Dalam tawanya
ada luka
Dalam
hibanya ada gembira
Dalam dia,
dalamnya hati
Semakin
dalam, rasa sendiri
Tutur kata
tak semena terhenti
Kerana bahagia
yang dia cari
Terpamer sendiri
tak bisa lari
Tapi puncanya
bukan di sini
Mana arah
datang kini pasti
Tanya dia
tentang aku
Ditanya aku
kenapa bisu
Mata lari, duduk
ku kaku
Bicara
hilang, lidah ku kelu
Kembali diri
dalam gelap
Gelap lama
sudah ditinggal
Mana lorong
ditagih simpati
Mana lorong
temu cahaya
Jatuh sakit
bangun sendiri
Jatuh lagi
heret berdiri
Kerana jatuh
terpecah hati
Menanti apa
yang belum jadi
Tiba bila
sampai kah mati
Derita dia acap
di dada
Tak mampu
tinggal
Tak mampu pergi
Apa dituntut
tak mahu terbit
Mana lagi
daya menelan
Sesak nafas
menghela duri
Pikul tubuh
bawa ke mana
Tapi hati terpaku
ke bumi
Sangka masa
rawat luka
Sangka redha
terbentang kini
Toleh dia ke
arah aku
Tanya dia ke
mana tuju
Mahu kah aku
terus di situ
Jasad berteleku,
hati tak tentu
Dijawab aku
mahu tak mahu
Bingung apa
kala dah buntu
Tiada yang
rajuk membolak dada
Tiada yang
remuk menjadi dendam
Maka atas
dasar apa
Masih aku di
depan mata?
Rentas masa
tinggalkan aku
Satu hari
akan ku temu
Buka
genggaman aku
Lerai kusut
satu persatu
Kerana yang
aku mahu
Yang di
depan aku