Mulanya nak update blog, tapi tak tau nak cerita apa. Tapi sudahnya, terlalu banyak pulak kisah-kisah yang tercicir..
Majlis Ijazah Pertama dan Potong
[photo removed]
Nak cerita lebih-lebih pun tak boleh sangat sebab dah tak berapa ingat. Majlis ni telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mac bertempat di Masjid Al-Hidayah, MMU Cyberjaya pada lebih kurang pukul 9 malam selepas Isyak. Terima kasih bebanyak pada ahli-ahli tamat yang turun padang bagi memastikan kelancaran majlis, terutama dalam menyediakan makanan dan upacara mandi limau. Hehe.. bes bes.
Birthday Bash
Pada 20 Mac lepas, telah terlaksananye niat kami untuk meraikan kekawan Sesilat Cekak yang hari lahirnya jatuh pada bulan Februari dan March. Hari yang sama, kelas aku bermula dari lapan pagi sampai dua petang. Lepas kelas, terus ke library.. susun-susun plan sket, then kitorang terus gerak ke Alamanda untuk beli barang. Habis beli barang dan kek lebih kurang pukul 5 petang.. Rehat jap setengah jam, then terus ke dapur sediakan bahan untuk dimasak. Pukul 8 malam, kak G, Zura, Shamam dan Mar sampai untuk tolong. Agak kelam-kabut jugak sebab mase yang ade hanye dua jam, sedangkan kitorang kena masak 4 round ok.
Tapi sudahnye berjaya masak 3 round je.. di mane pas aku selesai masak kue tiaw, terus lari jap gi mandi.. sementara tu yang lelain tulong masak bihun goreng lak. Kebetulan malam tu hujan renyai.. so Shamam forward msg suruh tuka tempat. Tapi dengar crite ramai yang tak baca msg tu sbb dah pegi meeting ek? Tapi, rasanye ade diberitahu dalam meeting tu, kate tuka tempat. Bila sampai hb3, tengok takde orang. Rupe-rupenye semua tengah berhujan kat Sports Unit. La haii.. mungkin msg tu gagal disebarkan kot. Kesian korang. Tapi turun kereta jer, kena sound sebab lambat. Actually sebelum tu lagi ade orang call.. Terima kasih banyaklah. Mungkin tak tahu kenapa kitorang lambat.. atau mungkin lupe kot kami pun MMU students, busy macam diorang jugak. Haha..
Cam biasa pas makan-makan (sorry lah makanan tak cukup, tak sangka seramai tu yang datang), haruslah ada aktivti makeover. Tahniah pada yang dapat makeover free menggunakan tepung, air sirap, air paip, dan telur. Daripada berapa puluh orang, tibe-tibe tinggal berapa kerat je.. lari bertempiaran mengelak kena serang. Haha. Cari-cari tepung yang kami beli dengan duit sendiri, tetahu ada yang dah membuang tepung itu tanpa rasa segan silu.. Sape la yang rasa matang sangat tu ye..padahal kau bukan target kami.
Anyway,walaupun badan penat dan letih, malam tu seronok jugaklah melihat kekawan diraikan dan dihargai.. Kepada semua yang dirai (nak mention satu-satu, ramai sangat takut ada yang tercicir), semoga hidup korang diberkati Allah SWT.. sentiasa ceria dan berjaya dalam ape saje yang korang buat.. InsyaAllah. Apapun, mohon maaflah kalau ada terkurang kat memane.. (yer, saye tau ada.)
National English Essay Competition SCH
Telah berlangsung pada 25 Mac 2006. Komiti dan usher datang seawal antara 7-8 pagi. Masing-masing nampak smart dengan baju korporat. Nice~~ Berkat pertolongan Ilahi, alhamdulillah.. majlis berjalan dengan lancar... Aku datang sebagai usher jer, niat lebih kepada nak menyokong program persatuan. Flow majlis ok, audience ok, dan makanan pun ok. =) Aku pulak diminta jadi wakil untuk pemenang tempat ketiga bagi Secondary School level dari Sabah.. Yang lawaknye, tak sangka ada yang betul-betul terpedaya, disangkakan aku betul-betul pemenang. Haha.. muka aku tak cukup matured ke? Apapun, tahniah pada yang betul-betul menang!
Dan berkalung-kalung tahniah juga kepada semua yang menjayakan majlis ini sejaya-jayanya terutamanya tuan direktor yang sememangnya sangat berkaliber serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan tak lupe juga kemanisan yang lahir semulajadi di riak wajahnya itu (hahah..), Muhammad Syahide Jalal. Hehehe... ko memang hebat la.
Aku juga nak mohon beribu ampun sebab tak tolong ape-ape pun.. dan lastly, jutaan terima kasih bagi mereka yang sudi turun malam tu untuk menghabiskan makanan yang ada (sorry lah kalau tak sedap) walaupun kepenatan masih tampak jelas pada muka masing-masing.. hehe. Muchos gracias!
Longest Non-Stop Dodol Cooking Session
[photo removed]
Semalam ahli-ahli SCH MMU telah ditugaskan untuk mengacau dodol pukul 10 sampai 12 malam bagi menjayakan aktiviti mengacau dodol terlama (selama 48 jam) untuk masuk dalam Malaysia Book of Records. Masa aku tengah tulis entry ni pun, aktiviti tersebut masih lagi berlangsung dan habis esok. Memang havoc gile lah semalam.. alaa dak2 Cekak ni kat memane pun kecoh.. seronok betul semalam, kan? Rasa ala-ala nak beraya pun ada jugak. Maklum la.. dodol ni kan selalunya time raya jer. Pastu masing-masing lak memang tak penah kacau dodol, macam aku ni. Hehe. Seronok gila bila dapat kesempatan tu. Pasni kalau dapat bakar lemang lak... perghh... bes bes.
Okey lah, overall itu lah yang berlangsung sepanjang aku tidak meng'update' blog. Sungguh best sekali.
No comments:
Post a Comment