Thursday, August 03, 2006

Tanda-tanda anda bayi awal tahun 80-an:



kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles (aku suke kaler biru!! LEONARDO! Who else? Donatello, Michaelangelo, Raphael!), Mask, Smurfs (those blue dwarfs!),Voltron and Jam.
berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan.
mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... (tak bes langsung masa ni!)
ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. (oh dear, bile nampak misi uniform putih, kecut perut.)
ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time tuh minum susu.
sekotak 30 sen jek beb... (aku salu dpt free sbb aku anak cikgu. kotak kaler coklat.. mana ade dah skrg.)
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
pukul tapak tangan...kan? (mak aku pun ade pembaris ni, tp die gune untuk jahit baju. )
semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. (mi goreng, doposen je ok?)
Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa. (oo yeah. Chujitsu! Ampang Park!)
time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa... (aku tak suke kasut wira sbb lambat kering. haha.)
internet? email? mendalah ape tu? (ntah! macam bombastik gile je!!)
CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. (hehe..i got plenty. skrg sume dah takde.)
tiket wayang pun 5 inggit je. (taktau la pulak. tgk wyg pun skali je mase tu, cite Jurassic Park. tu pun dgn family. balik kul 1 pagi, rase macam otai gile. sekarang?? )
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni,
'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. (sapa ingat keropok durian tu? my favourite! dah susah nak jumpe.)
tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal. (masa darjah 6, salu kelas kitorang diminta habiskan makanan yang berbaki. bes gilo.)
lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... (haa rounders besnye..i played with my mum once! satu team lak tu..dan kitorang 'mati' serentak! )
permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...(ahh main getah lagi bes! either jadik ibu.. atau jadik lelong??)
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan,kene patahkan kat tengah2 die! (ice pop!)
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa. (pastu kapur tu, sental kat kasut kasik putih!)
hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' (errr..aku pun tatau~) dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... (I was a big fan of WL okey?)
bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam. (err..arr??)
AIDS wujud sejak diorg lahir.
CD pun wujud time diorg lahir.
Michael Jackson dah putih dah time tu.
Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer. (dulu manade Windows beb!)
Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.
Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. (sapa penah ade TV yang ade cover papan tu?)
dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone... (aaa.. aku pun tak boleh.. haha)

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke: (bukan tua, tak berapa muda.)
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin (just a few numbers..)
3. korg sure pelik bile nengok budak2 kecik main komputer, selamba je.
4. kita geleng kepala bile nengok budak2 skolah menengah guna handphone. (budak skolah rendah pun dah ramai ok! siap ade jual top-up kat koperasi.)
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari (ha'a.. knape ye? sbb YM kot?)
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time
kecik2, nakal2 dulu... (masalahnye, tak jumpa jumpa.)



Tambahan:
- Summersault berkembar!! Emo tengok cite ni! Bess!!
- zaman kite baby dulu, kalu kene demam kuning, bleh jemur kat matahari.. sekarang? ha. ngus.
- dulu zaman Kiki Lala, Kiko.. budak pompuan pakai gaun. Sekarang, SEED pun ada.
- dulu tempat melawat, Tugu Negara.. Fraser Hill.. Bukit Bendera.. Muzium Negara.. Angkasapuri.. Masjid Shah Alam. Sekarang? Nouvo.. Zouk.. Planet Hollywood.. Genting..
- dulu, bley main mercunnn!!!! Time raya memang meriah gila. Sekarang taktau lah kenapa dah tak semeriah dulu.. tengok bebudak sekarang pun... cam sangap je.
- dulu duit belanja lima posen pun dah cukup. Sekarang, RM5 pun merungut.
- dulu kasut yang bila pijak kua lampu tu kira dah cukup gah, sekarang.. budak2 zup zasss pakai kasut beroda. muka poyo je..
- dulu Genting tuu sejuk gile.. kabus je manjang.. orang ramai datang, walaupun ada bot kayuh-kayuh tu je. Sekarang.. bukan theme park je ada...
- dulu nak carik bahan untuk scrap book, ajak kekawan pegi perpustakaan awam. Kul 5 dah kena balik, library nak tutup. Sekarang adek aku main klik search kat tenet je, sampai kul 1,2 pagi sambil chatting gosip2 pasal AF. (Siap chat dengan mak Shaz AF4 tu tak tahan tu). Senangnye keje korang...
- dulu majalah favourite aku dan kekawan adalah majalah Mickey Mouse versi Melayu. Masa tu, Mangga cam agak up-to-date jugak la.
- dulu nak gi kedai beskal sendiri tu takde hal la.. baik apa yang rosak. Sekarang cuba suruh adek aku pegi, in your dreams! Naik beskal pun taknak.
- dulu cekodok pisang sebesar penumbuk, doposen je. Sekarang? Besar lagi bahan perkumuhan haiwan spesis kambeng.
- dulu teka-teki kena main lukis-lukis kat kertas. jawapan sume sengal gile. tapi sekarang teka-teki.. banyak yang satu colour je. Tak biru, kuning.



Ah well tahun lepas aku ada pos entry pasal ni but different version. Tu pun bes jugak.. (click here)seronok juga sekali sekala imbas balik zaman lalu.. Terlalu banyak beza. Semakin membangun dunia kita ni, manusia jadi semakin malas sebenarnya. Semua nak kena ada bantuan. Takleh dah nak semata-mata harap tulang empat kerat je.

So guys, ada apa-apa nak tambah lagi? Sila, sila.

Wednesday, August 02, 2006

New Look



Ok. Finally I found one.

Basically I was looking for a simple template like this one. Nampak ringkas dan tak menyerabutkan mata yang memandang. Aku juga hanya suka menggunakan template yang sesuai dengan resolusi 1024x768.

Actually keinginan nak tuka template baru ni datang bila ada kekawan yang dah mula tuka template lain. So aku pun rasa teruja jugak nak tukar sebab previous template dah agak lama aku guna. Lagipun, sengaja nak bagi diri sendiri kerja untuk dibuat kat opis ni.. sangap gile ok. Nak nak arini supervisor takde, so ni lah masa yang terbaik untuk aku tukar layout. PC kat opis ni pun dah jadik lebih dari PC sendiri sebab aku lebih banyak guna PC ni. I am damn lucky to get the best PC in this office, believe it or not. PC aku pulak dah tersadai, kekadang je on.. sebab dah teruk kena spyware.. nak format pun takleh sebab tengah tunggu driver motherboard.

Aku tak kisah sangat sebab aku sendiri tak lekat kat bilek.. Balik keje kul 5.30pm.. terus siap sebab kul 6 ade fitness training. Malam pas Isyak, training wajadiri setiap ari. I don't even have time for myself. Rasa exhausted gila kekadang tu, tapi rasa semangat tu keeps me alive. Tapi tunggu je la malam ni camne.. latihan habis kul 3 pagi ok!! Dan hari-hari akan datang juga begitu. Oh, my, goat.

The only problem is my feet! Kedua-dua belah kaki aku penah mengalami kecederaan ligamen kat buku lali. So bila training, maybe due to 'aksi-aksi terlampau' seorang crook, maka terasa sakit pulak. Dan yang tak bes nye, sengal kaki itu merebak pulak sampai ke betis. Lutut kanan pulak sudah lebam dan sakit. Itu yang aku nak berdiri lelama pun tak boleh. Selagi aku boleh tahan, I dun really give a damn about it. Cuma aku harap kaki2 ni tak akan tergeliat la. Kalau tak.....harus ler merana jiwa lara.

Apapun, disebabkan training hari-hari, aku takde masa nak restkan kaki ni.. maka aku tak dapatlah nak join jogging during fitness training. Tapi CT, gym dan games aku tetap join. Sori ye, Shidi.

Pasal friendship day, I wondered why lots of my friends thought the day falls on 1st August. It falls on the first Sunday of August lah dear.. anyway, happy friendship day in advance to those who wished me.

Anyway, aku nak ucapkan bergantang-gantang tahniah pada sepupu ku, Kak Ngah atas kelahiran baby pertamanye... ape lah namanye, tak tanye pulak. Eeee... tak sabo nak tengok!!

Tuesday, August 01, 2006

oh plis...



I'm so bored with current template...
I need a new layout!!
Helppp...

So lazy to find one..
Bah~~~


Malasnye, malasnye.

Berapa ramai suami yang boleh jadi imam???



Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.


Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga?


Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.


Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.


Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


wallahua'lam






Pandangan peribadi

Bagi aku, isu pompuan tak pandai masak ni dah biasa didengar sejak negara kita ni tambah maju. Rasanye, semakin ramai lelaki yang dah tak kisah sangat perempuan pilihan dia tu pandai masak ke tak (ni yang aku dengar la..tataulah ape 'hidden agenda' diorang kan). Bak kata orang, pompuan blaja tinggi mane pun, ke ceruk dapur jugak sudahnya. So? Macam hina pulak pergi ke dapur. Bukan ke dapur tu tempat kita menyediakan sesuatu yang bakal menjadi rezeki kita? Walau apepun, seharusnya seseorang pompuan tu perlu belajar masak sebelum berumahtangga. Tidak boleh kata tidak. Sekurang-kurangnya tahu serba sedikit. Jangan tak tahu langsung.. sebab? Boleh fikir sendiri kot. :P Kang cakap lelebih, susah.. nanti kena 'makan'.


Secara konklusinya, lelaki patut tahu tanggungjawab dia dan perempuan juga begitu. Tak salah pun kalau perempuan tu berkarier tapi masih tahu ke dapur.. dan tak salah juga kalau lelaki tahu main game dan tahu juga macamana nak jadi imam. Pendek kata, keseimbangan itulah jawapannye. ;)