Tuesday, October 09, 2007

The Day We Celebrate.

Raya is coming really soon and Ramadhan will be leaving us this weekend. Rase macam cepat sangat Ramadhan kali ni.. haih.. sedih lak rase.

Anyway, aku bukan nak buat proper Raya wishes wutsoever since I feel it's still a bit too early to wish everyone 'Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.' Padahal tinggal tiga hari je lagi kan bulan puase nak abis.

Tapi sebab dua orang housmet aku dah slamat bercuti raye.. dan dua orang lagi akan pulang beraya tomorrow.. aku rasa sangat syahduuu~!

Haih.. tinggal la aku sesorang kat rumah.. menghitung sisa-sisa Ramadhan yang tinggal. Aku hanya akan pulang ke Ipoh hari Jumaat pas keje.. which means malam Raya baru la aku sampai rumah... InsyaAllah mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan. Amin.

Selama ni aku tengok kat TV je, orang-orang yang balik kampung time malam raye atau pagi raye.. aku macam tak terlintas pulak di fikiran, aku akan merasa sendiri kesyahduan pulang ke desa last-last minute macam ni.. ahahah. Yang tambah sedihnya, aku akan start keje balik pada raya keempat.. bermakna raya ketiga aku perlu pulang ke Cyberjaya balik.. Huwaa!!

Walaupun dah ade gaji sendiri, raya kali ni la aku paling bersederhana sekali. Aku hampir-hampir tidak mahu membeli baju raye, tapi sebab mak aku tepon suh beli jugak, so aku beli la. Satu kebaya dan sepasang baju kurung. Tu je. Takde kasut baru, tudung baru, mahu pun handbag baru. Eh handbag ade la, terbeli kelmarin. Haha.. Terr la sangat.

Ramai dah sound-sound mintak duit raye ni.. haiseyy.. Duit raye takde, sampul raye ade.. OCBC bagi 80 keping tak salah aku. Mau?? HAHA. Ofismates aku sume tanye, sampul2 ni nak buat ape, bukan ade duit pun nak bagi orang dui raye. Maka aku memberi cadangan agar jangan disesiakan sampul itu, maka lebih baik dilekatkan sahaja di dinding atau pun digantung di siling sebagai hiasan.

Okaylah...di sini aku dengan berbesar hati ingin menjemput anda semua berkunjung ke rumah saya di Ipoh.. diulangi, Ipoh. Bukan Cyberjaya. :P Aku nak hidang ape wei? Hahah.. tapi kalau nak datang jugak, datang lah. Mungkin boleh disajikan air kosong barang segelas dua.

Rumah aku itu telah ditakdirkan beralamat seperti di bawah..

Lot 1690, Jalan Dato' Sagor,
Kg. Seberang Sg. Tapah,
Ipoh.

Oh ye.. aku di Ipoh raya pertama dan kedua sahaja okey!

Alamak.. actually aku tulis entry ni bukan sebab-sebab di atas.. lari topik pulakk.. I want to thank my buddy yang sangat best telah memberi duit raye kepada aku yang jika diikut percaturan sebenar lumrah alam ini, tidak lagi layak menerima duit raye walau dalam apa jua kondisi. HEHEHEHE.

Maaf Zahir dan Batin kepada semua.. Harap-harap tiada sesiapa menyimpan dendam di hati.. Sesungguhnye aku hanyelah kekasih Deco manusia biase.

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI."


Ucapan ini dibuat awal atas sebab sahabat-sahabat MMU ramai yang dah nak balik bercuti.

No comments: