Wednesday, January 14, 2015

Be real.

Selamat tahun baru. ^_^

New resolutions? 

Aku memang tiada azam. Hehe. Kalau aku ada azam / target untuk dicapai, bebila boleh ada. 

But I get why people set their new year's resolutions. 

Ye lah, tahun baru, set lah pencapaian baru kan?

Oh well I do have one I guess.. Setiap tahun mesti belajar something new!
Biar sekecil mana, janji sesuatu yang baru, yang tak pernah aku buat dan aku dapat ilmu daripadanya.

Anyway, nak sembang sikit pasal isu fans k-pop kena peluk atas stage tu. 

Tengah hangat, kan? Kalau ada fb/twitter, pasti tahu betapa malatopnye isu tu. Memang aku rasa perkara macam tu tak sepatutnya berlaku. Tapi dah pun terjadi. 

Cuma aku pacal yang hina ni nak menyatakan beberapa perkara yang aku agak tak sependapat. But first, be clear that I am not a KPOP fan. 

Rata-rata manusia especially anti k-pop memang tanpa segan silu mengkritik dan mengecam tindakan-tindakan luar batasan ni. Memang salah, tak dapat diterima oleh orang Melayu yang KAYA dengan adab dan tatasusila ni. 

Beradab ke kita bila menegur? 

Kemain lagi aku tengok manusia-manusia ni mengkritik dan menjatuhkan hukum. Aku sokong pada mereka yang menegur dan memperingati sesama kita tanpa menghukum si pelaku. 

Dan setahu aku lah, seorang rakan menyatakan pendapat dia, kemungkaran sepatutnya DITEGAH ketika ianya berlaku. BUKANNYA selepas ia dah pun terjadi langsung menjadi buah mulut orang. Kalau lah kata ketika kita menjahanamkan si pelaku tu dalam media sosial atau secara verbal, dan pelaku tu telah pun bertaubat dan atas izinNya taubat diterima, kau rase statement kau macamana? Ape kesannya? Statement kau KEKAL pulak tu. Tambah lagi, dah dibaca oleh ratusan orang dan mempengaruhi macam-macam orang. KEKAL. KAU INGAT TU.

Nak menegakkan kau bertindak benar. Kecaman kau tepat. Niat kau nasihat. Kau rasa si pelaku tu baca ke statement kau? Kau kenal ke dia? Nasihat harus direct pada si pelaku. Bukan kau buat status FB dan rasa kau memberi nasihat. 

Seharusnya kita ni benci pada perbuatan yang memberi dosa. Bukan pada si pelaku. 

Yang aku nak tergelak tu, kemain lagi melabel mereka ni taksub dan bodoh hingga sanggup melakukan benda-benda haram. Boleh terasa kebencian meluap-luap dalam dada. Tapi lupa ke sebelum kau kahwin, kau pegang tangan si dia? Keluar berdua-duaan tu pun dah kira perbuatan maksiat ok. So daripada kau sibuk nak mengecam pendosa lain, kau fikir balik dosa-dosa sendiri. Berdepan dengan DOSA SENDIRI dulu.  

Dah tu main pukul rata pulak tu. Kecam sekaligus semua peminat kpop. Diorang ni bodoh. Takde benda lain nak minat. Ni tak lain tak bukan anti k-pop yang memang dah lama tunggu peluang macam ni. Yang paling aku tak tahan tu, K-Pop is Kristian Pop? Nampak sangat kau melayu jahil yang tak mampu eja Christian in English.

Satu lagi statement kenalan FB yang aku baca. Berpelukan dengan non Muslim macam tu, memang tak hormat langsung budaya dan agama kita. Kau rasa dalam TV tu macamana pulak? Muslim berpelukan dengan Muslim kira menghormati budaya dan agama kita la? Yang kafir dah tentu-tentu tak faham dosa pahala. 

Yes, kita tahu perlakuan macam ni memang tak boleh diterima sama sekali. Kita patut kecam perbuatan tersebut. Bukan semata-mata pada perempuan-perempuan tu. Dan bila nak kecam perbuatan, kau tak rasa banyak lagi ke perbuatan maksiat yang terang-terangan dibuat depan mata kita? 

Kau tak pernah berdepan dengan pasangan kekasih berpegangan tangan di luar sana? Kau ada pergi pada diorang dan tegur?

Kenapa biased sangat?

Sebab kau anti kpop? Kau geli tengok lelaki jambu? Atau kau hanya berani lantang bersuara di dalam media sosial? Haa.

Kenapa kau tak kecam dan viral kan perbuatan Ifa Raziah dalam Gegar Vaganza yang asyik nak berpelukan dengan pelakon lelaki atas stage? Sama je kan? Siap ada statement lagi mengatakan dia dah mintak izin dengan suami dia dan juga isteri pelakon tersebut.

Wow mereka yang menghalalkan apa yang haram? 

Orang tak kecam sebab dia tak bertudung?? Bila bertudung, kau MUSLIMAH. Bila kau free hair, KAU TAKDE AGAMA?

Dan kau sekarang nak cakap oh kau tu bertudung, so kau patut jaga nama baik agama kau. Sekarang aku tanya balik. 

Hari-hari perempuan berdosa kerana tak menutup aurat, itu tidak menjejaskan nama baik agama kau? Itu kau tak rasa mencabuli tuntutan agama?

Kenapa? Sebab benda tu dah biasa di mata kau? Orang tak menutup aurat tak perlu jaga nama baik agama?

Dan kau mengecam mereka, melabel mereka bodoh dan macam-macam lagi, kau rasa tu akhlak terpuji ke?

Apa yang terjadi tu memang hukumnya haram. Yang salah TETAP salah. Kita ambil iktibar. Kita ingat pada diri sendiri, aku jangan sekali buat benda macam ni. Ada anak? Pesan pada dia. Anak dan isteri tu yes tanggungjawab kau. Jaga baik-baik. Jangan sampai kau jilat ludah sendiri.

Semua pernah buat silap. Termasuk adik-adik tu. Beri peluang mereka belajar dari kesilapan. Pasti ada pihak terdekat yang menegur. Say NO next time, adik-adik. Yes they learned the hard way. So apa lagi yang kau orang nak? 

Kita sepatutnya ajak kawan-kawan ambil iktibar. Bukan menyuntik rasa benci dan caci berlebih-lebihan. Anti kpop semakin mendabik dada. Lupa dulu diorang taksub dengan Kiss, Sex Pistols dan Black Sabbath sambil head banging dan jelir-jelir lidah. Sifat terpuji sangat.


Tahniah lah pada yang viral kan gambar-gambar dan video tu. Bawa sampai mati k.