Saturday, January 14, 2006

Botani dan Januari


Alhamdulillah.. exam dah habis. Selesai satu tanggungjawab.. So macamane dengan sambutan raye haji? As for me, aku sambut raya kat Taman Botani, Putrajaya bersama kekawan akrab ku, Maria dan Bern.. Bukan nak berjiwang kat sane.. Alasan utama adalah kerana library tutup. Haha. So Maria came up dengan satu idea.. blajar sambil bersantai. Heheh. So kitorang pilih la Taman Botani. Tu lah first time aku pergi setelah hampir tige tahun aku kat Cyberjaya ni. Memang best!! Pas Zohor, kitorang menuju ke sane.. dan terus mencarik port yang agak best untuk study. Oleh sebab Bern je yang penah pegi, so aku dan Maria menyerahkan sepenuh kuase kat dia untuk carik port. Lama jugak la nak cari... rase adelah setengah jam kot. Dan akhirnye kitorang study kat satu kedai makan yang tak penah bernyawa. Tempat tu memang cantek.. ala-ala cite dongeng lak.. dengan bunga-bunga yang bertaburan.. landskap ala-ala istana orang putih dolu kala.. ditambah pulak dengan angin-angin sepoi bahse.. nyamok pulak takde. Orang pun tak banyak yang lalu lalang.. maybe sebab hari raye. Lagipun tempat tu agak ceruk sket. So pendek kate, petang yang dingin dan mendamaikan tu ibarat merestui niat suci kami untuk menimba ilmu. Haha.. poyo yang amat.


[photo removed]


Pas study... dalam kul 6, kami beransur pulang. Tapi kasik pusing dulu la.. amik gambar. Hehe. Dan kitorang jumpe ade lagi port-port yang best untuk study. Takpe, lain kali leh datang lagi. Nanti nak main beskal lak la.. takpun benda yang kayuh-kayuh kat tasik tu.. (ngahaha.. begitu kanak-kanak sekali bahase ku). Dah habis pusing.. kitorang gi solat kat Masjid Putrajaya dan berkelah la kat situ. Picnic beb kat Dataran Putra. Aku masak dekat sebungkus bihun, boley abis sekelip mata. Huhu.. study memang menelan kalori dan tenaga menyebabkan kite cepat lapar.. (alasan untuk cover je ni..)


[photo removed]


Dan semalam.. bertepatan jam 12 (tepat tak tepat sangat laa..), member-member Silat Cekak Hanafi sesama kami telah mengadekan jamuan hari jadi bagi menyambut semua member yang seramai tujuh orang yang hari lahirnye jatuh dalam bulan Januari. Mereka adelah Shidi, Bern, Fezal, Kak Raina, Amam, Kak Memel, dan Kak Zura. Happy Birthday y'all~!. Thanks to Maria dan Farah sebab tolong aku masak. Happening gile malam tu.. tapi kene kontrol sket la sebab kawasan hostel. Kang tak pasal-pasal ade unidentified flying objects terbang dari memane tingkap bilek kang, susah lak kan. (Tu lah len kali carik port lain!) So kepada mereka yang bermandikan tepung dan telur, tahniah dan selamat maju jaya.

Dan trimas jugak kepada Fezal dan Bern kerna berjaye melemparkan tepung tepat ke muke aku hingga masuk tersumbat hidung dan seterusnye selsema selama satu malam.

Last but not least, selamat bercuti, member-member seperjuanganku di MMU. Hola~!

No comments: