Thursday, September 20, 2007

@Work.

Yelaa... mau update la ini. :P

Semalam dan hari ni aku off sebab system kat ofis under maintenance, plus tempat kitorang diguna pakai oleh team lain.. taktau la untuk ape.. but then, aku dapat tahu hari ni ade interview session. Dulu aku interview kat exact place aku keje sekarang ni.. so maybe that's one of the reasons.

Elok pulak aku off.. malam tadi aku tak leh tido angkara masalah penghadaman yang agak teruk hingga menyebabkan aku bergulung atas katil. Kul 7 pagi baru la aku berjaye tido. Terseksa betul rasanye. Doc nak inject, mampus aku tak bagi. Hahah. Selepas ini, saya berjanji tidak akan mendera perut dengan makanan pedas lagi.

Dalam minggu ni ramai ofismate aku tak sehat.. beberapa orang dah start MC.. dan yang lain mula menyebarkan virus masing-masing. Haha. Ade sorang membe aku ni.. kena food poisoning.. masa tu aku tak perasan dia ni tak sihat sebab lain-lain cubical. Pastu trainer datang kat dia dan tanya dia tahu tak Streetmall kat ne.. Aku dah paham dah, terus aku volunteer nak bawak gi klinik since aku memang tau la kan Streetmall kat ne, dan aku ade kete. Membe aku ni punyelah teruk food poisoning dia... asyik nak muntah je. Aku dah cuak-cuak dah.. siap warning banyak kali supaya dia bagitau kalau dia betul-betul nak muntah. Aku bukan boleh tengok orang muntah ni, silap-silap aku join sekali. Pastu sampai je Streetmall, membuak dia muntah. Ya Rabbi... memang dugaan la aku time tu. Kena la tahan, bulan puasa lak tu.. Balik ofis, turun kete, dia muntah lagi tepi jalan.. Hiyarkhh~!

Anyway esok aku test.. (don't ask why I still got time to update this blog) To be honest, most of us dah jadi half-hearted untuk amek test ni... it's too complicated.. It's gonna be a miracle kalau kitorang pass test ni.. Entahlah.. Ape pun, aku akan buat sehabis baik.. eventhough dalam keadaan perut yang berombak ini. Pass or fail, I don't really care.

Trainer aku ni kekadang supportive, kekadang menakutkan kitorang.. Huhuh. But overall, she's a kind lady. Aku tahu dia nampak kitorang dah putus asa.. memula dia rajin la tiup semangat kitorang.. tapi lelama, dia pun dah macam give up.. haha.. Selalu dalam kelas, dia akan tanya macam-macam soklan.. tapi bila pas lunch hour, masing-masing tengok screen PC.. tapi mengelamun.. So bile dia tanya, mesti kitorang akan tanya balik, "What was the question?" Aku siap penah terjerit, "We're dyinggg~!" Free-free je kena gelak.

Trainer aku ni bes sebab dia strict.. Dia suka penalize kitorang. So kitorang ade house rules.. dan setiap rule yang dilanggar ade la fine dia. Cam contohnye, latecomers will be penalized RM1. Tak kisah la lambat masuk time ofis atau time break. Other languages than English are totally forbidden.. ten cents per word. Even 'lah' pun tak leh.. cam "okay lah." Ade skali trainer aku nak penalize aku sebab aku tercakap "Eh!". Aku siap argue dengan dia, "come on.. it's an expression. it's not even a word!" hahaha.. Banyak lagi la.. daripada common rules sampailah rules yang bodo-bodo seperti not answering question, littering, not pushing in chairs, not sharing knowledge, "Ringgit" is also forbidden (since we're working with Singaporeans),bla bla bla..

Anyway aku dah kena fine RM1. Ha. Ha. Aritu laa break solat Zohor, kitorang terlewat tiga minit je sebab stuck kat lift.. orang duk angkut2 barang. Sekali enam orang terus kena fine. Best betul. Anyway, duit-duit tu semua akan disumbangkan untuk Pot Luck nanti. So aku tak kisah la pasal house rules. It's fun actually. Tempat keje aku ni best sebab kitorang digalakkan to work as a team.. so kitorang ada theme day once a month.. mula nak buat once every two weeks tapi takut tak mampu. This coming monday is our first theme day, which is Hawaiian style. Adoi.. aku nak pakai ape ni.. kang aku pakai ala-ala Lilo and Stitch kangg. Takpun aku petik bunga2 kat tepi pagar tu, lilit-lilit je kat kepala. Alohaaa~! Ahaha. Second theme day tak kurang merapu jugak... Prom Nite. Haiyayaya~~

Okay lah.. time for revision. Thanks for reading. Selamat berpuasa.

No comments: