# Sudut Mari Merenung Pepuas #
Bila hari hujan boleh dikatakan hari-hari hujan ribut, petir dan guruh kan? Bila langit mula mendung, kekadang terdengar bebelan orang-orang disekeliling saya; "Cuaca buruk je akhir ni ye.."
Soalannya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk? Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?
Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je...
Alahai, hujan laaagiiii!!!
Tiap-tiap hari hujan... susah la macam ni! Payah nak buat apa-apa kalau hujan!
Tak boleh balik lagi, hujan!
Dan macam-macam lagi.
Bukankah bebelan itu lebih baik digantikan dengan doa:-
"Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami."
[Hakikatnya, hujan itu rahmat]
"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami keluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)."[Al-A'raf: 57]
Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya, antaranya:-
Membersihkan udara;
Menyubur tanaman;
juga Membekal air ke empangan. Ada banyak lagi.
Cuma saya terfikir, kenapa orang selalu 'bad mood' bila hujan? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram atau tak best. Kesian hujan. Masa kat sekolah dulu, saya selalu perhatikan. Samada Khamis petang atau malam, atau Jumaat subuh atau pagi sentiasa hujan. Sebab masa tu ustazah selalu pesan, tadah air hujan petang atau malam Khamis atau Subuh atau pagi Jumaat (saya duk kat asrama). Ustazah sebenarnya nak suruh kami prihatin, supaya bila kami buat macam tu kami akan tersedar, memang benarlah Jumaat itu hari yang berkat. Sebab itu hujan turun mengiringi kedatangannya. Sedarkah kita?
Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.
Sekarang ni, hampir tiap tiap hari hujan. Tiap tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia sia di saat pintu pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah."[Al-Qamar: 11] Maka, BERDOALAH.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf (dan ilmu ilmu fardhu Ain lain pun ada juga) mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Tak payah kita tentukan, tak perlu kita perintahkan, Allah tahu bila nak turunkan hujan, kenapa perlu hujan, dan banyak mana atau lama mana nak diturunkan hujan.
Contoh, bila kita makan buah epal hijau, masam... dan selepas itu kita kata; "Eii, masamnya buah ni!" Kita kritik siapa tu? Kita tak
suka epal masam tu, lain kali beli epal merah. Kalau dapat yang tak elok jugak, agaknya kita yang tak elok, sebab itu yang tak elok selalu 'datang' pada kita (boleh terima ke?). Ini kena lihat bab redha, sehingga kita sanggup terima apa saja, sebab yakin itu semua dari Allah.
Lihatlah firman Allah yg bermaksud; "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya."[Al-Mukminun: 18]
Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ni kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kat kita sekarang ni ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.
"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau menyimpannya."[Al-Hijr: 22] "Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah),Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."[Surah Hud:123]
Wallahualam.
This is why I never hate rain. Sama-sama kite renungkan, ok?