Wednesday, May 29, 2013

Memorable trip.




A teaser? Haha more or less.

The truth is, I haven't found the right time to update about my recent vacation. 
Someday, insyaAllah. I will try my best. 

Stay tuned. :P


p/s:
oh well I have decided to go back to basic and use the simple template provided by blogger itself.



Thursday, May 16, 2013

Che'gu.

Guru,
Engkau ibarat lilin membakar diri..
Demi menerangi hati anak didikmu yang kelam suram..

Ah sudah, merapu sangat lah aku nak karang-karang sajak ni.. Takde bakat. Haha.

Here goes my special dedications to all teachers in Malaysia.. Happy Teacher's Day!

Tuesday, May 07, 2013

PRU13.

Alhamdulilah. Selamat sudah berjalan pilihanraya yang lepas.

Telus atau tidak, Allah saja lah yang Maha Mengetahui dan aku tak mahu jadi kebanyakan kawan-kawan yang emosi dan marah lantas mempercayai apa sahaja yang dilemparkan di media sosial. Mungkin tak sedar, jika ada benda yang dikongsi itu tidak benar, maka jadi lah ia fitnah kekal dibawa ke mati. 

Bayangkan lah kalau kita share sesuatu yang ada unsur penipuan, dan esoknya kita mati. :)

Videos especially. Ada yang dinaikkan separuh je. Tapi ye lah who am I to question? Diorang kan betul semua. 

You weren't there. Itu je. 

So sebarang jenis video yang berunsur menjatuhkan seseorang atau sesuatu parti, memang lah aku tak percaya langsung. 

Aku nak jugak merasa PAS pegang Perak sebenarnya. Sepenggal pun jadi lah. Sebab nak tahu macamana rasanya berada di bawah naungan kerajaan negeri yang berteraskan ajaran Islam. Apa saja kata atau berita yang dipaparkan di berita atau media sosial mengenai Mursyidul Am PAS, tak dapat aku nak percaya. Memang betul terdapat ayat-ayat beliau yang diputarbelitkan. 

Tapi.

Ada tapinya lah. Tak semua orang di bawah parti pimpinan beliau tu betul. Begitu juga perjuangan dan keputusan yang pernah dibuat oleh parti tersebut. Bukan aku tak pernah dengar ceramah PAS atau baca Harakah. Dengar sendiri pengalaman mereka yang 'terkena', maka terdetik adakah mereka di landasan yang betul? Because they obviously think they are.

Sama lah dengan parti-parti yang lain punnn. Termasuk kerajaan sendiri. But can you really satisfy everyone? Jadi pengerusi kelab cikai pun cukup lah. 

Malas nak cakap lah. Aku bukannya handal nak bercakap pasal politik. Tapi sekurang-kurangnya aku sedar diri lah sebab ramai jugak kat facebook tu yang rasa terlebih pandai atau berlagak pandai. 

Memang bingit timeline facebook sekarang ni tapi aku tengok yang duk membingit ni pun muka-muka yang sama je. Probably around 10 people je out of hundredss of my friends. Tapi bisingnya nauzubillah...

Silent voters have spoken during the election. In the end, that's what counts. 

Apa-apa pun, buat kawan-kawan yang dikasihi, fikir masak-masak dulu lah sebelum nak post apa-apa. Dan muka-muka yang sama gak tempelak facebook tu Yahudi punya kan dulu. You think you are smart, but you don't get to judge yourself. 

And to my dear friends who feel like I'm talking about you,
Probably I will not be able to see any of your posts anymore. Bukan sebab benci atau meluat, tapi sebab taknak bersubahat membaca fitnah-fitnah dan berita yang entah sahih atau pun tidak. 

There is always a limit to something, right? 


3rd day after GE13. Still there.