Friday, December 01, 2006

Sesi Merapu



Sha telah meminta aku membuat survey merapu di bawah.. Di mane tajuk2 lagu terpakse diubah ke bahse melayu.. hancuss hancusss..

So aku main translate jer lahh.. ade yang aku translate sebijik2 .. hahahaha..


20 songs I love to death yang aku sanggup dengar berjuta2 lemon kalinyer kat winamp player.

1. Macamana Aku Nak Idup. - Thrisha Kayu Tahun
2. Pembiasan. - Christina Aguilera
3. Kalau Aku Tak Dapat Kau. - Bebudak Laki Lorong Belakang
4. Sejak Ko Dah Takde. - Kelly Anak Kerani
5. Mata Orang Sepanyol. - Bebudak Laki Lorong Belakang
6. Bila Ko Cakap Ko Cinta Aku. - Diana Ross
7. Butang-Butang. - Patung Kucing / Patung yang Mudah Mesra
8. Malaikat Cinta Yang Bodoh. - Mandy Moore
9. Malaikat. - Sarah McLachlan
10. Kagum Oleh Kamu. - Bintang Kesunyian
11. Sambut Hari Itu. - Herbert GrOemeyer
12. Kau Tetap Yang Satu. - Shania Dua
13. Keajaiban Dunia Ke Lapan. - Kimberly Locke [dah macam tajuk siri Doraemon daa..]
14. Bonggol-Bonggol Ku. - Kekacang Mata Hitam [huwarghh.. pervert!]
15. Macamana Malaikat Bleh Hancurkan Hati Aku? - Toni Braxton
16. Menangis Habis-Habisan. - Menggoda [hahaha..ape ke the hal lah.]
17. Aku Mendorong Diri Sendiri Menjadi Gila. - Gila ['NSync jadi insane]
18. Rama-Rama - Mariah Carey
19. Kepercayaan Kamu Di Dalam Aku - Jessica Simpson
20. Perempuan Dalam Cermin - Britney Lembing





10 fave albums

Halamak.. gwe tak beli album aa beb.. camne nk jawab?




7 vokalists yang aku suka sebab kemantapan suara & kepayahan untuk ditiru suaranyer (in no particular order)

Aiyark.. camne mo translate nama orang? HAHAHA..
1. Brian Littrell of Budak Lorong Belakang.
2. Kelly Anak Kerani
3. Christina Aguilera
4. Jaclyn Juara
5. Claire of Langkah-Langkah (Mesti korang tak dpt teka sapa)
6. Steven Tyler of Aerosmith
7. Mariah Carey




7 vocalists yang aku suker sebab kehenseman muker semata-mata, muehehe

Ade ek vokalis yang hensem? Tukar actor leh tak? AKAKAKA.

1. Mark Ruffalo (Just Like Heaven)
2. Jensen Ackles (Supernatural)
3. Steven Strait (The Covenant)
4. Brandon Routh (Superman 2006)
5. Daniel Radcliffe (Harry Potter) - eventho he's not that handsome. :P
6. Deco.. hahaha.. sesat.
7. Takleh pikir dah..




Yoo malam ni futsal de Cekak. Gudlak kepada semua pemain. Main leklok.. jangan injured2 dah macam aku.. tengok, kan dah turun pangkat jadi paramedik.

Caiyok-caiyok!

Aja aja fighting!


Thursday, November 30, 2006

Regular Basis



Hari ini hari yang biasa. Tiap-tiap petang musti hujan.. So kalau klas petang, before kelas baju di ampaian dah kena angkat. Tadi keluar nak jumpa supervisor FYP yang super duper busy.. tapi sia-sia.. dia takde kat ofis. Dah tau kena buat appointment dulu tapi e-mail aku pasal nak consult dia pun tak berbalas. Entah bile aku dapat jumpa dia.. haih.. FaYaP dah naik kayap daa~

Training silat malam tadi buat dekat atas rumput. Selalu atas simen. Bes, tapi risau kalau-kalau ada baja asli kat situ.. maklumlah gelap pulak tu. Tapi memang feeling gak aa.. tanah pulak basah.. kalu prektis atas takungan air.. splash splash! Huhh.. macam srikandi pulak.. ewahhh! Padahal training tak seberapa pun, pastu cabut jap atas sebab musabab yang tidak tertanggung lagi.. keh keh.

Kan bagus kalau pasni tempat training tukar dekat padang HB2 yang berpasir tu.. baru lah bersilat namanye.

Jumaat ni futsal tournament. Kali ni tak main lah.. tukang sorak je.. Hehe. Nama-nama team bukan main lagi skang ni.. huhuh.. Takpe, kite tengok siapa hebat. All the best y'all.

Oklah.. dah dekat pukul dua pagi.. sok klas pukul lapan.. apehal la aku merepek memalam buta ni..

Wednesday, November 22, 2006

Sesi intebiu



1hb 12 ni akan diadakan satu futsal tournament di kalangan ahli silat cekak hanafi mmu cyberjaya. Too bad I can't participate since I've already sprained my ankles twice. Thus I suffered torn ligament becoz of that and I don't think I want to endure that kind of pain for the third time. Agak frust jugak, sebab dah berangan nak pakai no jersey berapa during the tournament.. [no, Shidi.. you got it wrong. not 7.] So kebarangkalian aku akan menjadi paramedik tak bertauliah pada hari kejadian.

Anyway, that's not what really matters. Shidi selaku kapten teamnye yang bergelar 'Sirap Jantan' telah mencipta interviewnye sendiri lalu mengepos di yahoogroup silat which I think can be a good laugh. Enjoy..!


From: she-D .
To: chmmu-cyber@ yahoogroups. com
Sent: Wednesday, November 22, 2006 5:57:07 PM
Subject: [chmmu-cyber] Jom Futsal....Sirap Jantan ready!!!


Cyberjaya: Futsal de Cekak bergema lagi dgn edisi 2006/2007, di bawah program director saudari Rosnaida. Sebanyak bnyk gak pasukan yg akan bertanding cuma 1 team telah konfirm masuk finale iaitu pasukan SIRAP JANTAN. Terdiri dari 8 org pemain, dan pengurus pasukannya, Ding Dong, mereka ini yg berlatarbelakangkn sukan bukan futsal, bersatu bergabung cakra tuk menyahut seruan pertandingn futsal de cekak ini. Berikut adalah pemain dan sesi interview mereka:

Pemberita kepada sHe-d Owen:
P: aper perasaan anda sbgai kapten pasukan?
S: Sengal
P: Ok

Pemberita kepada Edy Beckham:
P: aper strategi anda untuk menang?
E: Saya guna servis kuda jantan.
P: Tu bukan takraw ke? huhu

Pemberita kpd Wadi DIDA:
P: Anda pemain baru? Sebagai aper?
W: Ye, saya baru je BETA, saya junior lagi, masuk team2 SENIOR. Sila tunjuk ajar. Saya Keeper.
P: Penuh adab sopan JUNIOR ni.

Pemberita kpd Rathnor Ronaldo:
P: Apekah posisi anda?
R: Saya akan mendendangkan 1 lagu dr album baru band saya.
P: ?????

Pemberita kpd Faizal Christiano:
P: Anda ni nampk senyap je? ada rahsia2 ke?
F: Saya bermain khas tuk Cikgu@ Artis Nora (me: oo how sweet!! *drool*)
P: OO yg comel tu eh.

Pemberita kpd Ezwan Beckham:
P: Ada penyokong yg menyokong anda?
E: Perlu jawab ke? semua org dh tau si DIA.
P: Kerek siut.

Pemberita kpd Ed Nasri Henry:
P: Anda tak penat blk2 keje men futsal?
E: Saya ada peranGGGsanGGGGGGG
P: UntunGGG nye orGGG tu. (me: pls be alert with the most highlighted letter)

Pemberita kepada Amir Sherear:
P: Anda boleh ckp melayu?
A: Muka saya je cina tau. Wo ai ni
P: huh?

Begitulah kehangatan team SIRAP JANTAN ini. Team2 lain caner? team YDP? NYDP? Come on Futsal De cekak 2006/2007. Dengar ada free gift dan hadiah lumayan.
Jumpe next week ok!



p/s: She-D Owen??? Wut the heck. Tak sesuai ok!! HAHAHA!


Ooouh by the way.. I've already watched Harry Potter and the OotP trailer [thanks, fieza]. My eyes got kinda distracted with Harry's hair which I think.. it's.. so wrong. Tapi aku noticed yang lelain pun dah tukar hair-do, but theirs are just fine. Gosh, can't wait for Harry+Cho kissing scene.. bwahaha.. I don't really mind though coz even if it's French, they're certainly not gonna be together. Yeay!

If you ask me, which one is my most awaited scene.. frankly speaking, I don't remember any good ones. Ow dear, where the hell is my OotP book??

Tuesday, November 21, 2006

Kita Raye Same-Same!


Malam Gemerlapan Aidilfitri 1427
15 November 2006
7.30pm - 11.30pm
Multipurpose Hall, MMU Cyberjaya.




[photo removed]