Monday, October 29, 2007

When time flies..

Wee...lama tak update.

Hows your raya? Mine has been really great. Eventho raya keempat aku dah start keje balik.. ajaibnye aku tak rase pulak suasana raya di ofis.. semua macam biasa je. The only different was everyone was busy passing around their kuih raya to all the colleagues. Best bila tengok semua orang sibuk bergosip sambil mengunyah kuih raya regardless what race you are.

Anyway, meh la aku kongsi sikit pengalaman raya kali ni, walaupun tak berapa nak ade kan. :P Aku balik Ipoh malam raya.. pas keje, aku dengan Kem nak bertolak.. dan nak dijadikan cerita, kete dia habis betri.. cek cek tengok dia lupa tutup lampu. Di kala hujan tu, gi la beli jumper kt Petronas, dan jump-start la pakai kete aku. Mungkin sebab kete tuu menggigil kesejukan.. lama jugak laa duk jump-start, tak mau2 jugakk start. Org Petronas yg aku angkut skali suh tulong jump-start dah suruh aku tekan minyak sampai aku rase silap-silap mahu pulak kete aku tu sampai ke bulan. Akhirnya kete Kem mahu gak hidup. Pheww... masa tu dah dekat Maghrib dah pun..

So kitorang trus gi Cyberia, simpan kete aku since nk bawak kete die balik Ipoh.. then gi Carrefour Wangsa Maju jap.. last minute shopping dan berbuka kat sana.. then gi umah Kem jap, packing.. pastu amek adek dia.. Kitorang gerak balik ke Ipoh pukul 10 lebih (malam). Ayah aku mmg tak tercakap ape dah aa.. haha.. risau gila. Kitorang masa nak masuk highway tu entah bape kali Bismillah.. saspen gile la, bukan ape.. saspen nak menempuhi trefik jem yang dijangka sangat-sangat kritikal. Haha..

Miraculously, the traffic flow was so damn fine. Memang la kete banyak.. tapi flow memang ok.. kira kalu nak speed 100 over pun boleh sangat. Dan Alhamdulillah takde la accident yang teruk sangat.. Aku jumpa 3 eksiden tapi tiga-tiga sekadar remuk sikit je. So we managed to reach Ipoh around 12. Abah and Along picked me up at Simpang Pulai.. aku sampai umah je dah rase letih.. borak2 sikit dengan family aku.. intai2 dapur.. then went straight to bed.

Esoknye, raya.

Raya kali ni berbeza sikit sebab kali ni it's my turn to give away duit raya.. Sronok jugak rasanye bagi duit raya.. Alhamdulillah, rezeki dapat awal bulan.. OCBC kasik masuk awal sempena raya.. elok pulak last month punye allowance masuk bulan ni jugak.. Syukur, syukur.

Raya ketiga, famili aku bertolak la ke KL sebab nak anta aku balik CJ.. but before that kitorang beraya dulu ke rumah bapak2 dan mak2 sedara kt Kg. Melayu Ampang.. keluarga blah ayah aku. Kitorang tak brape close sangat dengan family blah ayah aku. Jumpa pun time raya.. tu pun last year tak jumpa. I noticed how time flies so fast and how fast everyone's getting older.. huhu.. Tup tup, bapak sedara tiri (sebaya aku) dan sorang spupu aku dah selamat bertunang.. sorang lagi bakal bertunang 3 hari selepas kunjungan kami.. dan 3 lagi orang bakal bertunang really soon di mana dua daripadanya adalah sebaya aku. Phhuff!! Sorang lagi ni yg aku rase baruu je kawen.. tengok-tengok anak dia dah boleh berlari dah pun. Dear, dear... everyone's changing when I feel like I din change even a bit.

Disebabkan impak maksima yang berlaku di kalangan sepupu-sepupu yang di mana nama-nama mereka pun aku tak berapa ingat, maka anjakan paradigma juga tercetus di kalangan kedua orang tua ku..

My dearest dad started to clarify over and over again whether I'm still single or not.. while my beloved mother started to question about this particular friend of mine every single day and night.

Aku rasa macam leher ni kena jerut je.

Ada sekali ni di malam pertunangan sepupu aku, Farah.. kitorang datang dinner.. kebetulan Farah hidang sekali kek tunang dia tu.. Selamba rock heavymetal je bapak aku sound, "Ha Ayu.. gi la rasa kek tu. Mana tau lepas ni kamu pulak."

Memang sampai sudah aku tak sentuh kek tu..I did not even take a glance on it.

