Wednesday, October 21, 2009

Raya Dee Moon

OK cerita dia macam ni.. Actually draft untuk entry ni dah lama buat.. Last updated masa 17hb october yang lalu. Tapi tak siap. Dan tak jugak sambung-sambung.

And I don't think I will continue writing it. It's already really long but only half way. Therefore, daripada aku penat-penat tulis tapi tak publish langsung, biarlah aku publish je entry yang truncated ni. Hahaha.




---------- 17th October 2009 ----------



DUA Jumaat yang lepas, ofis aku telah mengadakan Raya Dee Moon Celebration di mana menggabungkan tiga perayaan utama di Malaysia, iaitu Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Moon Cake festival.




Kira-kira dua minggu sebelum tu, ofis aku dah start dihiasi dengan decoration bagi membangkitkan suasana raya dee moon ni. PAMB BA department yang start decorate dulu.. Department2 lain semua buat bodo je.. termasuk la department aku. Ribon-ribon dah diberi untuk menganyam ketupat, tapi aku tengok team aku buat tak tahu je so aku pun buat dek je la.




Then former team aku, Prubase dah start anyam ketupat. Aishhh tak leh jadi ni... so aku pun mintak la ribon2 tu nak belajar anyam.. tapi aku buat satu je, then dah malas. Haha.

Tapi semakin dekat hari Jumaat tu, semakin banyak decoration dibuat. Diorang dah start angkut pelita, daun2 kelapa, kotak-kotak kuih bulan, kain ela, tanglung, papan congkak, tampi, dan macam-macam lagi. Department aku baru nak start decorate. Tanglung kami banyak.. paling banyak antara department lain. Hari Khamis tu, barulah nampak bebudak ni struggle nak deco. Pastu diorang mintak aku bawakan barang-barang untuk deco Raya. Tepuk dahi juga lah, dah last minute baru nak hias.. mana nak cari barang-barang tu semua.

So aku pun contact kawan-kawan terdekat.. dan dapat lah beberapa helai songket, kain pelikat, pelita, lampu kelip-kelip dan lain-lain. Since aku rasa tak mencukupi, aku pun singgah kedai stationeries dan beli apa yang patut. Malam Jumaat tu aku bersengkang mata buat kampung mini. Ini sungguh last minute.. ingat nak buat rumah banyak-banyak, tapi tak sempat dah. Tersengguk-sengguk aku buat.



Adalah dalam 70% siap kampung tu, esok pagi aku angkut bawak ke ofis. Lagi 30% aku siapkan di ofis. Hahaha haru biru dibuatnya.. semua berkumpul kat kampung aku, borak-borak, sambil amik gambar.. Tapi aku cuak takut kereta Bumblebee aku tu hilang hahaha. Ada yang ingat itu projek universiti aku la,ada yang ingat aku ambik subjek Art la.. Ada yang tak caye aku buat la.. Ada yang kumpul sekeliling deco tu, sambil congrats aku dan tepuk tangan ramai-ramai. Hahah takde keje. Padahal aku buat cincai je pasal dah last minute sangat.




Hari Khamis tu, aku sentuh kerja aku sikit je. Yang lain habiskan masa buat deco. Begitu jugak bebudak yang lain.. ada yang panjat tangga.. lilit-lilit itu ini, tampal sana sini.. anyam ketupat lagi.. buat lantern lagi.. Macam nak beraya dah.

Tapi dalam banyak-banyak deco, aku paling suka department aku letak anak-anak ikan kap. Eeeee.. geram sungguh la... bila lalu depan deco tu, sure aku stop kejap cucuk-cucuk anak ikan tu dengan jari. Geram.




Hari Jumaat tu, majlis start pukul 4. So plan pukul 3, nak start mekap untuk saree tying competition. Sebenarnya aku tak terfikir pun nak masuk. Tapi department aku tak hantar wakil so ofismet aku, kak Siti ajak masuk since dia willing nak gi belajar ikat sari dengan jiran dia. Aku ni jenis tak kisah sangat, masuk je lah. Takde la fikir apa-apa, sebab kata 'Saree Tying Competition'. Aku ingatkan sekadar ambik sari 6 meter tu, lilit je lah. Tak de lah sampai kena pakai inner ke, mekap ke apa.

Hari Khamis tu baru aku tau kena pakai full outfit. Aduh... nama dah submit, takkan nak tarik diri. Satu department dah tau, aku dengan kak Siti jadi wakil department kitorang. Nak tak nak, proceed je lah. Dengan bantuan kawan india kami, Gawri, dia bawakkan aksesori dan mekap kan aku.

Bila Gawri tengah mekap, aku ambik cermin nak tengok. Mak aih, macam nak terloncat aku dari kerusi bila tengok kening aku tebal semacam. Terus tangan aku gatal, pergi tenyeh kening aku, nak hilangkan line tu. Apa lagi, kena marah la. I went a little panic for a while cause I felt I looked so hideous.

[photo removed]



When I came out from the dressing room, everyone's eyes were on me, looking so shocked. Memang bodo dan memalukan. Paling tak tahan bila Head of HR lalu kat tempat aku dengan muka berkerut-kerut.. pastu dia pergi dekat aku dan terkejut, "Oh my God.. it's you, Ayu. I just wondered when did we hire a new Indian staff for PAMB. You totally transformed!"

Ok well that explains something. I don't really dress up when I go to work.

One of the rules for the competition was we are not allowed to wear any accessories except hairdo and makeup before the competition begins. So I still wore my Kebaya when the celebration began. Dah kena cop artis Indonesian pulak.

Aku malas nak cerita sangat masa pertandingan tu. Ahahaha memalukan. Pertandingan tu majoriti yang tolong ikat sari adalah Indian sendiri, so of course la ikatan sari diorang kemas dan cantik. Masa diberi 10 minit je, so aku paling last siap. Hahahaa. Biase lah, first timer beb. Sari aku asyik nak terlondeh je.

[photo removed]





---------- the draft ends here ----------


Anyway the competition was a total fun and people laughed like mad. They were still talking about it after a few days. They came to me asking, "Was it really you?", "It was you, right?" "You were hilarious!" "You looked so different lah, Ayu!" Siap time tengah tunggu lif, ada orang bisik-bisik sambil jari tuding-tuding kat aku. Haha. Ape kes.

Besides that, ada jugak pertandingan-pertandingan lain. Main gasing pun ada. Chinese yang menang. Haha. Cool!

But seriously it was tiring. Lepas majlis, aku rushing pergi KL central, nak balik Ipoh. Dah lah tak sempat packing, baju salin lupe nak bawak. Takkan nak naik train pakai sari/kebaya? Balik rumah jap, tukar baju. Mekap tak buang lagi ni. Dah lambat sangat. Dalam kereta baru sibuk nak cabut batu-batu kat muka ni.

Sampai Putrajaya Central, ada mata-mata yang memandang. Raba lagi muka.. rupanya batu kat hidung lupa nak cabut!!! Aduhhhh!!!

Mana tak heran orang dibuatnya.. pakai tudung, tshirt dgn jeans. Tiba-tiba mekap cam orang nak menari tarian bharatanatyam. Terpaksa lah jalan pun tundukkkkk je.

Anyway enjoy the photos. Ngantuk dah, mahu tidur. Nite~~!

[photo removed]

[photo removed]








No comments: