Wednesday, August 23, 2006

Inhale..and exhale.




Oh dear..
Wut a great weekend..

Finally I was home for four days. Ahh.. I felt so good.

Last Saturday, my parents picked me up at about 1 am [ah well it was already Sunday].. then we straightly headed to Ipoh. Kesian abah, baru sampai dari Terengganu untuk amek aku, lepak minum jap kat Hassan [wahh stylo], then terus sambung ke Ipoh. Abah memang terer la driving long journey ni.. Kalau aku.. pergh.. aritu drive dari Cyber ke Ipoh pun aku serik dah.

Ari ahad, lori sampai dari Kuala Terengganu, mengangkut perabot dan segala jenis barang dari rumah sana. Aku takde la tolong pun sebab bukan barang je abah angkut, dengan orang-orang dia skali die bungkus. Haha. Aku tolong sesikit kat dapur pastu cabut naik bilek. Segan tengok lelaki-lelaki gagah perkasa di luar sinun. HAHA.

Sempat jugak tengok sepupu aku, Kak Ngah and her new-born baby, Daniel Riz Qullah.. [seriously I have no idea how to spell his name]. Comelll.. tp tak brani nk dukung sbb baru 3 minggu. Ah fragile-nyee! Jage lah ko dah besar sikit sok..

Semalam dari Ipoh ke Ampang, shopping japs.. wahhh termakbul lak hasrat aku dalam previous entry.. Pas shopping, we had our dinner at Bora Ombak..it was also some kind of tiny little early celebration of my upcoming birthday lah kirenye ni. Cool place, with cool band too.

Hurmmm.. ape nak paw abah untuk birthday pressie kali ni ek..

Masa majlis nikah Siti tu aku tak tengok sangat. Aku tengok masa part dia lafaz jer. Entah nape aku takde perasaan nak tengok..eventho aku ni salah seorang peminat dia.. [still or was.. not sure]. Kesian jugak tengok dia.. mesti banyak dia nak buat tapi kena sacrifice sebab terlampau diburu orang.

Aku balik kampung tu pun, mak sedara dgn sepupu spapat sume tanye perasaan aku tentang perkahwinan Siti.. wah bunyi macam aku ade affair pulak dengan Datuk K. Aku tak kisah sangat dia nak kahwin dengan siapa.. cuma kekadang aku ter'notice' sikit-sikit kehipokritan dia tu buat aku jadik kecewa.. [ni pandangan sbg peminat]. Tambah-tambah pulak aku memang anti dengan manusia hipokrit ni. Aku taknak sebut secara detail, kang tak baik pulak kan jadi batu api mengapi-apikan kemarahan para peminat dia yang tengah berapi tu. Cuma secara peribadi, adelah few reasons yang buat aku kecewa.

Tengok dari air muka, Datuk K tu nampak humble dan down-to-earth.. yelah tu tafsiran luaran, yang sebenar-benarnye, orang yg kenal die je tau. Apapun, pada diorang yang tak puas hati tu, udah udah la tu.. lagi korang tempelak, lagi korang yang panas. Buang masa je. Dia bukan susahkan korang pun. Bukan korang pun yang kena ngadap muka orang tua tu.. oopss..

K la sebenarnye aku nak share gambar-gambar masa demo Convo Fest aritu... tapi pc ofis ni takde Photoshop lak.. susah mau edit. Nantilah tunggu PC sendiri kebah dulu k.

Daa.

Friday, August 18, 2006

How I wished...






Things I really really wanna do right now...

1 ) Hug my mom really hard and cry on her shoulder.

2) Pergi berurut. My body is aching all over the place.

3) Nangis sepuas-puasnyeee!! Dah lama siot tak nangis camtu.

4) Have a very good longgg sleep.

5) Format my PC. Oh damn.. I miss my PC so damn much.

6) Nak sushi...

7) Shopping with my family.. aaahhhh!! [ngaku je la homesick Ayu oii]

8) Show my full support to someone I deeply respect. [terlalu besar ujian untuk mu... ]

9) Mandi laut... and snorkling would be nice too.

10) Go to the cinema and watch a nice movie alone.

11) Go home and never come back to MMU again. [haha.. how possible is that?]

12) Settle down all my problems..

13) Basuh baju. Aaa.. tak penahnye habis!

14) Menyanyi sepuas-puasnye.

15) Bowling with mom, bro, sis and cousins! [eventho i'm the worst]


Oh dear.... and the list goes onnn... and onnnn~~


Wednesday, August 16, 2006

...Membasuh luka bersama air mata.



Selumbar Api

Melihat memandang mencari erti
Kecamuk hati dihimpit bingung
Utasan jalinan lurus mengapa perlu terputus
Seri sinar itu padam kelam tidak semena

Sehalus selumbar kau diumpama
Tampak lurus nyatanya bengkok
Mencari simpang engkau membelok
Hakikat kenapa perlu kau tangkis?

Tirus engkau menusuk isi
Terbenam panas bagaikan api
Hinakah diri disakiti begini
Hilangkah sudah kewarasan diri?

Betapa kotor peribadi mu
Memijak yang benar
Menjulang yang batil
Keji dan jijik niat hati mu
Menabur duri selumbar api

Di dalam tangis diam meraba
Mencari permata di timbunan serpihan kaca
Cuba menggenggam permata bersinar
Pasrah sekalipun jemari terluka


16/08/2006 [11.30am]



"Sungguh menakjubkan perihal orang mukmin kerana semua perkara yang menimpanya ialah kebaikan dan tidaklah berlaku perkara ini melainkan hanya kepada orang yang beriman. Apabila dia diberi nikmat lalu disyukurinya maka menjadilah nikmat itu sebagai kebaikan baginya. Sebaliknya apabila dia diuji dengan musibah maka dia bersabar lalu menjadikan pula musibah itu sebagai kebaikan baginya." (Hadith sahih riwayat Muslim no. 2999).



p/s : pantang terlepa, bergenang air mata..

Thursday, August 10, 2006

Yadaa Yadaa~



Semalam, time lunch.. aku amik peluang untuk tido sebab terlalu mengantuk. Tapi tu lah, taktau la kenapa sejak prektikel ni, langsung tak boleh tidur siang. Bila bangun tidur je, aku akan pening gila sampai mata pun kabur. Tapi kalau tak tidur, tersengguk-sengguk pulak dekat ofis.

Pukul dua aku bangun, tapi kemalasan dan kepeningan membuatkan aku rasa taknak pegi ofis. Terus call supervisor, mintak half day sebab sakit kepala. Ha ha ha. Sukati aku je buat macam ofis sendiri. Mujur supervisor sporting. Apa lagi, pas call, aku bantai tido aa.

Arini pulak, pas lunch, aku, Shidi dengan Faiz pegi tengok pertandingan bercerita peringkat sekolah rendah.. yelah, direktornye roommate aku sendiri, Kakya. Masa kitorang sampai tu, dah sampai time penyampaian hadiah. Agak frust jugak la. Masuk je, terus buat bising. Hahaha. Faiz dgn Shidi lah ni! Ade ke time bagi souvenir kat judges pun diorang pegi sorak? Takde keje betul.

Teringat pulak masa darjah 6 dulu aku wakil sekolah untuk short play dan story telling. Best sey... tapi masa tu, gelabah biawak jugak la aku. Takut gilo.

Pastu, gi round tengok phase baru. Gah siot hall baru. Tapi aku memang kurang minat design2 bangunan kat MMU ni.. cam skema je. Ade stalls bukak, haih... hati asyik nak membeli je. Terbeli jugak la satu barang. Hehe. Tapi nanti nak gi lagi... nak beli satu lagi barang. Mueheheh.

Esok ade colouring contest pulak. Melibatkan budak tadika lak tu. Eee.. mesti comel gile. Kalau leh kuar jap, aku nak gi tengok ler. Hehehe.

Hari ni kat paper ade satu berita yang buat aku ketawa besar. Kes perompak tersalah cilok mesin deposit cek tu. Hahaha.. lawak siyal. Actually ni bukan berita pertama pasal mesin ATM cuba dirompak tapi gagal.. tapi yang ni paling kelakar la aku rasa. Macamana punya rakus diorang ni sampai salah rompak. Haha. Malu siot. Dah macam cita lawak jenaka pak pandir pulak. Mesti balik tu, bos diorang flush kepala sekor-sekor dalam lubang jamban.

Moral of the story, nak merompak pun kena tahu membaca ok?