Monday, July 27, 2009

Menghampakan.


Hari ni tak best sangat...

First, sebab hari ni hari Isnin. Susah nak bangun. Pusing kiri, snooze. Pusing kanan, snooze. Pusing depan, stop terus. Terlena empat minit.. Pup! Terduduk. Dah terlambat. Banyak kali snooze.

Lepas mandi, masuk bilik. Alarm bunyi lagi. Bongok. Cek alarm. Oh alarm back-up. Alarm kedua. Takut terlajak. Aku yang bongok rupanya.

Baru perasan. Ada tiga panggilan terlepas (missed calls). Padan muka aku tak jawab. Dah cakap dah nak tidur. Degil. Nak call jugak. Ha pergi borak dengan voice mail.

Keluar rumah, rasa macam kenapa lain macam je hari ni. Terik tapi hati rasa mendung. Oh puitisnya. Jalan tak jem pulak. Alhamdulillah. Semua emergency leave agaknya. Biasalah, Isnin.

Sampai office, masuk parking. Nak parking dekat tempat colleague dekat basement. Dia cuti bersalin. Parking aku kat luar. Panas. Tapi bayar murah sikit. Tak pernah bayar pun sebenarnya. Invoice zero je. Ha ha. Masa nak masuk parking, bertembung dengan kereta ofismet. Dia nak parking sebelah parking aku..

So, aku stop. Bagi dia masuk dulu. Tapi alignment aku dah lari. Takleh masuk depan, nak masuk bontot dulu. Tapi ada satu lagi kereta colleague aku baru sampai. Dia stop dekat sangat dengan kereta aku. Aku belum habis pusing lagi. Entah camne, aku blur. Aku undur sikit, bagi dia pintas aku. Dia pintas. Tapi aku rasa tak sedap hati. Aku toleh kiri.

Baik punya gesel. Sikit je. Aku tergesel kereta membe aku yang baru masuk parking tadi. Aku terus parking dan keluar kereta. Mintak maaf lah apa lagi. Tapi kereta dia kena ciput je. Aku punye zrass.. melekat cat kereta dia kaler merah Gen 2.

Aduh.. sakitnya hati. Kenapa blur sangat ni. First time langgar kereta orang. Oh rekod tercalar. Aku ada rekod jenayah kini.

Mujur membe aku ok. Dia kata sikit je, polish je dah ok. Dah lah dia baru first day masuk ofis lepas kena denggi. Dia cakap, "Kesian you, Ayu. Kalau I tak masuk kerja arini, takde lah you langgar kereta orang."

Lepas minta maaf dekat dia, aku mintak maaf dekat kereta. Kesan orang langgar dulu pun tak repair lagi. Haih..

Pagi tu aku tak bercakap sangat dengan orang lain. Tapi aku happy membe aku tu dah sembuh dari denggi. Borak-borak dengan dia. Kami banyak share cerita. Aku cerita pasal hal aku. Dia terkejut sampai terjerit, "Haa!" Lepas tu dada dia berdebar-debar. Aduh, terus aku rasa bersalah. Aku lupa blood pressure dia bebaru ni tinggi.

Minta maaf lagi. Tapi dia marah, buat apa nak minta maaf.

Hari ni aku rasa pening-pening je. Rasa melayang pun ada. Cabut spek. Lega sikit, walaupun tak nampak orang. Teringat doktor tanya pasal ni hari tu, tapi aku cakap aku ok.

Pergi lunch bertiga. Balik lunch, duduk sepuluh minit depan pc. Rasa pening balik. Bangun, bergegas pergi bilik air. Habis RM6 lunch aku.

Then rasa ok tapi aku still pening-pening. Entah-entah gula aku yang tinggi tak? Hmm.. nanti kena cek. Just in case. Dulu dah pernah jadi. Ingat tinggi, rupanya low sangat. :P

Lepas kerja, gi Alamanda. Beli barang, kemudian nak tengok wayang sorang-sorang. Lupakan masalah jap. Tapi kekawan nak join beli barang sekali. Lepas beli barang, aku balik. Rasa penat sangat. Tak jadi tengok wayang.

Orang yang call malam-malam buta tu call lagi. "Ni kenapa senyap je?" dia tanya penuh rasa tidak puas hati. Ada unsur-unsur rajukan dan kebengangan. Aku jawab dengan jahatnya, "Suka hati saya la saya nak senyap pun."

Balik rumah, mandi. Lepas mandi, belek muka kat cermin. Ya Allah, buruknya. Pucat lesi. Dark circle dah makin jelas. Aduh. Patut lah tak kahwin-kahwin.

Memang hari yang menghampakan.





No comments: