Thursday, June 27, 2013

Why oh why?

Pernah tak anda sedang browsing dan buka banyak tab dalam internet browser anda, dan tiba-tiba keluar satu lagu yang anda tak tahu datang daripada tab yang mana? Dan lebih teruk lagi bila lagu tu bukan citarasa anda, atau membingitkan, atau anda sememangnya sedang mendengar alunan lagu daripada mp3 player anda sendiri mahu pun online radio, dan lagu ini nyatanya mengganggu lagu yang sedang asyik anda dengari?

Ya itu lah salah satu ciri website yang sangat annoying di pandangan saya. Jika anda adalah pemilik web atau blog yang mempunyai lagu yang dimainkan secara automatik di laman web anda, sila ambil tahu perkara-perkara di bawah, kenapa anda perlu buang lagu anda itu dengan kadar segera:

1. Lagu yang anda suka tidak sama sekali bererti lagu itu sedap didengar di telinga orang lain.
2. Kita semua punya citarasa yang berbeza.
3. Lagu anda tidak selalunya menepati mood yang ada pada pembaca laman web anda.
4. Buang fungsi autoplay tersebut jika anda masih berdegil untuk mengekalkan lagu tersebut. 
5. Kadangkala pembaca sedang mendengar lagu di radio atau player mereka sendiri, so jangan potong la!!
6. Bila lagu itu autoplay dan tak ada pulak fungsi untuk mematikan lagu tersebut, maka terpaksa lah pembaca menutup saja laman web anda itu.
7. Annoying, annoying and annoying. Saya selalunya tidak akan lagi mengunjungi laman web yang mempunyai lagu autoplay. Banned for life!
8. Meletakkan lagu di laman web adalah SO OUTDATED!


This is not 90s era anymore where you want your website to be all about fancy, bling bling and full of animated graphics. 




Dah berlalu dah zaman myspace, remember?


Sekian, terima kasih.




2 comments:

miszeita said...

burung tu cute laaa! like i can hear him/her saying "no no no no no!"

@yU said...

hahahaha kan!