Wednesday, April 25, 2007
In the lab..
Rindu sbenarnye nak update blog tp masa tak mengizinkan. Skrg ni pun duk menaip benda alah ni sbb takde benda nak buat. Kalau mengadap pc kat bilek tu, haruslah tak berganjak dr fyp kan..
Banyak sgt nak cerita.. esp. pasal Majlis Sanjungan Budi yg berlangsung baru2 ni.. Alhamdulillah.. berlangsung dgn jayanye. Final event of this semester.. huhu.. ada sikit sedey la bila pikir dah nak grad ni..Pastu kelas silat pun tinggal 4 klas je lagi ni(kalo tak silap), including tonight.. Busy camne pun, memang tetap nak turun selagi boleh sebab nanti nyesal pulak.. who knows. huhu..
FYP pulak dah mula menampakkan taringnya.. Supervisor aku busy nye melampau2.. Dah la nak jumpa kene buat appointment dulu.. Maklumlah, Associate Dean. Aku email tak pernahnye reply. Tu lah bijak sangat pilih dia. Td pagi pas pergi library cari buku PHP, selamba kodok gi ofis dia.. Mula staff cam tak bagi je sebab takde appointment.. sabo jer la. Pastu last2 dia suruh tunggu.
Bila dah suruh tunggu, aku faham lah tu... melangut la aku kat situ hampir sejam lamanya. Huii.. saba je lah.. Masuk ofis dia, aku pun dah lupa nak cakap ape. Masalah aku banyak pada coding je. So dia pun macam tak expert PHP. Nothing much she could help. So aku pun blah dengan agak kuciwa. Alamakkk.. aku lupa nak cakap satu benda. *bamm~!*
Dah tu projek PHP dgn Java pulak tak sentuh2 lagi. Haihh.. banyak sangat projek. Kang aku buat projek sendiri kanggg..
Jeles jugak tgk dak2 FOE dah habis present FYP. Takde benda nk risau dah.. boley concentrate utk final dah.. Bila pulak presentation aku ek? Jeng jeng jeng.. takyah tahu lah.. hahahaha.. yang pastinya bukan minggu ni. To be honest, no one knows.. except me, my supervisor and my FYP coordinator. Heheh.. so dun waste ur time digging for things u'll never find.
Okay lah, time to go. Daaa.
Tuesday, April 24, 2007
Critical Time..
tetapi tiada masa...
Counting the days..
32 days left...
Hoping everything will be fine... Amin.
Thursday, April 05, 2007
Tuesday, April 03, 2007
Going deeper..
Di kala kesibukan dan tekanan yang melanda ni, tiba-tiba rasa nak ber-blogging.
Tertekan siot sem ni.. fyp, assignment, komitmen, exam, semuanya memerlukan masa dan mentally prepared. Dah jangka dah, tapi tu lah.. time crucial macam ni lah, rasa homesick tu menyerang.
Mula-mula malas nak pikir.. duk ignore je. Ye lah baru dua bulan tak balik, dulu pernah sampai empat bulan. But then bila ibu call, terlepas pulak cakap homesick. Tapi aku cover balik, cakap homesick sikit je. My mom asked me to come home, tapi tak bleyy.. keje banyak.. tak leh nak tinggal. Tak lama pastu, abah sms, "Ibu kata kamu homesick, betul ke?" Aisey abah ni.. jarang sekali dia tunjuk concern, time camni lah mau concern. Bikin hati gundah je.
At the same time, I could sense his plan. Bukan boleh caye abah ni.. silap-silap esok dia muncul dekat parking HB3 ni. Eventhough he's 57 years old, he's still an excellent driver. Even long journey dari Kuala Terengganu ke Cyberjaya ni pun bukan masalah besar bagi dia, apa lagi sekarang dah duduk Ipoh. I couldn't let him come.. bukan ape, taknak menyusahkan dia.. dan weekend tu aku ade kursus.
So terus reply cakap aku plan nak balik pas fyp siap. Haha. Entah bile lahh.. pas setel fyp, mesti lah sibuk nak final exam pulak.. haih.. Pastu ibu call balik, dia cakap esok dia dengan abah plan nak datang.. siap nak gi beli ayam, nak masak banyak-banyak. Huhu... gara-gara aku cakap homesick dan rindu nak makan masakan dia. Aku ni menyusahkan orang tua je kan?
But since aku cakap nak balik pas setel fyp, so diorang tak jadilah teruskan plan tu.. Huhu.. pheww~ Bukan aku tanak diorang datang... Allah je la tahu aku nak sangat-sangat.. tapi cukup-cukup la aku menyusahkan dorang..
Beberapa hari before tu, on the way nak gi meeting persatuan, secara tidak semena-mena abah anta SMS, "Buat ape? Abah nak pesan agar Ayu give concentration on your study. It's your last chance and for the image of your family too. Just another 2 months and we'll celebrate. Bye and good luck." Kelepekk~ rasa macam jantung putus dari tangkainye.
Lama aku terfikir pasal SMS dia.. Aku tahu dia tak berapa berkenan tengok aku sibuk bukan hanya kerana study, tapi jugak hal-hal lain. Dia tak menghalang, but at the same time, dia nak aku fokus pada study je. Haih.. susah jugak. Tanggungjawab yang dipikul ni adalah satu amanah.. I've no choice..
Moga Allah permudahkan segalanya.. Amin.