Saturday, March 15, 2008

Kisah Dolu-Dolu

Surprise, surprise!


Beberapa hari yang lepas aku terjumpa folder gambar yang asalnya daripada pc lama aku, masa tu tahun 2000-2001. Aku memang lupa aku ada simpan gambar-gambar ni lagi. I found them very very hilarious and humiliating. Tapi sebab sangat memalukan, so aku dengan willingnya nak share kat korang beberapa gambar yang ada kenangan tersendiri. So you guys will have a slight view on how I grew up. Hehe.



Ni masa first raya, kat rumah arwah Opah. If I’m not mistaken I was six at that moment. Time ni zaman takde gigi depan. Hehe. From left, my sis, my bro, me myself and my cousin, Nurul. Actually aku dengan Nurul memang kuat gaduh time ni. Asyik nak tarik rambut dan gigit tangan je. Aku sangat ganas, aku suka main dengan lelaki je. And I barely combed my hair, so kekadang dah macam anak pontianak.



Can you guess which one is me? Ni masa aku darjah satu, aku ketua kebersihan sebab aku dapat nombor tiga dalam kelas. Haha tah pape. So aku duduk sebelah ketua kelas. Gambar ni panjang lagi sebenarnya but I’ve to crop it sebab kang tak muat pulak dan terpakse resize ke saiz lebih kecil. Ni masa sekolah kat Ampang. Tengoklah betapa tergantungnya kaki-kaki aku. Haha. Aku antara yang paling kecik (17kg) dan pendek kat kelas, dan aku selalu beratur paling depan. Time ni aku selalu kena berulang-alik ke hospital tapi aku pun tatau aku sakit apa. Aku suka sekolah ni sebab penuh dengan aktiviti seni, tarian, nyanyian, short plays, alat muzik, memacam lah. So tiap tahun aku mesti terlibat dengan persembahan pentas sebab aku sangat suka menari. Aku sempat merasa tunjuk ajar cikgu Siti Hajar yang sekarang jadi guru vokal AF. Dia memang garang, siap pegang pembaris panjang satu stengah meter tu nak ketuk kaki kitorang yang salah step.


[photo removed]


Ok gambar ni sangat memalukan tapi takpe, aku tak kisah tunjuk kat korang. Ni masa aku form 3. Tak boleh blah betul tudung aku tu. Ni antara hari-hari terakhir aku kat Sungai Besar, Selangor sebelum berpindah ke Kuala Kubu Bharu. I still keep in touch with some of them thru Friendster. Membe sebelah aku tu dah nak jadi lawyer dah pun. Congrats, Wa. Tapi aku menyesal sekolah kat situ. Parti pembangkang politik cuba nak pengaruh pemikiran cikgu dan budak2 sekolah sampai sekolah tu tunggang terbalik dan terbiar. Aku hargai jasa diorang.



Hah ni masa form 5, aku seblah cikgu on his left (maknanya kanan gambar). Masalah negara betul, kot ye pun nak snap, kira lah dulu 1,2,3 kan. Aku tengah sedap usha budak klas lain masa ni. Haha. Majoriti budak klas aku adalah pengawas dan diorang ni kebanyakannye dapat 7A dan 8A je (please exclude me). Some of them dah nak jadi doktor dah.


[photo removed]


Ini besfren aku masa kat Kuala Kubu. Sblah kiri, Ayu dan sblah kanan Iera. Since membe aku dah cilok nama Ayu tu, dan aku budak baru, maka aku dipanggil Nora. Knape Nora ye? Masa mula-mula dak klas aku mintak aku tuka nama, secara spontan aku terus cakap ‘Nora’ coz it is part of my name too. So melekatlah nama tu. Tapi bila masuk MMU, aku tak mau teruskan panggilan tu since aku lebih selesa dengan nama Ayu.


[photo removed]


Ini masa English camp kat Kem Bina Negara, Ampang Pecah. Aku pun dah tak ingat apa nama budak2 ni except Iera. Berhantu siot tempat ni. Time aku on the phone malam tu, henfon aku terpadam tiba2 dan charger yang aku tengah on, suisnya ditutup. Jeng jeng jeng~!


[photo removed]


Ni masa aku first time menyanyi kat sekolah tu. Aku takdelah minat sangat menyanyi masa ni, I preferred dancing to be honest. Tapi sebab size yang tidak sesuai, maka minat aku luput macam tu je. Ngahaha. Emily yang berdiri seblah kiri gambar pun masuk MMU dan kitorang ditakdirkan satu kelas masa Alpha kat MMU Melaka. Yang klakarnye, dak2 kelas aku ramai tak kenal aku sebab diorang ingat aku ni cikgu. Sampai ada dak klas aku ni meloncat bila aku panggil nama dia, sebab dia ingat cikgu yang tegur dia. Hampes! Masa zaman skolah menengah, aku tak suke pakai baju kurung (selain uniform skolah) sebab diorang cakap aku macam cikgu. Argh!!



One thing aku suka klas ni, kitorang close dengan semua orang walaupun multi-racial. Non-malays mostly boleh cakap Melayu dengan fluent, tanpa pelat. Ni antara kenangan paling best aku kat skolah tu sebab kelas kitorang menang Kelas Paling Patriotik 2001 sempena Hari Kebangsaan. Aku rasa kitorang menang sebab kitorang paling banyak menggunakan bendera, seratus lebih. Terima kasih pada dak-dak kelas aku yang banyak sumbangkan duit untuk beli bendera2 tu. Memang seronok dan semangat sangat masa ni. Bila cikgu-cikgu yang mengadili pertandingan masuk ke klas, kitorang akan nyanyi lagu2 kebangsaan kuat-kuat sampai dak2 klas lain keluar tengok kitorang. Pastu klas sebelah pun tiru! HAHA. Kelakar siot.

Okaylah, sekian dulu edisi untuk kali ni.. Haha. Kalau aku jumpa lagi gambar-gambar huduh, aku share lagi. Apapun, inilah antara memori-memori sepanjang aku bergelar kanak-kanak dan remaja. =)

No comments: