Thursday, July 01, 2010

Bebelan Petang.

Ada kereta pusat kesihatan berhenti di depan rumah. Ada announcement sedang dimainkan. Tentang nyamuk Aedes. Siapa ada lagu background lagi.

Biasalah duduk kawasan kampung ni nyamuk aedes memang satu isu yang tak pernah selesai. Kalau nak lihat satu panorama menarik, sila pergi ke halaman belakang rumah saya dan selak seluar sampai paras lutut. Anda akan menyaksikan ratusan nyamuk menyerang kulit anda dengan girangnya.

So tiap kali pergi angkat jemuran, kena pakai litup. Hahaha. Well, that's a good thing about it. But fogging is just not working here. Banyak parit, banyak longkang, anak sungai, semak, pokok.. Macamana lah nak dibendung kalau semua benda ni tak dikawal dengan betul. Fogging bukan satu penyelesaian pun. Mungkin lah dapat meredakan serangan nyamuk tapi untuk tempoh berapa lama? Seminggu? Tiga hari? Dua jam? Atau lima minit sahaja?

Kesedaran sivik bukan sesuatu yang mudah atau segempak dan seskema bunyinya. Susah. Siapa yang betul-betul mahu ambil peduli? Maybe I can have my own initiative.. Elak takungan air, buang sampah yang ada, bersihkan semak, jangan biar rumput panjang, aliran longkang tak tersumbat. Tapi kalau jiran sebelah buat dek je dengan halaman rumah dia, bajet nyamuk nak duduk umah dia je lah?

I believe my house has done all that tapi nyamuk masih banyak. Sana sini kes denggi. Ada yang dah meninggal pun. Kampung aku ni kampung melayu terbesar kat Perak ni sampai nama kampung dah tukar jadi Gugusan. Sampai orang luar gelak ar dengar perkataan tu.

What I'm trying to say is, it's tough.

Cakap pasal denggi, aku wonder gak untuk manusia spesis berplatlet count tinggi seperti aku ni, apa akan jadi kalau aku terkena denggi? Adakah platlet count akan turun ke paras normal ataupun sama saja seperti pesakit denggi yang lain?

To be frank, mosquitoes are my true enemies. I can't stand them not even one thus that became a reason why I hate camping.. Besides no bed, no toilet, whatsoever hahah. Tapi kan, aku rasa nyamuk dalam hutan pun tak banyak macam ni. But I'm not good at killing them. Tepuk konfem tak kena ar. Rasa cam juling pun ada. So I wish I could fix this problem. How to change these people attitudes and ways of thinking. At least tahap kesedaran tu kena improve lah.

Serius lah aku rasa aku dah macam Pegawai Kesihatan Hal Ehwal Denggi Semasa dah ni.

I went to my new office this morning at 9am.. Ada transition nak kena buat. My first day should be on this coming Monday tapi orang yang aku nak replace tu nak fly ke Australia lak dah so terpaksa lah arrange untuk jumpa awal.

First2 jumpe encik Bos, soklan pertama dia tanya, "Dah makan ke?" Erk.. Aku cakap dah tapi sebenarnya tak terfikir pulak nak makan apa-apa pagi tu. Pastu follow dia gi ofis, jumpa lah dengan orang yang nak buat handover tu.

Soklan pertama, "Awak dah makan?"

Orang Malaysia memang suka tanya soklan camni kan? Regardless whether we are Malays, Chinese or Indians. Soklan lazim lah tu. Sebab tu lah Martha Stewart pun cakap our local people suka makan dan bertanya pasal dah makan ke belum. It's just how we show our concern, isn't it?

Ok lah sekian repekkan aku pada petang yang mendung dan ada harapan nak hujan jap gi ni.

4 comments:

cadburyman said...

haha,dh mcm pegawai kesihatan pn.. eh de gak org xtnye dh mkn ke blm..lg kelaka die tnye 'ermm,dah mandi?'

@yU said...

hahaha. betul gak. itu spesel kes lah. mungkin terase nak jadi lain dari yg lain. :P

Anonymous said...

ko ni ada tokoh beb jadik pegawai kesihatan, dulu kt mmu salah amik course ker cam aku?...heheheh

@yU said...

hahaha aku rasa aku salah course sejak sem pertama alpha lagi. HAHA.