Event : Jelajah Alam 2007
Location : Hutan Lipur Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang.
Date : 24 & 25 March 2007
Organized by : Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi, MMU Cyberjaya.
Director : Ujager Sher Mahal.
Overall memang best.. Tahniah pada komiti especially direktor program yang berjaye menghidupkan program. Eventhough camping ain't my thing, but I did feel excited. Tapi agak frust lah terpaksa balik awal kan.. so sorry pada kumpulan aku, Telor kerana tak dapat memberi kerjasama yang penuh. Tak sempat pun nak amek gambar group.. huwaa~!!
Kenangan paling kelakar dan memalukan adalah masa fashion show.. Tu la moment yang aku betul-betul rasa macam perempuan giler. Tapi takpelah, kena sporting :P Since you guys dah jadik macam adik bradik sendiri.. so it wasnt a big problem to me. Buruk pun buruk laa..
Mohon maaf pada semua sebab tak dapat tulong bersihkan campsite sebab terpaksa berundur diri lebih awal. Al-kisahnye malam itu terjadi lah kisah yang cemas lagi mendebarkan.. Entah macamane kawan kite sorang ni terkena serangan asma mengejut sampai pengsan. Time ni aku tengah tido.. tiba-tiba kena kejut since I'm an asthmatic.. so tau lah sesikit apa nak buat kot.
Pas kasik inhaler, aku tengok takleh jadi ni.. lembik habis. Kitorang terus decide nak angkut pi spital macamane susah sekali pun.
Huhu.. you guys mesti tak tahu camne keadaan malam tu.. Pukul 4 pagi, terpaksa angkut member kita ni merempuhi jalan yg sangat sempit lagi curam.. perghh.. sampai tak sanggup tengok hero-hero kita ni menggagahkan diri dan mengambil risiko keluar menuju ke parking kereta dalam gelap lak tu.. huhu.. sebak siot. Torch light tak cukup lak tu.. lampu flash henfon aku lagi teranggg. Bern dah menggigil, Ezwan muka dah pucat.
Bern lah number one hero malam tu. Tiba kat tetengah jalan.. terpaksa stop. Takleh lalu reramai sebab cukup-cukup untuk sorang je. Dengan drastiknye sahabat kita ni dukung sorang-sorang sampai lalu titi gantung dan terus ke parking. Sampai-sampai hospital, badan menggigil habis sebab high blood dah naik. Gile tul.
Pastu dah masuk kereta, satu hal lak journey nak kuar ke hospital... ya Allah azabnye mase ni.. rasa macam jauh gile.. 10km rasanye.. jalan sempit selekoh2 tajam lak tu.. haih.. Elok pulak dalam kete, membe kita ni cakap dia dah x leh rasa kaki dia.. semua dah biru.. oksigen tak sampai. Perghh.. dia biru, kitorang kelabu.
Alhamdulillah.. mujur tak apa-apa eventhough spital kata dia ni dah worst case. So dia tak dibenarkan balik ke campsite. So kitorang decide untuk balik MMU pagi tu jugak. Mujur aku dah masuk tidur awal sikit malam tu.. kalau tak, tatau lah camne aku nak drive. Itu pun dah separa sedar masa driving.. mamai je..
Apapun, to Bern, Basya, Ezwan, Syah, G, Memel dan Lin, terima kasih banyakk.. Sungguh pun bukan aku mangsanye.. tapi semangat dan tanggungjawab yang korang tunjuk tu buat aku terharu sangat-sangat.. Each and every second on that night was priceless..
Anyway... pada yang lelain, korang memang happening lahhh!! Once again to my group members, Snapi, Kasim, Danial, Wardi dan G..my biggest apology to all of you for contributing nothing for our group. Telor forever. Ahaks!
Jelajah Alam memang best! Jag, you rawkkk!!