Saturday, January 14, 2006

Botani dan Januari


Alhamdulillah.. exam dah habis. Selesai satu tanggungjawab.. So macamane dengan sambutan raye haji? As for me, aku sambut raya kat Taman Botani, Putrajaya bersama kekawan akrab ku, Maria dan Bern.. Bukan nak berjiwang kat sane.. Alasan utama adalah kerana library tutup. Haha. So Maria came up dengan satu idea.. blajar sambil bersantai. Heheh. So kitorang pilih la Taman Botani. Tu lah first time aku pergi setelah hampir tige tahun aku kat Cyberjaya ni. Memang best!! Pas Zohor, kitorang menuju ke sane.. dan terus mencarik port yang agak best untuk study. Oleh sebab Bern je yang penah pegi, so aku dan Maria menyerahkan sepenuh kuase kat dia untuk carik port. Lama jugak la nak cari... rase adelah setengah jam kot. Dan akhirnye kitorang study kat satu kedai makan yang tak penah bernyawa. Tempat tu memang cantek.. ala-ala cite dongeng lak.. dengan bunga-bunga yang bertaburan.. landskap ala-ala istana orang putih dolu kala.. ditambah pulak dengan angin-angin sepoi bahse.. nyamok pulak takde. Orang pun tak banyak yang lalu lalang.. maybe sebab hari raye. Lagipun tempat tu agak ceruk sket. So pendek kate, petang yang dingin dan mendamaikan tu ibarat merestui niat suci kami untuk menimba ilmu. Haha.. poyo yang amat.


[photo removed]


Pas study... dalam kul 6, kami beransur pulang. Tapi kasik pusing dulu la.. amik gambar. Hehe. Dan kitorang jumpe ade lagi port-port yang best untuk study. Takpe, lain kali leh datang lagi. Nanti nak main beskal lak la.. takpun benda yang kayuh-kayuh kat tasik tu.. (ngahaha.. begitu kanak-kanak sekali bahase ku). Dah habis pusing.. kitorang gi solat kat Masjid Putrajaya dan berkelah la kat situ. Picnic beb kat Dataran Putra. Aku masak dekat sebungkus bihun, boley abis sekelip mata. Huhu.. study memang menelan kalori dan tenaga menyebabkan kite cepat lapar.. (alasan untuk cover je ni..)


[photo removed]


Dan semalam.. bertepatan jam 12 (tepat tak tepat sangat laa..), member-member Silat Cekak Hanafi sesama kami telah mengadekan jamuan hari jadi bagi menyambut semua member yang seramai tujuh orang yang hari lahirnye jatuh dalam bulan Januari. Mereka adelah Shidi, Bern, Fezal, Kak Raina, Amam, Kak Memel, dan Kak Zura. Happy Birthday y'all~!. Thanks to Maria dan Farah sebab tolong aku masak. Happening gile malam tu.. tapi kene kontrol sket la sebab kawasan hostel. Kang tak pasal-pasal ade unidentified flying objects terbang dari memane tingkap bilek kang, susah lak kan. (Tu lah len kali carik port lain!) So kepada mereka yang bermandikan tepung dan telur, tahniah dan selamat maju jaya.

Dan trimas jugak kepada Fezal dan Bern kerna berjaye melemparkan tepung tepat ke muke aku hingga masuk tersumbat hidung dan seterusnye selsema selama satu malam.

Last but not least, selamat bercuti, member-member seperjuanganku di MMU. Hola~!

Tuesday, January 10, 2006

Aidiladha





Kalau aku ade kat rumah sekarang...
Mesti sedikit sebanyak aku dapat rase suasana raye...
Walaupun raya haji tak semeriah raye puase.

Kalau aku ade kat rumah sekarang...
Mesti dari malam raye dah sibuk kat dapur...
Walaupun takde lah nak masak beriye sangat.

Kalau aku ade kat rumah sekarang...
Mesti pagi raya ni bersarapankan hidangan raya...
Walaupun ibu cuma plan nak masak laksa dan nasi impit.

Kalau aku ade kat rumah sekarang...
Haih alangkah bahagianye...

Tapi nak buat camne.. aku dan ramai lagi kekawan terkandas di bumi Cyberjaya ni... beraya dengan buku.. Maklumlah, nak tanak inilah pengorbanan kami sebagai student. Sekarang ni minggu final exam. Sesape yg rumah jauh-jauh mcm aku... kempunan la nak balik. Takpelah, raya haji aje kan... kate kekawan.. memujuk hati memasing. Raya haji pun, raye beb!

Mula aku tak kisah sangat.. Iyelah dah masuk tahun keempat di MMU, baru sekali je aku sambut raye haji dengan famili. Tapi dua hari lepas, di library, tengah kusyuk-tak-brape-kusyuk sangat study, sepupu hanta SMS yang penuh dengan rase gumbira.. memaklumkan aku tentang plan sedara-mara aku di Ipoh.. semuanya, keluarga Mak Tam, Mak Yang, Mak Long, Mak Ngah dan lelain nak konvoi ramai-ramai ke Terengganu... semata-mata nak beraya dengan family aku. Dan aku...? Tercicir sorang-sorang kat sini?

Life is so unfair! Jerit batin ku ini. Uhuk..uhuk. Dah elok-elok aku tak sedih, bercucuran air mate jugak lah di library tu. Ni semua jealous punye pasal!

Kepada semua,
Selamat Hari Raya Aidiladha...
Mari sesame kenang-kenangkan ape pengorbanan yang pernah kite buat...
Untuk ibu dan ayah...
Untuk keluarga...
Bangsa, agama dan negara? =)
Hurm.... agak-agak ade tak?

Monday, January 02, 2006

2.0.0.5



Sekarang dah masuk study week untuk MMU students. Seminggu lagi, dah start final exam. Good luck my friends. Aku dah start gi lib sejak minggu lepas tapi tak banyak sangat lah ilmu yang masuk. Harap-harap dapat score untuk sem ni sebab abah dah janji nak bagi hadiah since dia dan ibu puas hati tengok result aku last sem.. Haha.. macam kanak-kanak sekolah pula ku rasekan.

Last presentation for Database went well. Patut ade lagi presentation untuk Web Programming tapi aku dapat tau atas rayuan students (hebatlah korang), presentation dibatalkan. Aku jarang datang ke kelas Web Programming ni.. nak-nak aku tak payah datang tutorial. Haha.. best2. Ni semua gara-gara lecturer beriye nak tuka timetable. Disebabkan aku sorang je clash dengan subjek lain, so die bagi exemption. Pastu die cakap, "I see you're doing very well in tutorial." Haha. Ala.. blaja HTML je. Benda yang aku dah kenal sejak form 3. Kan best kalu database semudah ni.. duh.. tak suke database...

Tapi lecturer database ni suke peratikan aku. Dia tau aku salu lost kot. Dia suke tersengih tengok gelagat aku yang terkial-kial jawab soklan kat depan. Students pun ade 10 org je. Yang bestnye mase presentation aritu, aku first presenter. Pastu aku pun introduce kan lah groupmates aku.. dan last skali, aku nak intro diri aku.. "And I'm.." Lecturer yang tengah sengih dari awal aku cakap, terus sambung, "Ayu!" siap dengan goyang2 kepala sekali.. maklum lah, lecturer dari India. LOL.

Ni dah masuk tahun baru, sikit sebanyak terkenang jugak la peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang tahun lepas.. Banyak jugak memori yang tak bley dilupekan. Kononlah... hehe. Last-last ada yang lupe jugak. Ni aku sum up je lah terus.. senang.


Hari Paling Best ==> Hari Raye lah~! Hehe.
Kenangan Paling Best ==> Banyak.. Mase gi Pulau Redang dan Genting.. Mase raye.. bla bla..
Percutian Paling Best ==> Pulau Redang dengan family. Sunburn teruk tapi BEST!
Hadiah Paling Best ==> Hadiah dari ibu dan abah.
Event Paling Best ==> Santai-Santai 2005 anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi MMU Cyberjaya.
Movie Paling Best ==> Harry Potter and Goblet of Fire!
Lagu Paling Best ==> Since U Been Gone - Kelly Klarkson
Cite Kat TV Paling Best ==> America's Next Top Model With Tyra Banks
Subjek Paling Best ==> Chinese for Business Communication 1.


Hari Paling Tak Best ==> Satu hari yang penuh dengan masalah...
Kenangan Paling Tak Best ==> Berdepan dengan sepupu yang dirasuk saka. I won't forget that.. ever! Sampai lebam-lebam badan aku.
Percutian Paling Tak Best ==> Cuti darurat kerana jerebu.
Event Paling Tak Best ==> MMU Artistic Performance (Co-co) - tade feel langsung.
Movie Paling Tak Best ==> King Kong. HAHA.
Lagu Paling Tak Best ==> Crazy Frog. Bodo punye lagu.
Cite Kat TV Paling Tak Best ==> Cite-cite dari Venezuela sume tu... sume bosan dan stereotaip!
Subjek Paling Tak Best ==> Ghazal!