Sunday, February 22, 2004

Salam Maal Hijrah



Tahun baru Hijrah 1425 dah nak masuk time Maghrib nanti.... jom kite baca doa pendek ni dulu... mudah-mudahan hari2 yg mendatang akan lebih dirahmati Allah dan dihindari olehNya sebarang malapetaka.. InsyaAllah....


~* Doa Awal Tahun *~





Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.





~* Doa Akhir Tahun *~




Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


~~~***~~~


Ayu ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1425 buat kekawan, rumet2 tersayang, dan para pembaca yg menyukai mahupun membenci penulisan blog ni.. ihiks! Semoga tahun baru nanti, kite pertingkatkan lagi amalan... memperbaiki kelemahan.. dan jugak bersikap positif dan terbuka.. okie?

Ayu mohon maaf jika slamer ni ayu ade guriskan hati mane2 pihak... Ayu sedar kelemahan ayu.. InsyaAllah, tahun baru ni ayu akan cube perbaiki kesilapan.. [maklum ler, tahun baru Masihi dah terbatal azam.. haha!]

Special dedication for my roommates [Sha n Fieza]... u girls really make my day.. sori laa atas segaleeee keterlanjuran kate, terlajak bicare.... sori yek? Pasnih aku akan lebey berhati2...hehe.. insyaAllah.. [jentik tlingeku jike aku wat jahat lagik..ekeke!]

K la...tu jer kot... Epi new year!


Credits to Darul Numan dan sume yg duk fwd doa tu kat YM. thanks!!

Pssst :- Mengenang dose lalu...

No comments: