Sunday, August 30, 2009

Bulan Puasa dan Merdeka.

Khamis lepas, aku dan ofismet berbuka sama-sama di rumah salah seorang ofismet aku, Lin kat Putrajaya. Kitorang beli makanan kat bazaar. Masa sampai dekat bazaar tu, hari dah mendung. Tengah-tengah beli, hujannnn lebat. Macam nak tercampak payung.

Lepas berbuka, tak dapat nak terawih, masing-masing lupa bawak telekung. Solat Maghrib pun pinjam telekung tuan rumah je. Lin jamu kuih raya dia buat, Mazola dengan satu lagi kuih ape tah kakak dia beli. Pastu Eva ajak main card game, Taboo. Game dia lebih kurang camni.. Based on card yang dicabut, kitorang kena suruh partner teka words dalam card tu. At the same time, ada 5 words yg berkaitan dengan word tu yang dipanggil Taboo words. So bila kita nak describe, kita tak boleh sebut the Taboo words.

For instance, the word is "Globe". The taboo words are map, round, countries, earth and spin. So bila tengah bagi clue tu, tak boleh sebut those five words and yes, we need to speak in English. Jangan cakap la grammar entah ke mane, tergagap-gagap fikir other words than the taboo words. Kelakar gila.

Ade satu word ni aku dapat, "Compost". Aku takde idea camna nak bagi clue cause it's not a common word we use everyday. So I had to think another way. Aku pun describe, "When we want to send email, we click?" Partner aku, Eva pun terus jawab, "COMPOSE!" Hahahaa. We stil got the point as long as the pronounciation sounds alike.

Sampai krem perut dan kaki kitorang gelak.

Then abis game (my team lost by 1 point), tiba-tiba diorang bawak kuar brownies siap dengan lilin. Of course lah aku terkejut. Padanlah diorang beriya sangat nak berbuka sama-sama ari Kamis tu. Si Jannah yang on replacement leave struggle datang all the way from Ipoh.

[photo removed]



Such a lovely surprise. Terima kasih Lin, Eva, Jannah dan Alin. *hugs*

Seperti weekend lepas, minggu ni aku balik Ipoh lagi.

Jumaat lepas, keluar ofis pukul 4.50pm.. terus bergegas ke Shah Alam untuk amik adik aku. Mak aih dia punya jem.. I did expect the traffic jam sebab dulu aku pernah amik dia pas office hours. But this time, it was ten times worse. Maybe orang kelam kabut nak balik prepare untuk berbuka, atau pun sibuk nak gi bazaar.

I was a little very worried as our train to Ipoh was at 8pm. By 6pm, aku belum sampai UiTM lagi. Lepas amik adik aku, terus pecut pergi ERL Putrajaya. Macam gila aku bawak kereta, sampai adik aku diam dalam kereta, baca doa naik kenderaan sepanjang journey. Hahaha.

But no, we didn't make it. Tak sempat catch ERL pukul 7. Terlepas dalam satu dua minit. So we had to wait another 20 minutes camtu.. so definitely we had to break fast while waiting for the train.

It was 7.55pm by the time we reached KL central. Masa sampai tu, staff KTM tu dah nak tutup entrance but I managed to stop him. "Train sekarang. Cepat sikit ek!" he said. So we were the last passengers to aboard. How lucky! Nak tanak, terpaksa lah terus masuk coach paling dekat dgn escalator sebab train dah nak gerak.

OMG. The train was so freaking long, we had to pass through around 10 coaches including the cafeteria. Penatttt gile. By the time we found our seats, the train already stopped at Sentul station. Perghhh.. dah lah lapar, tangan lenguh gile bawak beg. Both me and my sis are having muscle strain till today.

I was really distracted by a couple who sat next to us. Mengada-ngada. Buat bunyi merengek-rengek konon manja la. "Ada pulak yang kena lempang karang," aku sound.

Aku nak pergi beli something heavy kat cafe for dinner since kitorang makan roti je untuk berbuka tapi pikir jauhhh gilee (coach kitorang yg first sekali) aku jadi malas pulak. Around 10pm, tiba-tiba ade orang jual makanan lalu sebelah aku. Alhamdulillah! Adik aku makan dengan berselera sekali, aku pulak terbantut nak makan sebab nasik aku mentah. Malang sungguh tapi mujur aku rasa kenyang.

Hari Sabtu, aku masak Carbonara spaghetti and mashed potato atas request sepupu dan adik aku. Diorang makan sampai bersandar kat kerusi. Hahah.

Hari Ahad, we plan to go for rayee shopping! So tengoklah kalau rajin aku sambung entry ni.

Till then, good night!




No comments: