Thursday, September 23, 2010

The gifts and the loss.


Bukan senang saya nak tulis entry ni.. Bercakap mengenai kehilangan. Mengenai kesedihan. :)

Sekarang dah dapat kekuatan sikit.. boleh la kot nak share barang seperenggan dua.

Tapi mari cerita hal happy dulu.

Raya kali ni ada kenangan tersendiri.. susah nak lupa. Dan tak banyak berjalan sangat.. Pergi rumah saudara area Perak je. Itu pun tak sampai ke Bota, Parit, Lambor, Chemor.. Paling jauh pun ke Lumut.

Cousin lelaki selamat bertunang. Alhamdulillah. Dia muda dua tahun dari aku. Tapi jodohnya sampai dulu kot. :) Masa dia sekolah dulu, dia pernah bagitahu aku, dia tak nak solo lama-lama. Nak cepat kahwin. He's 24 years old now. Sesuai lah kot? Bagus kan macam mana sesetengah orang tu boleh determine and reach their target as they wanted?

Dan Alhamdulillah juga kerana abangku selamat menghantar rombongan merisik berjumpa dengan keluarga sang kekasih hati. Kampung girlfriend abang aku tu cantik wo.. tepi sawah. Best. Untuk anak-anak bandar macam kami, agak excited sikit lah bila sampai tu. Mula lah mulut mengomel..

"Alongg.. kalau photo shoot kahwin kat sini lawa ni, Long!"

Tiba-tiba biawak besar gila melintas tengah jalan..

"BIAWAK!!!"

Biawak pun jakun. Biawak tu tak jakun pun tengok kitorang.

Adik-adik girlfriend abang aku comel.. Jambu. Haha. So ketika discussion, pada mulanya tarikh pertunangan ditetapkan pada 23 October. Pastu aku yang dengar dari jauh ni rasa macam aku tak free je. Pastu teringat aku ada kelas kat Uitm. Aku pun sms ibu, cakap aku dan adik aku ada kelas/exam.

Mak aku yang duduk sekali dengan mereka yang tengah berbincang tu pun bagitahu hal tu.. So diorang anjak ke 30 October. Aku tak sure pulak la time ni aku still ada kelas ke tak. So aku diam je.

Esoknya baru teringat nak check, rupa-rupanya aku ada presentation pulak. Takkan nak minta pihak perempuan tunda lagi kan? Macam tak manis la pulak..

So entah lah.. Looks like I've to skip the presentation.

Then masa sarung cincin.. actually ingatkan takde upacara menyarung cincin ni.. Bukan selalunya pihak lelaki pass je ke cincin tu kat family perempuan? Time discussion nak habis, perut aku memulas-mulas. Kacau betul. Bila dah tak tahan, terus tanya kakak si perempuan, "Err.. toilet kat mana ek? Nak tumpang boleh?"

Time aku tengah syok dalam toilet tu lah.. diorang sarung cincin. Aku cam dengar sayup-sayup bunyi orang baca doa. "Eh, dah habis ke?" aku duk terfikir sorang-sorang. Terus sudahkan apa yang perlu, then bergegas keluar.. sambil main-main mata sikit dengan adik dia (haha).. Diorang dah nak start makan dah pun. Wu wuu I missed the moment. I was supposed to be the one who took the photos. Aishh.

Anyway aku minta nak incharge hantaran. Sebab aku tengok cousin aku punya hantaran tak best. Haha. Too 90's. So sebelum mak-mak sedara interfere, baik aku take over. :P

Ok masuk cerita sedih pulak.

Al-kisah saya kehilangan Iphone 3Gs yang baru saya beli 3 bulan sudah.

Hilang dekat kedai runcit. Malas pulak nak cerita detail. Menyakitkan hati. Apa pun yang pasti aku pun tak tau apa yang berlaku. Tiba-tiba je handphone tiada di tangan bila aku dah masuk kereta on the way nak balik rumah. Kedai tu dekat je dengan rumah, seminit sampai. Pastu kebetulan dah dekat dengan rumah, aku terus masuk porch, parking dan cari henfon. Sekali takde. Aku cam eh, jatuh ke? Apa lagi tunggang terbalik aku cari.

Tak jumpa.

Lari masuk rumah, terus call nombor sendiri. Bila dengar ada ringing tone, letak gagang atas meja. Terus lari keluar ke kereta. Memang saya berlari ok. Sambil tu cari telefon sambil dengar kot-kot ada ringing tone.

Takde.

So masa ni aku ala-ala dah pasrah dah lah. Tapi tak nak give up lagi so aku pecut balik gi kedai tu. At the same time, kawan-kawan on the way ni nak datang beraya. Aku tanya kedai tu.. of course la dia cakap takde kan. Standard lah. Tapi tokei dia mintak no fon aku. Dia try call then dia cakap, "Masuk voicemail. Itu orang sudah ambil lah tu."

Wah.

Aku pun balik sambil dalam hati mengucap je. Baru je sampai rumah, kawan-kawan pun sampai. Pergh.. kelam kabut lah aku. Laksa tak celur lagi.

Agak sugul dan selekeh la aku masa tu. My mind was so distracted but glad friends cheered me up.

So hilanglah ribu-ribuan sms ku.. dan gambar sebanyak 800+ di mana 90% tak sempat transfer.. dan nombor rakan-rakan..

Ok next.

Kawan aku hilang kereta hari ni.

Ok seterusnya.

Kepada kamu.. (eventhough you don't understand Malay very well.. I don't care :P )

I hope you stay strong for what happened. Nyatanya Allah itu lebih sayangkan dia. I do feel your loss.. so much it touched my heart. :(

Semoga Allah terus kurniakan kamu dan famili kekuatan dan kecekalan hati. Saya selalu doa itu. It's not an easy thing to deal with, losing our parent. Apa kamu lalui itu sesungguhnya sangat berat nak dipikul.

I will always be here for you, trying hard to be the best friend you ever had. You know that, right?

Begitu juga kamu, twin.. be strong.. I'm always here if you need someone to talk to.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Beri mereka kekuatan, ya Allah..



Al-Fatihah.






5 comments:

Anonymous said...

asam garam kehidupan dear..ada duka ada derita ada suka dan ada ria...mengajar kita menjadi lebih dewasa...dewasa bersama pengalaman yg membina..take a good care sahabat....

@yU said...

itu lah dia..

semoga kita semua ni kekal tabah dan kental iman.

InsyaAllah.

Thank you, sahabat. :)

Anonymous said...

melal said.

huhu.

ayu ilang hp
org ilang laptop
ade orang ilang kereta.
ade orang ilang org tersayang.

pengajaran: semua bukan kite punye. bersedia saja semua akan di ambil balik tak kira biler. hanya SATU yg kekal

redha saje atase segala.

tabah ye ayou. loveeeeeeeeeeee.
smlm p raya. rindu ayu takde

Twin said...

Tq tq twin..
Like your friend said,bukan kite punye,pinjam sekejap je..perlu masa tuk biasekan diri ngn kehilangan die.. Nak2 plak tetibe je,xsempat nk prove something to him,xsempat nk bls jasa..jd lu still ade masa tu try spend most of your time with family...later xde lu regret sgt if da takde...

@yU said...

melal; Sokong sangat2. TQ so much melal.. *hugs*

twin;
mm.. yea.. i faham sangat.. tq, twin, i'll always remember that.. keep praying..