Thursday, December 08, 2011

December.


December has come!

So hard to believe, time flies so fast.

Kalau istilah mengejar masa itu boleh direalisasikan, aku kurus. Confirmed.

Bila dah masuk bulan Disember ni, otak mula mengorek rekod-rekod pencapaian sepanjang tahun. Agak-agak ada ke yang tercapai.

Resolusi macam terbiar hangit di celah ketiak.

Setiap tahun aku target untuk belajar sekurang-kurangnya satu benda baru. Alhamdulillah banyak jugak la benda baru aku belajar sekalipun tak baru langsung bagi orang lain. But this is about my personal achievement.

Antaranya aku belajar main tenis.

Sebenarnya dah lama nak main tapi takde kesempatan. Tempat kerja aku ni ramai perempuan minat sukan lain macam badminton, ping pong dan netball.

Netball. Jangan harap aku nak main sukan ni. Tak tahu lah kenapa aku tak suka sejak di kerusi sekolah lagi. The sport just isn't for me. Even to watch it pun aku tak minat.

Port kami di Stadium Ipoh.

So tennis ni mungkin bukan benda asing bagi orang lain, tapi aku rasa ramai jugak tak pernah main. Akhirnya aku berkesempatan untuk main sebab kawan aku seorang ni terbuka hati nak belajar. So ada geng la kan. Hehe. Bila dah beberapa kali datang main tu, akhirnya kami ingin bergiat secara lebih serius lantas membeli raket tenis! Hahaha semangat.

Boleh dikatakan tennis ni best jugak lah.  Tennis ni rally dia selalu pendek-pendek. Court pun luas. Jenuh kekadang penat kutip bola je. Hahaha.

Tapi aku lebih enjoy main badminton. Lebih pantas dan lebih banyak peluh yang keluar. Nak kutip shuttle pun tak susah kan. Haha.

Cakap pasal badminton, aku siap masuk tournament bebaru ni. Kejohanan Badminton Terbuka anjuran Kelab Sukan di office aku. Kategori ada satu je, beregu campuran. Memang mulanya takde terfikir nak masuk langsung sebab aku bukan hebat mana pun.

Tapi sebab ramai yang join, takpe la semangat kesukanan punye pasal aku join la. Mesti lah kalah kan. Takyah tanye plis.
Peringkat saringan

Antara injury yang paling tragis

Pengiraan mata menghadapi sedikit kesulitan


Ada jugak lah target yang aku nak capai tahun ni terkubur di longkang berdekatan hospital Ipoh.

Nak buat camne kan.. kita hanya merancang.. tapi Tuhan yang menentukan target nak kurus ku ini diluluskan atau tidak. Hahahahaha alasan.

Selain daripada kisah target ni, adalah benda-benda baru yang aku terpaksa hadapi dalam tahun ni. Rasanya dulu rajin gak aku cerita perihal penyakit-penyakit aku ni. Tapi sekarang ni pendam je lah dalam-dalam. Tahun ni aku didiagnosis dengan satu lagi penyakit baru.. yang kesannya amatlah besar dalam hidup aku.

Yang lepas-lepas tu tak settle lagi pun, datang yang baru lagi kan. Sekali lagi dikaitkan dengan pra-kanser so susah jugak lah nak cerita part ni.

Berat mulut nak bercakap, berat lagi bontot yang mengeluarkan angin kus kus. Haha.

Kadang-kadang bila member tegur, "Ayu apa khabar? Cemane dengan sakit you?", terpaksa tanya, "Sakit yang mana satu ek?"

Semalam follow up, dan aku sekali lagi di-refer untuk jumpa sejenis lagi pakar. Tahun lepas hematologist dah buatkan surat tapi aku taknak pergi. Tapi kali ni no excuse, dia reprint surat tu, tukar tarikh semalam dan suruh aku pergi jugak. Sobs. :'(

Apapun, aku redha dipilih menghadapi ujian ni. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya. Kena usaha lebih sikit. Doa lah untuk aku ye, kawan-kawan!

Abah dan ibu dah balik ke tanahair!! Alhamdulillah. Kami sampai di airport pukul 10.45 malam dan tunggu je la dalam kereta, agak-agak diorang dah nak keluar, kami pun pergi la ke arrival hall. Hall dah penuh dengan ahli keluarga yang nak menyambut kepulangan mereka yang tiba daripada Mekah.

Kami masuk je hall, adik aku terus nampak kelibat Abah yang baruuu je keluar. Pergh perfect timing woh. Dia dah teruja "Iena nampak abah! Tu tu! Iena nampak Abah!!" sambil tangan-tangan dia menepuk-nepuk belakang aku penuh excited. Sampai pakcik kat sebelah tergelak tengok gelagat dia (dia bukan sedar pun), "Ha pergi pergi."

KLIA
Muka penat dan lapar


Malam tu kami bermalam di hotel de Art, Shah Alam. Best woh hotel ni. Setiap bilik designnya unik. Tapi aku malas la nak buat review sekarang. Haha.

Ok nak pegi breakfast. Daa.











1 comment:

Unknown said...

Hehehehehehehhehe. Tak dapat cover dah. Elok2 je pulak tu nampak abah :D