Tuesday, November 23, 2004

# Sudut Mari Merenung Pepuas #



MEMAGARI DIRI DARI SIHIR


Semoga bermanfaat...

(Imam Malik)
Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw."

MEMAGARI DIRI DARI SIHIR
Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir)Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1)

Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah.

Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah,dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".

Riwayat al Bukhari.

Pagar Kedua (2)

Berwuduk sebelum tidur

Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'"

Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.


Pagar Ketiga (3)

Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.

Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'

Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.


Pagar Keempat (4)

Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir. Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur ingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"

Riwayat al Bukhari dan Muslim.


Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :
Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.



Pagar Keenam (6)

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan
adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan
kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya"

Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.


Pagar Ketujuh (7)

Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata
kepada Abu Hurairah:

"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi".

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:

"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu". Riwayat al Bukhari.

Saturday, November 06, 2004

Salam Lebaran






Tak sabar rasanye nak balik esok.. yeayy~!! Macam2 menda dalam kepala ni yang nak dibuat bila dah balik nanti.. Tahun ni, buat pertama kalinye aku sambut raya di negeri orang, Terengganu.. Hurm.. tak tau la best ke tidak. Fikir-fikirkan memang aku sedih lah sebab tak dapat balik beraya di Ipoh.. Mungkin pas seminggu raye kot baru balik sana. Tu pun kalau ayah aku dapat cuti.

Sebelum aku balik ni.. aku nak buat ucapan raye kat semua member-member yang jauh yang dekat.. yang dah lama tak jumpe.. yang tak pernah jumpa.. mahupun yang baru jumpa smalam.


My triplets... Sha n Fiza

Sedar tak sedar dah 3 kali Ramadhan kite sambut sama-sama.. buka sesama.. beli makanan sesama meredah hujan sampai kuyup...yet is was fun. cuma maybe Ramadhan kali ni, kite jarang dapat bersama bertiga.. sbb memasing dah duk tempat masing-masing. Tp kite masih gile-gile cam dulu kan? Aku rase seronok sangat sebab dapat kenal korang sejak Alpha lagi.. banyak sangat memori.. best.. sama-sama kongsi cerita.. suka duka.. Harap sangat friendship kite kekal sampai bila-bila. So aku mohon maaf kalau selama kita kenal, aku penah guris perasaan korang.. Aku sayang korang cam aku sayang keluarga aku.. Kan best kalau time raye kite leh duduk serumah, masak sesama.. hias rumah sesama.. hidang makanan sesama...


Syakiera

Argh..my beloved soulmate. Ekeke.. rindunye kat ko.. Thanks sebab call aku tadi sebaik saje aku ngadu aku tengah rungsing dengan macam-macam masalah. Aku harap sangat cuti raya ni leh jumpe ko.. alang-alang dah berjiran negeri tu.. hehe.. Tak sangka kite leh close dari sekolah sampailah saat ni. Aku percaya aku tak salah pilih kawan by the time aku kenal ko. Ko je lah yang paham segala masalah aku.. u're good listener.. u're the best part of me which I love day by day. Tak sabar nak tunggu ko pindah Shah Alam.. hari-hari gak aku runner sane pi jumpe ko. Hehe. Salam kemaafan dari aku kalau-kalau aku pernah kecikkan hati ko... penah hilang di saat ko memerlukan aku.. I'm truly sorry.


My beloved housemates..

Hoyeah..aku antara yang terawal balik beraye.. hehe.. fair lah kan? Korang tiap-tiap minggu balik.. kali ni aku cabut awal la. Hehe. Walaupun baru beberapa bulan duk dengan korang.. aku rase seronok sangat.. sebab korang semua gila-gila.. Tak banyak karenah.. dan enjoy selalu. Kalau aku ade wat silap.. aku mohon maap la yer.. Aku nak celoteh panjang-panjang pun tak tau nak cakap ape.. sebab aku dah paste kad raye untuk korang kat dinding.. hehe.. [aritu aku dpt nightmare ade orang cabut kad tu..dengki punye pasal. ]


Geng Bangbros

Perrghhh..stylo siot nama geng diorang ni.. sape kasik ek? ekeke.. sesuai la dgn orang-orangnye yg stylo milo tu gak.. Anyway.. thanks guys sebab sentiasa sudi lepak dengan kitorang.. Korang memang best.. sporting.. dan gegile..

To Apis, tak sangka kite leh keep in touch selama ni.. thanks for everything.. aku tau ko jenis ingat kawan. Ko seorang kawan yg sgt baik.. so aku minta maaf kalau slamer ni asyik aku yg lukakan hati ko. Kekadang ape yg jadi tu, bukan atas kemahuan kite.. u know dat.. aite? Kalau ade problem, I'm always here for u. Stay kewl slalu.. kalau terlajak beraye sampai Ganu..calling2 ar.. dtg beraye umah aku.. hehe. Tp aku tau ko hepi ar pasal this year ko tak balik sane. Anyway, I do value every second we treasure together. Gonna miss ya, friend..

To Fara, Ayu sgt hepi bile tgk Fara dah gegila macam dulu balik. Seb baik kite tak pecah perut ketawa dua tiga hari ni ye? Lawak laa.. tak larat dah nak gelak.. Dalam membuat lawak2 ni, u're the man! Hehe.. Ayu mintak maap kalau2 ade gurauan Ayu tu melampaui batasan ke..wat Fara terasa ke.. hape ke... [ye lar..sape suh up orang lelebih ] Maaf zahir batin lah kalau di'short-form'kan ek! Hehe.. Aaar..satu lagi, thanks for willing to listen to my problem.. hehe.. lega rasanye dpt luahkan masalah kat Fara. Kite senasib lah.. tak dapat balik beraya di kampung halaman.. Alahai..cedih lah.. Nak wat camne.. redha je la ek! Nanti kem salam kat OC Cheras ye.. Mueheheheh!

To Amin, wassup dawggg?! It's me bro, Jess here. Hahahaha.. Eleh berlagak ek tanak join kitorang lepak aritu dan smalam.. Takde la..juz kidding. Err..pasal kejadian smalam yang you dapat call kul 4 pagi tu oleh kekawan bertuah lagi berhati mulia kite tu, sape lagi kalau bukan cik Yana n Fara.. seriyes I taktau pape.. Diorang tu dah tade keje ar tu.. But u're cool aite? Lupe lak alang2 smalam patut mintak mahap.. dah nak raye dah ni.. Lagi bape jam je ni I nak blah Ganu dah ni.. hehe.. So mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki..pastu buat u-turn.. sampai ujung rambut balik yer. Hehehe.. Take care dude!



Geng Hakuna Chiqaqa

Aku tatau ar geng kite yang seramai brape belas orang ni wujud lagi ke tak.. atau sekadar tinggal nama je.. but hey, I'll never forget u guys.. Kite terlalu byk kenangan2 yg best sejak Alpha lagi.. eventhough skang ni kite dah tak close.. tp tu bukan alasan utk kite tak bertegur antara satu sama lain betul tak? Ye lah....manusia berubah.. Tapi kekadang perubahan yang tak best tu kite tolak tepi lah .. rite? Kite penah close gila-gila dulu... makan sesama.. lepak sesama.. sahur sesama.. borak sesama.. So takde sebab kenapa ada antara kite yang dah tak reti nak bertegur bile terserempak kat kampus. Dah lah skang ni susah nak jumpe.. ade plak yg wat2 tak nampak je bile berjumpe.. Kenapa ye? Susah sangat ke nak bersuara..atau nak mengukir senyuman kat bibir tu? Thank God lah rata-rata tak camtu.. Tak bestlah..kite kan kekawan.. dah nak beraya dah ni ha... Jangan menyombong.. takde gunenye pun.. Aku mintak maaf kalau aku ke yg puncanya [wallahualam].. tapi aku tak penah langsung berniat nak guris hati sesapa.. Aku still syg kat korang lagi..



Kekawan MMU

Kepada kekawan yg kenal aku kat MMU.. baik kat kampus Melaka maupun CJ..thanksss for everything.. Korang memang rockkk ahh! Hehe.. Nak sebut nama kat sini.. takut ade nama yg tertinggal.. so if u're reading this.. yes this is specially dedicated to you.. Dalam paler aku ni, aku ingat banyak sgt nama.. believe me, u're one of them. Maaf zahir batin atas segala salah silap. Kekawan yg duk Tengganu tu.. meh datang umah beraye yer.. tak jauh... dekat je. Hehe..




And lastly to all [gosh I'm running out of time here.. nak blah dah ni].. yang saye kenal melalui dunia cyber ni terutamanye.. dari YM ke.. blog ke.. email ke.. Friendster.. Myspace.. dan segala ceruk alam IT ni.. saye mintak maaf kalau saye ade mengguris hati sesiapa.. To a friend of mine.. yg saye pernah terserempak dua kali tu.. saye minta maaf sgt.. bukan niat saye nak lari drpd awak.. tapi erm.. saye takde kekuatan nak tego awak.. sorry ek? Len kali insyaAllah saye tak buat lagi..


Ok ok ... ni last.. aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semuaaaaa yang membaca blog ni.. tak kire kite penah jumpe ke tak.. tak kire kite kenal satu sama lain ke tak.. aku sangat menghargai setiap kunjungan ke blog ni.. korang memang best ahhh.. I'm sorry if I miss anyone.. Raye jemput datang umah..


Err..to my parents, brother n sister, here I comeeee!! Ohoo Along berlagak ye die dah balik dulu..cis cis dan cis lagi.. Tak sabar rasanye nak pijak bumi Kuala Terengganu tu.. Homesick tahap ungka terkena bird flu paras bahye dah ni. Ibu, Ayu ade banyakkkk sangat menda nak cerite kat ibu.. Life has taught me how to appreciate you more.. I love you every single day more than you could imagine. You're my life.. my soul.. my everything! MUAHHH!!


Ok.. ni address umah aku.. kot kot yg nak dtg beraye ke.. yg nak bagi kad raye ke.. hahahah!

528, Lorong Gemia,
Jalan Panji Alam,
21100 Kuala Terengganu.


Salam Aidilfitri..Maaf zahir dan batin..




Tuesday, November 02, 2004

October






Skang ni dah tak reti nak berceloteh lah dalam blog... so ni la antara aktiviti2 kehidupan aku selama sebulan yang lalu.. hehe..

Lalukan cursor kat gambar untuk baca caption.. :D Sori lah gambar kecik-kecik jer.. sebab nanti berat lak blog ni..susah nak view, tak best lak kan? hehe..

Sunway Lagoon [2 Oct 2004]

Bulan lepas.. kekawan dari MMU Melaka datang jenguk kitorang kat Cyberjaya ni.. Best ah..lama tak gather sesama camtu.. so kitorg decide nak pi enjoy.. so Sunway Lagoon la destinasinyer. Kitorang pi kat dry park jer.. sebab pas tu nak pi shopping. Kitorang tak bawak pun baju extra walaupun kitorang tau memang akan basah.. hehe.. Tapi best lah.. banyak yang kitorang naik dua kali..



Abang yg jaga menda ni ckp, 'Have a nice shower' kat kitorg sbb naik menda ni basah lenjun! Kitorg naik menda ni 2 kali berturut2...haha.. best!

[photos removed]

Kitorg naik ni 2 kali. Dua-dua kali tu gak aku yg paling lenjun! Cis! Arrkk!! Kena sembelih!!



Majlis Pertunangan [9 Oct 2004]

Bulan lepas gak.. aku dan sHa balik ke kampung aku, Ipoh sebab Kak Ngah [sepupu aku] bertunang.. Terkejut gak aku.. takde angin takde ribut... tetibe bagitau nak bertunang.. segalanya dibuat ala kadar.. sempat gak aku menyibuk ape2 yg patut.. aku ni memang suke bab2 buat hantaran ni.. hehe.. Akhir kate, buat Kak Ngah Zura dan abang Rosdi, semoga berbahagia sampai bebile hendaknyer.


[photo removed] Keje kami sbg camerawomen akibat kepupusan lelaki yg masing2 bz kat blakang umah.

Bakal mak mertua menyarungkan cincin pertunangan.. Nervous tu tp control. Hehe~ <Kak Ngah dan hantaran-hantarannye..


Nunu's Birthday [13 Oct 2004]

Birthday housemate aku, Nunu juga jatuh dalam bulan 10.. So malam tu.. kitorang wat surprise party untuk dia.. yeahh~ Hehe.. To Nunu.. bak kate broken English orang2 kite.. long life.. cheap rezeki lah yer.. hahah!


Pfffff..pfff..ni lilin ke obor? Biase lah.. tradisi kite menyental kek di muke bday girl.

Cik Nunu dan Tiga Duda antara VVIP yg hadir.. :P



Okie lah..akhir kata Selamat Berpuasa! Jangan ponteng haaa~!