Saturday, April 22, 2006

April punye cerita.



Birthday Shamam - 7 April
Hope it's not too late for me to wish sis Shamam Happy Birthday~! Alkisahnya terjadi lah satu insiden meng'ambush' kak Shamam tatkala dirinya sedang menemani kak G membeli top up. Selalu bab mendajal ni dibuat pas makan-makan.. tapi kali ni kite buat lain sikit.. Diorang gi serang dulu dengan err... air yang tak berapa bersih la.. haha. Memang puas hati lah kali ni sebab birthday girl telah dibuli habis-habisan.. Tapi skuad mendajal pun kena balik ye. Sampai aku dengan kak G buat free show, tergolek atas lantai. Adeh.. Ni Shidi punye pasal la ni.. serangan bertubi-tubi dengan pistol air. Mana aci! Insiden kena jirus air dari tingkat atas pun best. Hehe. Good job, Pezal.



Cekak CyberBowl 2006 - 7 April

Satu lagi aktiviti dak-dak Silat Cekak Hanafi MMU CJ yang dinanti-nantikan oleh sebilangan ahli yang sudah tidak sabar lagi menunjukkan skill dan kehebatan di gelanggang boling. Heheh.. Hebat lah korang... Aku main memang hampeh gile. Walaupun kita belum tau lagi siapa menang, apa pun tahniah pada semua yang menjayakan aktiviti ni. Memang best!!



Azfar's Wedding - 8 April

Tahniah pada Azfar dan isteri yang telah melangsungkan majlis perkahwinannya dengan jayanya. Di usia 23 tahun dah sampai jodoh ye.. Tahniah, tahniah. Hehe.



Netball Match (Sportsweek) - 8 April

Walaupun skuad kita tak menang.. tapi tahniah jugaklah sebab sanggup turun lawan walaupun kita tau lawan kita bukan calang-calang. Kita main untuk suka-suka.. yang mane ter'emo' pad hari kejadian, ilek ilek.. jangan emo-emo. Nanti yang lain semua pressure. Anyway, korang memang best!



Kursus Pra-Perkahwinan - 22 & 23 April

Mulenye tak terfikir nak pergi.. tapi bila kekawan ramai yang pergi dan ada yang mengajak, rase macam best pulak. Tapi bile dah register, terasa cam tak logik pun ade. Hari ni, hari pertama kursus.. hurm.. contents yang menarik. Haha.



Majlis Sanjungan Budi 2006

Majlis ni akan berlangsung pada 6hb Mei ni. Majlis ni merupakan majlis makan untuk ahli-ahli Silat Cekak Hanafi MMU Cyberjaya bagi meraikan kekawan yang nak grad.. di samping nak berkumpul ramai-ramai bagi mengeratkan lagi silaturrahim ni. Memasing ada yang sibuk berpartner.. yelah, nanti boleh colour baju sepasang dan sedondon kan.. Kita tengok je lah siapa yang outstanding hari tu nanti.. ahaks. Dan rata-rata semua dah beli baju untuk digayakan.. atau paling tidak pun, dah fikir nak pakai apa. Yelah, tanak kalah bergaya lahh tuuu.. :P Aku pulak kebetulan ada satu baju raya yang lepas tak pernah berpakai lagi sebab baju tu lebih sesuai untuk ke majlis-majlis keramaian.


So aku nak mengajak semua ahli2 SCH MMU.. jom la join majlis ni.. bukan selalu buat.. setahun sekali aje kan. Dan pada orang luar yang nak join pun, tak kire SCH atau pun tak, boleh ajer join. Sile lah contact saye ye.


Haaa..there you go, my blog is updated at last! Ok lah.. sekian dulu.. Assalamualaikum.