Wednesday, August 03, 2011

Lempeng dan Cekelat.

First and foremost I'd like to apologize for publishing this kind of entry during Ramadhan. Ahaks!

This is a simple recipe I'd like to share upon my friend's request, Mr Syahide. (see ko cakap aku tade promote nama ko kan. nak aku letak full name ke? thehehe.)

Rasanya rata-rata dah tau cemana nak buat pancake atau lempeng dalam bahasa kita. Mungkin ada sedikit perbezaan daripada segi bahan-bahan. Tapi basically sama je kot.

Untuk membuat lempeng, bahan-bahan yang diperlukan adalah :
2 cawan tepung gandum
1-2 biji telur
2 sudu susu pekat
2 sudu mentega (takde pun takpe)
Secubit garam
Susu segar / full cream (cukup untuk melarutkan bahan-bahan - bertindak macam air ler.)
1 sudu baking powder (takde pun takpe)

Sukatan ni aku main agak je ye. Sebab aku memang jenis masak tak sukat. Ikut instinct je. Hihi.


Cara-caranye mudah je.
1. Sediakan mangkuk. :P
2. Masukkan tepung + susu pekat + mentega (jika ada) + garam + baking powder (jika ada). Gaul, gaul, gaul. Pukul, pukul, pukul. Tibai, ti- eh.
3. Then masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga dirasakan bahan tadi cukup larut. Agak-agak la jangan cair sangat ye, Shidi.
4. Kacau la sebati sambil tu..
5. Panaskan kuali, sebaiknya pakai non-stick frying pan yang leper tu la.

6. Letak sedikit minyak. Sikit je ye.
7. Pastu tuangkan lah bancuhan tadi dan masak sehingga kuning keemasan. Api sederhana. Saiz dan ketebalan terpulang pada citarasa perut.

8. Hidangkan bersama peanut butter / coklat / jem strawberi / madu / susu pekat / maple syrup / icecream dan lain-lain. Boleh jugak dimakan begitu sahaja.

Kalau ada lebih bancuhan, simpan dalam bekas tertutup dalam peti ais. Bila anda masak bancuhan ni nanti, teksturnya jadi lebih lembut dan gebu. :)


Okey untuk resipi cekelat pulak, pun sangat mudah. Bahan-bahannya adalah seperti berikut.

2 cawan milo
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
1/2 buttercup
2 biji telur
1 cawan air (atau mungkin lebih, pandai2 lah. haha)



Cara-cara
1. Masukkan semua bahan tadi KECUALI butter dan telur ke dalam kuali dan hidupkan api (sederhana).
2. Kacau selalu hingga cukup larut dan panas.
3. Masukkan butter. (Anda boleh rasa sedikit coklat time ni.. konfem nyum nyum - sila pastikan anda tidak berpuasa pada hari kejadian)
4. Kacau dalam dua tiga minit, then masukkan pulak telur.
5. Kacau-kacau dan padamkan api. Telur ni tadi akan buat cekelat jadi lebih likat.
6. Siap untuk dijilat!

Bila cekelat dah sejuk, boleh lah simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais. Jadikan jem cekelat anda sendiri. :)





Kalau terase nak buat kek batik, gunakan saje resipi ni. Di akhir nanti, masukkan biskut marry yang dipecahkan.

Dan aku ade terbaca, kalau rase nak lebih hebat cekelat anda persis Nutella, bubuh kacang2 hazelnut yang telah diblend halus. But I've never tried this. Tak jamin apa-apa ye kalau anda try, tak menjadik pulak hahah.

Kalau buat cenggini pun cantek gak kan..


Lempeng tu buat nipis dan besar cam roti canai la. Then sapu cekelat, then gulung gulung gulung. Yummeyh!

Lain kali aku share cara nak buat sushi pulak. Ada orang mintak resipi dan mommy dia berjaye buat. Fiwittt caya lah!

Okey lah. Selamat mencuba. 

Burrpppppp~ (eh bukan aku, bukan aku)





2 comments:

Liyana Lunia said...

DAPPPP ! nak buat untuk sahur :D

@yU said...

Silakan. Selamat mencuba. :)