Thursday, November 30, 2006

Regular Basis



Hari ini hari yang biasa. Tiap-tiap petang musti hujan.. So kalau klas petang, before kelas baju di ampaian dah kena angkat. Tadi keluar nak jumpa supervisor FYP yang super duper busy.. tapi sia-sia.. dia takde kat ofis. Dah tau kena buat appointment dulu tapi e-mail aku pasal nak consult dia pun tak berbalas. Entah bile aku dapat jumpa dia.. haih.. FaYaP dah naik kayap daa~

Training silat malam tadi buat dekat atas rumput. Selalu atas simen. Bes, tapi risau kalau-kalau ada baja asli kat situ.. maklumlah gelap pulak tu. Tapi memang feeling gak aa.. tanah pulak basah.. kalu prektis atas takungan air.. splash splash! Huhh.. macam srikandi pulak.. ewahhh! Padahal training tak seberapa pun, pastu cabut jap atas sebab musabab yang tidak tertanggung lagi.. keh keh.

Kan bagus kalau pasni tempat training tukar dekat padang HB2 yang berpasir tu.. baru lah bersilat namanye.

Jumaat ni futsal tournament. Kali ni tak main lah.. tukang sorak je.. Hehe. Nama-nama team bukan main lagi skang ni.. huhuh.. Takpe, kite tengok siapa hebat. All the best y'all.

Oklah.. dah dekat pukul dua pagi.. sok klas pukul lapan.. apehal la aku merepek memalam buta ni..

Wednesday, November 22, 2006

Sesi intebiu



1hb 12 ni akan diadakan satu futsal tournament di kalangan ahli silat cekak hanafi mmu cyberjaya. Too bad I can't participate since I've already sprained my ankles twice. Thus I suffered torn ligament becoz of that and I don't think I want to endure that kind of pain for the third time. Agak frust jugak, sebab dah berangan nak pakai no jersey berapa during the tournament.. [no, Shidi.. you got it wrong. not 7.] So kebarangkalian aku akan menjadi paramedik tak bertauliah pada hari kejadian.

Anyway, that's not what really matters. Shidi selaku kapten teamnye yang bergelar 'Sirap Jantan' telah mencipta interviewnye sendiri lalu mengepos di yahoogroup silat which I think can be a good laugh. Enjoy..!


From: she-D .
To: chmmu-cyber@ yahoogroups. com
Sent: Wednesday, November 22, 2006 5:57:07 PM
Subject: [chmmu-cyber] Jom Futsal....Sirap Jantan ready!!!


Cyberjaya: Futsal de Cekak bergema lagi dgn edisi 2006/2007, di bawah program director saudari Rosnaida. Sebanyak bnyk gak pasukan yg akan bertanding cuma 1 team telah konfirm masuk finale iaitu pasukan SIRAP JANTAN. Terdiri dari 8 org pemain, dan pengurus pasukannya, Ding Dong, mereka ini yg berlatarbelakangkn sukan bukan futsal, bersatu bergabung cakra tuk menyahut seruan pertandingn futsal de cekak ini. Berikut adalah pemain dan sesi interview mereka:

Pemberita kepada sHe-d Owen:
P: aper perasaan anda sbgai kapten pasukan?
S: Sengal
P: Ok

Pemberita kepada Edy Beckham:
P: aper strategi anda untuk menang?
E: Saya guna servis kuda jantan.
P: Tu bukan takraw ke? huhu

Pemberita kpd Wadi DIDA:
P: Anda pemain baru? Sebagai aper?
W: Ye, saya baru je BETA, saya junior lagi, masuk team2 SENIOR. Sila tunjuk ajar. Saya Keeper.
P: Penuh adab sopan JUNIOR ni.

Pemberita kpd Rathnor Ronaldo:
P: Apekah posisi anda?
R: Saya akan mendendangkan 1 lagu dr album baru band saya.
P: ?????

Pemberita kpd Faizal Christiano:
P: Anda ni nampk senyap je? ada rahsia2 ke?
F: Saya bermain khas tuk Cikgu@ Artis Nora (me: oo how sweet!! *drool*)
P: OO yg comel tu eh.

Pemberita kpd Ezwan Beckham:
P: Ada penyokong yg menyokong anda?
E: Perlu jawab ke? semua org dh tau si DIA.
P: Kerek siut.

Pemberita kpd Ed Nasri Henry:
P: Anda tak penat blk2 keje men futsal?
E: Saya ada peranGGGsanGGGGGGG
P: UntunGGG nye orGGG tu. (me: pls be alert with the most highlighted letter)

Pemberita kepada Amir Sherear:
P: Anda boleh ckp melayu?
A: Muka saya je cina tau. Wo ai ni
P: huh?

Begitulah kehangatan team SIRAP JANTAN ini. Team2 lain caner? team YDP? NYDP? Come on Futsal De cekak 2006/2007. Dengar ada free gift dan hadiah lumayan.
Jumpe next week ok!



p/s: She-D Owen??? Wut the heck. Tak sesuai ok!! HAHAHA!


Ooouh by the way.. I've already watched Harry Potter and the OotP trailer [thanks, fieza]. My eyes got kinda distracted with Harry's hair which I think.. it's.. so wrong. Tapi aku noticed yang lelain pun dah tukar hair-do, but theirs are just fine. Gosh, can't wait for Harry+Cho kissing scene.. bwahaha.. I don't really mind though coz even if it's French, they're certainly not gonna be together. Yeay!

If you ask me, which one is my most awaited scene.. frankly speaking, I don't remember any good ones. Ow dear, where the hell is my OotP book??

Tuesday, November 21, 2006

Kita Raye Same-Same!


Malam Gemerlapan Aidilfitri 1427
15 November 2006
7.30pm - 11.30pm
Multipurpose Hall, MMU Cyberjaya.




[photo removed]


Saturday, November 18, 2006

Destiny




What if I never knew
What if I never found you
I'd never have this feeling in my heart
How did this come to be
I don't know how you found me

But from the moment I saw you
Deep inside my heart I knew

Chorus:
Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see
You were always meant to be my destiny

I wanted someone like you
Someone that I could hold on to
And give my love until the end of time
But forever was just a word
Something I'd only heard about

But now you're always there for me
When you say forever I believe

(chorus)

Maybe all we need is just a little faith
'Cause baby I believe that love will find the way

(instrumental bridge)

Baby you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as I far as I can see
From now until eternity
You were always meant to be my destiny

Wednesday, November 15, 2006

Counting down...



Aishhh...boleh ke aku buat ni?
Kalau aku spoil everything camne?
Malunye..

Nervous katak dah ni..


Wish me luck!

Monday, November 06, 2006

Ceritera Raye

[photo removed]





Raya Pertama

Lepas solat raye, acara sesi bermaafan dijalankan. Sronok rasanye sbb raya-raya lepas asyik tak berkesempatan je sebab kekawan ibu dan abah datang tak putus-putus. Aku ingat lagi raya tahun lepas, aku hanye ade peluang nak bermaafan dengan abah pukul satu pagi raya ketiga.

Kali ni raya kat rumah baru di Ipoh. Alhamdulillah.. seronok rasanya bila dapat sambut 1st raya kat kampong.. Rumah pun penuh dengan sedara mara.. memang kecoh habis. Nak pulak sepupu sepapat, mak2 sedara, anak buah semua jenis tak reti tutup mulut. Pastu bebudak dari serata ceruk kampung pun tak putus-putus datang.. aku punye keje la melayan diorang.. Aku suka melayan budak-budak usia camtu sebab diorang sangat jujur dan semangat bila bercerita. Sempat pergi beraya ke rumah Mak Ngah je.. dapat la tengok anak buah yang paling kecik.. baby lagi.. kus semangat, tembam betul.

Malam tu ingat nak main mercun tapi hujan pulak. Seb baik malam raya dah main.






Raya Kedua

Suasana macam 1st raya, masih meriah. Sempat la melawat beberapa rumah sedara. Tapi rasanye raya kali ni paling kurang menziarah.

Malam tu makan malam di rumah Mak Yang.

Alamak tak ingat sangatlah apa yang berlaku di raya kedua ni.. haha.. Next!



Raya Ketiga

Ni la hari yang paling busy sekali. Rumah aku dah macam open house pulak, kebetulan orang datang sekali gus waktu tengahari. Masa tu ade family gathering.. so rumah dah sesak.. then kebetulan orang lain pun ramai yang datang jugak.. Alhamdulillah.. memang puas hati lah melayan tetamu.

Malamnye tu ade BBQ pulak. Aku masak spageti Carbonara. Tapi anak buah sibuk kerumun dapur excited nak tolong, entah bape kali bertukar chef.. aku jadi mandor je la arahkan bahan apa yang nak dimasukkan. Hahah. Seharian aku berdiri kat dapur daripada siang, sampai malam tu aku terduduk jer, takleh nak jalan sebab telapak kaki sakit gile.

BBQ lak makanan utamanya adelah lamb chop. Perghhhhh macam orang gile makan tak hengat dunia. Pulak tu sepupu aku bakar ikan talapia kegemaranku.. erkhh besnye. Rezeki ari tu tak termakan.. Alhamdulillah.

Sambil tu main mercun ramai-ramai.. layannn! Abang aku beli mercun telur. Bapak ah kuatnye bunyi dia sampai aku rase rumah pun bergegar.

Lepas dah kenyang, sesi melepak sambil karaoke. Hahaha.. musti jiran2 sakit jiwa mendengar bunyi-bunyian berentak sumbang dari rumah aku.



[photo removed]





Raya Keempat

Aku, ibu dan Mak Tam ke kubur arwah Opah, Nyang dan err.. opah sedara. Alhamdulillah dapat jugak ziarah.. Lama tak ke kubur.

Hari tu sedara mara masih bertandang ke rumah seperti biasa.

Malam tu sepupu mak aku datang dengan lima orang anaknya dan dua orang anak sedaranya yang mana semuanya masih kanak-kanak riang lagi. Punya lah buas diorang ni memang stok tak leh handle punya la.. semua sofa diorang pijak dan lompat2.. habis barang perhiasan kat rumah aku tu diorang amek dan bawak lari.. siap kena gigit la hape lah.. memang mengamok aaa aku malam tu. Sepupu2 dan anak buah aku yang muda-muda lagi pun mengamok sakan dengan diorang. Lawak jer. Yang aku tak tahan tu, bila tengok anak buah aku yang baya-baya diorang ni mengamok ala-ala pakcik dengan budak-budak tu. Siap cekak pinggang lagi.

Nak tanak kitorang la jadi bodyguard kat situ tak bagi diorang masuk kat hall. Suh duduk kat dining hall je. Then kerusi buai bapak aku pun diorang lanyak jugak, pakat panjat ramai-ramai. Aku tengokkk jer.. then salah sorang budak tu cakap, "Jangan buai kuat-kuatlah! Nanti ada orang tu marahhh.." baik punya perli! Aku punyelah tahan gelak, yelah kang spoil lak muka aku yang ala-ala bengis ni.

Pastu, dah puas kena marah dengan aku, diorang pakat keluar kat halaman rumah. Disebabkan rumah baru siap, halaman tu ada yang tak berturap lagi.. So diorang amek batu-batu yang ada, main perang-perang sampai ada yang menangis. Mulanya aku malas nak jenguk apa diorang buat. Tapi bile dah ade yang nangis, aku pun kuar laa. Rasa nak bertukar jadi raksakse gerila pun ade bile tengok habis batu-batu bertaburan serata rumah. Aku pun apa lagi, "Hoi! Sapa suruh main baling-baling batu ni??! Kalau kena kereta macamane? Hah??" Dengan slow dan sopannya budak laki itu menjawab, "Dah kena dah pun.."

Huwargh.. saba je la. Seb baik tengah raye. Aku pun hambat semua masuk dalam. Yang besnye, mak bapak dia rilekkkk je berborak sambil menjamu selera. Sebab tu lah dengan slambe mak neneknya aku marah-marah anak-anak diorang. Bior rasekan.

Yang paling bes tu, bila sedara mara aku duk kecohkan hal anak-anak diorang yang buas tu.. tau tak bapak dia cakap ape? "Ala.. tuan rumah takde kerja, kite bagi lah kerja sikit.. hehehe." Memikirkan dia adalah orang yang lebih tua, maka aku tidak membalas sebaliknya sekadar gelak kekuat, "Ha! Ha! Ha! Ha~"



Raya Kelima

Raya kelima adalah hari terakhir aku di rumah Ipoh. Lepas Zohor berangkatlah aku pulang ke rumah Kuala Terengganu.

Pagi itu, seperti yang dirancang, Fezal, Faiz dan Eddie datang beraya. Alhamdulillah.. sampai jugak korang ke teratak burok ku. Sronot rasanye bile kekawan datang. Thanks bebanyak ye! Pastu aku join jap pegi umah Faiz dan Atah. Lawak la masa kat rumah Faiz.. telah terbongkar satu rahsia di mana rupanya Faiz dan Eddie sedara satu moyang. Seriyes la korang ni lawak gile.

Dalam kete, aku senyum je dengar Fezal dan Eddie ni bercerita.. diorang punye loghat Perak telah terkeluar tanpa disedari. Lawak, lawak.





Ha k laaa.. panjang siot. Sekian. Daa.

Pagi Raya

Antara foto-foto raye..
Nanti la aku cite panjang lebar kisah raye aku tahun ni.. kemalasan masih bermaharajalela..


[photo removed]


[photo removed]