Malam terakhir seblum aku balik Cyber, aku tanya mak aku, "Ibu dan Abah ni dah tak sabar nak terima menantu ke?" Dengan tidak teragak-agak, mak aku tersengih sambil mengangguk.

Gulp.

Okaylah.. balik-balik isu ni je kan.. busan da. Haha. By the way, this Wednesday, ofis aku ade theme day besar-besaran sempena Halloween. DEAR GOD. I've made my decision..... not. to. dress. up.

Till then, daa~

Tuesday, October 09, 2007

The Day We Celebrate.

Raya is coming really soon and Ramadhan will be leaving us this weekend. Rase macam cepat sangat Ramadhan kali ni.. haih.. sedih lak rase.

Anyway, aku bukan nak buat proper Raya wishes wutsoever since I feel it's still a bit too early to wish everyone 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.' Padahal tinggal tiga hari je lagi kan bulan puase nak abis.

Tapi sebab dua orang housmet aku dah slamat bercuti raye.. dan dua orang lagi akan pulang beraya tomorrow.. aku rasa sangat syahduuu~!

Haih.. tinggal la aku sesorang kat rumah.. menghitung sisa-sisa Ramadhan yang tinggal. Aku hanya akan pulang ke Ipoh hari Jumaat pas keje.. which means malam Raya baru la aku sampai rumah... InsyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Amin.

Selama ni aku tengok kat TV je, orang-orang yang balik kampung time malam raye atau pagi raye.. aku macam tak terlintas pulak di fikiran, aku akan merasa sendiri kesyahduan pulang ke desa last-last minute macam ni.. ahahah. Yang tambah sedihnya, aku akan start keje balik pada raya keempat.. bermakna raya ketiga aku perlu pulang ke Cyberjaya balik.. Huwaa!!

Walaupun dah ade gaji sendiri, raya kali ni la aku paling bersederhana sekali. Aku hampir-hampir tidak mahu membeli baju raye, tapi sebab mak aku tepon suh beli jugak, so aku beli la. Satu kebaya dan sepasang baju kurung. Tu je. Takde kasut baru, tudung baru, mahu pun handbag baru. Eh handbag ade la, terbeli kelmarin. Haha.. Terr la sangat.

Ramai dah sound-sound mintak duit raye ni.. haiseyy.. Duit raye takde, sampul raye ade.. OCBC bagi 80 keping tak salah aku. Mau?? HAHA. Ofismates aku sume tanye, sampul2 ni nak buat ape, bukan ade duit pun nak bagi orang dui raye. Maka aku memberi cadangan agar jangan disesiakan sampul itu, maka lebih baik dilekatkan sahaja di dinding atau pun digantung di siling sebagai hiasan.

Okaylah...di sini aku dengan berbesar hati ingin menjemput anda semua berkunjung ke rumah saya di Ipoh.. diulangi, Ipoh. Bukan Cyberjaya. :P Aku nak hidang ape wei? Hahah.. tapi kalau nak datang jugak, datang lah. Mungkin boleh disajikan air kosong barang segelas dua.

Rumah aku itu telah ditakdirkan beralamat seperti di bawah..

Lot 1690, Jalan Dato' Sagor,
Kg. Seberang Sg. Tapah,
Ipoh.

Oh ye.. aku di Ipoh raya pertama dan kedua sahaja okey!

Alamak.. actually aku tulis entry ni bukan sebab-sebab di atas.. lari topik pulakk.. I want to thank my buddy yang sangat best telah memberi duit raye kepada aku yang jika diikut percaturan sebenar lumrah alam ini, tidak lagi layak menerima duit raye walau dalam apa jua kondisi. HEHEHEHE.

Maaf Zahir dan Batin kepada semua.. Harap-harap tiada sesiapa menyimpan dendam di hati.. Sesungguhnye aku hanyelah kekasih Deco manusia biase.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI."


Ucapan ini dibuat awal atas sebab sahabat-sahabat MMU ramai yang dah nak balik bercuti.

Saturday, October 06, 2007

It's that Gurl Thang!

[photo removed]



Semalam adalah hari kedua untuk theme day bagi batch aku di ofis.. Seperti yang aku maklumkan, theme day kali ni adelah 'Glamorous @ Prom Nite'. Takde lah pelik sangat sebenarnye.. just dress up a bit ala-ala bergaye sikit macam nak gi dinner pun dah okay. Tapi nampak agak gonjengnye sebab hari Jumaat adalah hari untuk dress down, which means boleh pakai baju biase dan jeans. So staff lain cam pelik tengok kitorang dress up terover lak tadi.

