Tuesday, August 09, 2011

Bubur lambuk

Ok atas permintaan kawan saye, Eita, kali ni saya share resipi bubur lambuk pulak. Hehe jangan marah ye kekawan.
Image googled. TQ to those who own it.


Bubur lambuk ni banyak jenis, ikut negeri, ikut lah blah mana.. utara ke, timur ke, barat ke, tenggara ke.  So resipi yang ni, ikut suke aku. Haha. Ada orang letak macam-macam termasuklah kacang tanah dan mixed vege, dan ada jugak yang plain. So aku punye tengah-tengah sebab ada bahan yang aku tak suka so aku tak masukkan lah pasal taknak mengganggu tumpuan pemelantakan.

Resipi ini untuk sukatan 4-6 orang ye. Bahan-bahan yang saya gunakan adalah seperti berikut.

1 cawan beras
3-4 biji bawang merah atau 1 biji bawang besar (diracik halus)
5 ulas bawang putih (diracik halus)
Sedikit halia yang dicincang halus
2 sudu rempah kurma / sup
Sedikit kulit kayu manis + buah pelaga (eee kalau tergigit benda ni.. yucks) + bunga lawang <- sebenarnye bahan2 ni penambah rasa rempah tu but kekadang aku tak taruk pun sebab aku tak suka kalau termakan benda-benda ni. ATAU korang boleh guna kiub pati ayam Knorr. Ekeke.
1 mangkuk daging lembu / ayam  (potong halus)
1 batang lobak merah (potong dadu) - boleh guna mixed vege kalau suka. (saye tak suke thehehe)
2 cawan santan
Garam
Air (nak guna banyak. Maklum la nak buat bubur katenyeeewww *lempang sedas sape pakai bahse camni*)
Minyak masak

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut

1. Panaskan minyak dalam periuk besar. Tolong jangan pakai periuk saiz ini:

Tapi pakailah periuk saiz besar ye. Tapi bukan saiz kawah please. (cube kau cari resipi yg ade pesan pasal saiz periuk. ha ado? nan ado!)

2. Tumis lah segala jenis bawang bersama halia dan rempah ratus tadi sehingga naik bau. Hmmhhhh harumnyeh.

3. Masukan serbuk kurma / sup tadi. Kalau kering sangat, masuklah sedikit air. Kang hangus melekat pulak kat dasar periuk tu kan. Masak hingga pecah minyak.

4. Then masukkan lah beras dan air. Air tu masukkan sehingga penuh 3/4 periuk. Sebab tu pesan pakai periuk besar :P  Dan jugak kiub ayam kalau anda nak bubuh.

5. Kira-kira 10-15 minit selepas tu, baru lah masukkan daging / ayam. Ada orang masuk awal-awal time masukkan beras. Aku tak galakkan sebab nanti kalau terlalu lama sangat, daging ni hilang rasa manisnya. Lagipun kita dah potong halus, so it won't take a long time to cook.

6. Agak-agak nasi dah menjadi bubur (ewah), baru lah masukkan carrot + santan + garam secukup rasa.

7. Bila dah masak, masukkan dalam mangkuk dan hiaslah dengan hirisan daun bawang dan daun sup, serta bawang goreng. Untuk menambah keenakan bubur, boleh juga makan dengan ikan bilis goreng yang rangup. (kalau tak rangup, tak best)


Anda boleh bubuh udang kering yang ditumbuk (tapi jangan sampai lumat ye) dalam menu bubur lambuk ni. Sedap tau tapi takde pun tak ape. Ada juga yang letak kerisik. Ni serius tak pernah try. Taktau la ape bezanye.

Kadang-kadang aku letak parsley flakes, blackpepper dan kentang yang dipotong dadu. Cooking ni macam innovation sebenarnye. Sentiasa berubah mengikut citarasa atau kreativiti masing-masing. Kalau rasa nak letak button mushroom ke sosej ke (tapi semua ni elok dipotong dadu ye.)... atau nak gantikan daging dengan minced meat ke, silakan aje. :)

Ada satu lagi resipi yang pantas dan laju.

Gi amik bubur lambur kat mesjid. Ahahahaksss. Oknotfunny.

Okey selamat memasak!






3 comments:

Anonymous said...

harus cuba weekend nie..en.hubby mesti suka...

Anonymous said...

Thans, share resipi nie...

@yU said...

Sama-sama. Selamat mencube ye. Dan selamat berpuasa. :)