I did the paper within 5 days which was supposed to be done in 4 freaking months. That was the risk I took cause my supervisor asked me to choose. Proceed with the current title which I had to do so much more studies or change to a new one

Apa lagi, berkampung lah aku kat Shah Alam seminggu di Hotel de Art. Ha berapa aku habis untuk bayar duit bilik je. Sampai aku nak muntah duduk dalam tu. Luckily lah time tu musim Euro 2012. Sempat lah kul 2 pagi turun ke kopitiam tengok bola.

A complete mess I was.

Tu lah antara tips dan pengalaman yang aku boleh share lah kalau korang rasa nak sambung belajar. Selain itu, kalau korang nak sambung belajar :

1. Bersedia lah untuk berkorban dari segi masa, duit dan tenaga. Duit tu jangan risau sangat lah. Berpegang lah pada niat belajar. InsyaAllah Allah akan ganti balik semua tu.

2. Belajar bukan kerana terikut-ikut dengan orang. Tapi kerana memang diri sendiri yang nak belajar. Kalau belajar sebab terpengaruh atau rasa cam tanak orang lain lebih daripada kita, tak payah.

3. Ambil pengajian yang memang korang minat. Bukan sebab suami/isteri suruh. Kalau dia suruh dan memang korang minat, then its a motivation. Not a force. Jangan pernah rasa terpaksa dalam menuntut ilmu.

4. Choose wisely. Kalau masters, nak buat coursework plus thesis or full thesis. Faktor utama yang korang perlu ambil kira termasuklah tahap komitmen yang korang mampu berikan. Kalau rasa diri kena ada enforcement baru boleh disiplin, maybe patut ambil corsework. Sebab korang perlu ke kelas. So malas ke tak, kena pergi. Macam aku ni nak harap inisiatif sendiri nak read hundreds of journals dan masa pulak bergantung pada aku, alamatnye tak grad lah.

5. Bersabar lah. Kalau lah kata tiba-tiba termengandung time belajar, dugaan agak kuat. Perlu banyak bersabar. Macam aku, tengah belajar tiba-tiba pindah ke Ipoh. Kalau tak sabar, memang tak habis kot.

6. Kurangkan aktiviti sosial. Weekend sibuk ke kelas atau waktu yang sesuai untuk buat thesis. Jangan lah aktif sangat nak keluar tengok wayang, main bowling, lepak kedai mamak. Nak boleh, but agak-agak lah. Kalau tak nak bersengkang mata tak tidur buat assignment sebab esok dah dateline, sacrifice lah dulu keinginan anda nak berjimba-jimba tu. Atau bagi yang buat coursework, time cuti mid term atau cuti akhir sem, ha berseronok lah. Assignment bukan macam degree ye. You need to do lots of reading and research before you start writing 5000 words of essays. Or even more. Masters banyak kena buat term papers. Berjinggut lahh weheii.

7. You need to read. Yes. No matter how much you dislike it. Baca pulak bukan style penulisan JK Rowling mahu pun Neil Gaiman ye. U gotta read lots and lots of journals and you gotta know where to find them.

8. Ask yourself, kenapa nak sambung belajar? If buat Masters, you gotta decide why you wanna do masters. Adakah sebab nak jadi lecturer? Nak buat PHD? Atau sebab nak jadi manager? Nak jawatan management level dalam industri? Cause it determines what type of studies you should go for. Full thesis or coursework.

9. Time management. Well yes. Kalau part timer, tak boleh manage time, anda akan depressed. Know your limit and capability. I din say buat kerja last minute tu tak bagus. But pastikan korang works best bila? Last minute atau awal? Some people, last minute baru idea macam gaban keluar menderu-deru especially part menggoreng lah kan haha.

10. Communication. If you go for coursework, its better if you can speak at least basic English (kecuali lah korang belajar kat university yang medium of communication adalah bahasa melayu). Apa bahasa sekali pun, perlu ada confident untuk bercakap sebab coursework banyakkkkk presentations. And if you present by reading your slides, nasib tak baik memang kena hentam direct je dengan lecturer. Cause you're an adult. You should know how to present your ideas spontaneously cause its your own work! Kalau rasa tak bolehh sangat, then memorize lah siap-siap. Dont show to your lecturer that you are not well prepared.

Ok lah. Cukup lah aku bebel kali ni. Macam ada orang nak baca je hahaha. Siapa je lah yang baca blog sekarang ni compared to twitter and facebook. But ini lah yang buat aku rasa lebih bebas bercerita.

Via app pun berjela dol.











2 comments:

Huda@Hood said...

saya baca!

saya tak sanggup nak sambung.
kena cakap kat suami tak?

borang dah bayooo.

hahahaha.


nanti Syasya ngan Sarah yang kena buat esaimen.
LOL.


@yU said...

haaa? nape tak sanggup??

Boleh punye. Lain orang, lain dugaan dia hihi. Lagipun kalau tekad, insyaAllah dipermudahkan. Don't worry. :)