Tadi trainer aku on leave pulak.. rasanye sebab baby dia sakit. So macam frust lah kitorang sebab tak dapat tengok dia melaram. Maka hari ni free la aku daripada kena dengan trainer aku. Aku ni bising sangat agaknye, so asyik-asyik aku je kena dengan dia.. Kene buli la, kena tanye memacam soklan la.. kena tegur la.. Sampai ofismate aku cakap aku ni favorite trainer.. asyik kena soal je. Pastu aku ni jenis cheerful sangat.. last2 aku rase ade satu hari ni aku nak serius.. konon nak jadi budak baik dan fokus pada training la kan. Tapi baru sepuluh minit aku serius, trainer tegur, "N***, you look scary.. You don't look scared.. but you look scary." Pulak dahh~ Pastu siap advice aku dengan Kem yang jugak kecoh dan konon nak jadi serius supaya jangan biar stress keje merubah attitude kitorang. Haha. Ape hal la! Oh ye, I'm sorry I can't tell you what my short name is at the office.. because I'm sure you guys are gonna be struck in horror.


[photo removed]




Pas keje, aku, Kem, Mad, Aja, Aimi, Is, KB dan Ida gi buke puasa kat The Coast, Alamanda. Kitorang dah lama plan nak buka puase reramai.. akhirnye tercapai lah jugak hasrat kami. Idea asal nak gi SSJ la.. nak gi Chillis lah.. Last-last amek yang dekat je.. Pas berbuke, terlajak pulak kami gi me-lagha (def: bersuka ria) sampai lah kul 11 lebih.. ahahah.. Takyah la cite apa kitorang buat.. kang senak pulak jantung korang, terpakse kua surat kabar mintak jantung baru. Dah lah bulan puase camni.. Pastu memasing pakai kebaya except Kem, dah macam nak gi kenduri kawen. Salah concept betul. Siap ade yang tegur, "Aii.. nak gi beraya ke?"

Anyway sempatlah sambut sekali birthday Aimi yang jatuhnye pada hari ini.. So happy birthday to you, Aimi!

Aku tak dapat lagi gambar-gambar untuk disiarkan.. so I'll upload the pics later kay!!

Wednesday, October 03, 2007

My friends and I.

1.have you been 'accidentally in love?'
:: penah la kot.. pas kene tembak dengan paintball.. hahahah. kidding.

2.close your eyes. what do you see?
:: segan la aku tibe2 nk tutup mate dpn pc.. roommate aku ckp aku gile kang.

3.what' s your favorite fair ride?
:: semua yg membuatkan orang muntah.

4.if you could trade places with one person, who would it be and why?
:: Deco.. ahaha.. supaye aku bole blaja men bola dari dia dengan hati yg berbunga.

5.favorite card game?
:: tak minat.

6.what is the one restaurant you eat at way too much?
:: any with buffet.

7.what would you want your friends to remember about you?
:: the way i am who nobody else can be.

8.why was humpty dumpty so important?
:: supaya orang tau betapa telur itu sangat fragile. what are you grinning at?

FRIENDS:
who do you think of when i say...

1.dancing
:: yana & kakya

2.beautiful
:: there's someone i can't recall.

3.naked
:: can't tell.

4. memories
:: syakiera becoz we've been friends since form 4.

5.love
:: all my crushes who became my own friends.

6.picasso
:: nobody.

7.guitar
:: snapi.

8.eating
:: budak2 lelaki psscuhmmu.

9.water
:: my ex-housemates who drink a lottt of water everyday.

10.cats
:: amam.

11.driving
:: shidee sbb aku salu suh die drive.

12.addiction
:: simaa.. because she's addicted to 'sumthing'. la la la~

13.secrets
:: fieza....


ABOUT YOU:

1.what's the most common misconception about you?
:: orang salu ingat aku marah dia bile aku terkuatkan suara. my voice is naturally loud, okay?

2.what do you think about most?
:: what i'm doing and what i'm supposed to be doing... everything has been contradicting and i dun like it.

3.what are you lookin forward to?
:: my true path to my future. what i'm looking for and what should i do to go for it.

4.why are you the way you are?
:: if i try to change myself unwillingly, i'll get insane.

5.do you like who you are?
:: not really.. tapi aku tau semua yg aku jadi adalah kerana aku sendiri. i can blame nobody for what i am.