Sunday, June 16, 2013

Europe Trip - France.


Paris. Kota cinta.

Masuk je border France, aku rasa excited. Saya di Perancis kini! Yahuuu!

Berhenti makan di sebuah restoran di Dijon. Turun dari bas, rasa sejuk sangat. Sungguh dingin! Tapi tetap pakai jaket nipis. :P



Menu hari tu salmon dengan butter rice, sup pumpkin, dan aiskrim pistachio bersama sos rapsberi yang marveles gile. Dessert je lah sedap.. main course dia no komen la.. hahaha.. sup pumpkin pun macam makanan baby je. Tak caye tengok ni...


LAZAT!

Kami sampai di Evry, check in hotel dan rest sebab perjalanan dari Switzerland ke Paris memakan masa lebih kurang 6-7 jam. Hotel kali ni yang paling best sebab ada mini kitchen. Memang takde persoalan lazim yang terdetik dalam fikiran, "Boleh masak ke tak boleh?"

Bershopping-an di Carreffour. Ada halal section. Jaket malas nak cabut sebab malas pegang.

Depan hotel (Residhome Apparthotel Paris-Evry)
Rombongan kaum Adam. Abah saye dua dari kiri.



Kedai barangan Malaysia di Paris!

Berhabis duit kat sini.

Football fans n their friends berjalan melintasi kitorang sambil ajak nyanyi ramai-ramai. 

Kaki aku tu dah kenapa..

Suhu ketika kami di Paris amatlah sejuk especially bila malam. Tapi malam tak panjang. Pukul 8-9 malam, langit masih cerah. Aku dan adik pulak jenis tega taknak tutup tingkap apatah lagi pasang heater! Hahaha. Memang sejuk. Tapi selamba jugak bila nak tidur, aku pakai baju macam duk kat Malaysia je.. tapi berbungkus dengan comforter. Sangat kental sejuk aku ni.. Tapi..

Aku ada rasa cuak sikit sebab aku jenis senang hidung berdarah. Sepanjang hidup aku ni, ada dekat 20 kali dah kot hidung aku berdarah haha.

Masa tengah-tengah feeling nak tidur, tiba-tiba rasa tik..tik..tik... satu cecair keluar laju je dari lubang hidung. Terus aku seka dengan jari dan instinct aku sangat lah tepat!! HAHAHAHA.



Keesokan malamnya hidung aku berdarah lagi. Maka bertenggek lah aku kat sinki sampai stop bleeding. Sinki putih menjadi merah. Banyak pulak tu tapi sebab dah biasa kan.. ape nak buat.

Ape aku nak cerita pasal Paris ni ye. Aku rasa semua pun dah tahu apa ada kat Paris ni.. so korang layankan aje lah ye gambar-gambar hehe. Menjelang tengahari, kota Paris jadi sesak dengan lautan manusia, tourists dan juga local people yang suke lepak tepi sungai. Cuaca sejuk dingin memang syok la lepak cenggini. Sungai pun tak kotor macam kat KL tu haha.



Dah letih nak senyum kot




Oh ye, kat Europe ni pun banyak graffiti macam di Sydney.. tapi yang paling kronik aku rasa di Germany. Sepanjang jalan tu boleh nampak. But secara peribadi, aku rasa Sydney punya grafitti jauh lebih cantik dan kreatif.

Berjalan ke negara orang ni yang seronoknya adalah memerhatikan culture dan perangai orang-orang kat sana, selain daripada pemandangan dan bangunan-bangunan yang cantik tu lah kan. Di sini budaya berbasikal tu adalah lifestyle diorang, so jalanraya pun ada lorong-lorong khas untuk cyclists. Ada juga perkhidmatan menyewa basikal. Aku ada tengok tv hari tu, di mana orang kita nak terapkan budaya berbasikal ni di negara kita. Contoh, pergi kerja pun naik basikal. If only you realized the weather really has something to do with this!

One thing I realized about the local people in Paris... skill parking kereta diorang teruk gila kot hahahah. Aku kadang-kadang tergelak sesorang dalam bas tengok kereta-kereta yang diparkir sepanjang jalan tu. Siap ada separuh kereta naik atas divider, padahal parking spot tu elok je clear. Takde lah sampai kena naik atas divider hahaha. Senget-benget dan makan parking space sebelah tu biase juga lah.



Di sinilah Napoleon Bonaparte disemadikan.




Queue yang panjang untuk naik Eiffel.

We finally met!



Despite of how beautiful Paris looks like in all the photos, Paris tetap sebuah kota macam kota-kota yang lain lah. Tandas pun kotor haha. Pick pockets are everywhere. You gotta be careful with your belongings especially when you're at Eiffel Tower. Memang indah tapi banyak crimes!

Hari kedua kami di Paris, kami lunch di satu restoran Thai yang makanannya teramatlah sedap. Rasa cam ahhhh finally we got to taste the real rice!!! Sebab beras kat Europe ni alahai.... seakan tak berkanji dan keras.

Kenyang sungguh lah kenyang. Alhamdulillah. We really enjoyed the food. The best lunch we ever had in Europe. Oh well, aku bercuti ke Europe ni, berat turun beb. Hahah. Sebab bukan selalu jumpa nasi.

Ferry ride selama sejam lebih!




See how friendly they are!

Turun lepak bawah sebab dah tak mampu menahan sejuk kat atas.

COMEL SANGAT BUDAK NI!!


Nampak je sedap tapi mampu telan tomato je. Yang lain tu masam gile.

Ilusi optik. Baju jalur nampak kecik sikit :P (Gigil gila berlagak tak bawak turun jaket)


Overall, memang best lah France ni.. I want to visit you again someday insyaAllah! Cuma sini masalah bahasa. Kena rajin bukak kamus sikit. Ada sekali tu aku nak tukar duit. Jenuh!! Sorang cakap French, sorang cakap English. Last-last nak say thank you tu, aku cakaplah, "Merci!" Itu aje lah dia faham! hahahaha. 

Ada one time masa tengah queue nak bayar, orang sebelah aku tanya aku daripada mana. Aku pun jawab lah, "Malaysia." Dia geleng-geleng, tak pernah dengar. Aku pun tukar sikit, "Malaisie?" but still dia berkerut fikir.. "Err.. Kuala Lumpur?" "Ohhh ohh!! I know Kuala Lumpur!!"

Dem.


Oklah I think that's about it. Next entry will be about..err err.. jap.. Holland!




From Paris with love!



No comments: