Alhamdulillah... telah berlangsungnya MSB06 dengan jayanya di Dewan Seri Endon, Bangunan Puspanitapuri, Precint 10, Putrajaya. Agak grand jugak kali ni kalau nak dibandingkan dengan tahun2 lepas. Satu kenangan manis juga buat aku dan kekawan yang hadir.
Semuanya nampak cantik..
Yang perempuan usah diceritalah pakaian masing-masing..
yang lelaki pulak tak nak kalah..
Tampak meriah, tampak berseri.
Komiti datang seawal jam sepuluh.. Walaupun sudah agak lewat, tapi sempat juga buat rehearsal. Habis rehearsal, masing-masing lari ke bilik persalinan. Dalam bilik, bergantungan macam-macam fesyen baju. Ada yang tanya, "Mana satu baju Ayu?" "Tuu..yang kaler peach." sambil mulut muncung menunjuk baju. "Ui..ni baju nak menikah!" Haha. Anda adelah orang kelapan ratus tige puluh belas yang memberi komen sedemikian. Baju tu sebenarnye baju raya lepas tapi tak sempat pakai sebab lambat siap. Itulah jadinya bila memberi kuasa veto kepada ibu untuk carikan baju raya.. tiba-tiba dah macam baju nikah. Ada yang cakap, "Haii Ayu.. mak kau dah buat baju ni.. dia dah bagi petanda lah tuu.. dia teringin la tu." HAHA.
OK kembali ke topik asal.
Majlis delay lebih kurang sejam atas keterlewatan VIP yang tak dapat dielakkan. Tapi tak menjejaskan flow majlis. Bila tiba persembahan multimedia, terasa sebak melihat suntingan video dan gambar yang ceria-ceria belaka.. gelak tawa sejak di awal perkenalan.. Semua tu akan hilang bila masing-masing melangkah meninggalkan MMU. Teringat pulak pada acara gimik yang bakal dipersembahkan.. Mulalah hati berdegup kencang.. mampukah berjalan dengan baik? Huhu.. bertenang Ayu, hati memujuk.
Selepas penyampaian hadiah sesi pertama, tiba pulak persembahan video. Ah sudah.. habislah aku. Melihatkan rakaman video yang terpampang seorang ibu bertudung besar lengkap dengan baju kedah, kain pelekat (kain batik takde!), bedak sejuk bertempek di muka, dan kaca mata di hujung batang hidung.. aku menutup muka menahan malu. Aaaa.. ni semua idea sendiri yang sanggup memburukkan diri dalam rakaman video tu.
Acara seterusnya adalah penyampaian hadiah dan cenderahati sesi kedua. Aku dan mereka yang terlibat dengan acara yang bakal menyusul bangun meninggalkan meja meluru ke belakang pentas. Asalnya aku berasa sedikit gugup tapi lebih tenang. Tapi masing-masing naik panik bila Zura hilang entah ke mana sampai cari guna hoki toki. Mulalah terfikir, ada gimikkah di sebalik gimik?
Sampailah saat penyerahan cenderahati yang terakhir, fikiran buntu, hati dah tak menentu. Nyaris putus asa kerana fikirkan ketiadaan Zura sama sekali akan menjejaskan persembahan kami. Rasanya kalau diletak mikrofon yang sedang aku pegang tepat di jantung, memang jelas kedengaran deras degupannya. Tiba-tiba kelibat Zura muncul. Terdengar masing-masing menghembuskan nafas lega yang teramat. Kesian tengok Zura, tercungap-cungap lari ke belakang pentas.
Kami terus berbaris mengikut posisi masing-masing. Nyata nervous tak mahu surut. Mikrofon di tangan kanan rasanya dah dibasahi peluh. Sebaik je Zura memberi salam pada hadirin, dengan lafaz Bismillah.. aku berjalan keluar dari balik tirai pentas dan mulakan persembahan dengan serangkap syair yang dikarang sendiri. Main belasah je ayat.. haha.
[photo removed]
Persembahan bermula dengan baik..cuma masa bersyair, fokus sikit terganggu sebab memujuk hati yang mula sebak. Segalanya ok dan aku hampir-hampir lega bila kami dah berada di hujung lagu Doa Perpisahan. Tiba-tiba Zie menyanyi tersalah rangkap. Masing-masing blank.. adalah empat saat masing-masing terdiam, aku terus masuk rangkap terakhir. Masa tu tak dapat nak digambarkan perasaan ni. Panik dan blank habis.. sampai sudahnya aku pun tersalah akhiri lagu.
Memang kelakar tapi masing-masing seronok. Adalah kenangan di antara kami selepas ni. =) Kepada Zura, G, Farah, Farahani, Amy, Maria dan Zie, sekalung tahniah dan setinggi-tinggi terima kasih sebab sudi terlibat dalam persembahan gimik.
Majlis ditutup dengan lagu Peneraju Warisan Mutlak, lagu rasmi Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi which is one of my favourite songs.
Di sini saya ingin secara peribadinya mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan MSB2006 baik secara langsung atau pun tidak. Tak lupa jugak jutaan terima kasih saya kepada semua yang menghadiri majlis ni terutamanya VIP, alumni-alumni, dan wakil-wakil dari IPT lain. Mohon maaf saya kepada semua di atas keterlanjuran kata saya, ketidakcekapan saya menjalan tugas, dan apa-apa sajalah yang terkurang kat memane.. Mintak maaf banyak-banyak.
Kepada yang diraikan.. yang bakal grad tu.. jangan lupakan kitorang kat MMU ni.. jaga diri baik-baik.. Selalu-selalu lah jenguk kami di sini.. Lagu Doa Perpisahan tu kami tujukan khas buat korang. Berpisahnya kita kali ni tak bermakna berpisah selamanya, kan? Mudah-mudahan.
"Satu pertemuan terjalin mesra,
Mengubat duka laranya jiwa,
Telah ku kira bahagia bersama,
Apakan daya berpisah jua..."
Oh ye, akhir kata, kepada semua MMU students, selamat menempuh peperiksaan akhir untuk semester kali ni. All the best!!
No comments:
Post a Comment