Thursday, January 19, 2012

Protokol dan Etiket Social.

Semalam dan hari ni aku telah mengikuti kursus protokol dan etiket sosial yang dianjurkan oleh syarikat aku.

Dah lama sebenarnya aku nantikan kursus macam ni sebab masa kat Univ dulu tak berkesempatan nak join masa MMU tawarkan kursus macam ni.

It's good to attend this kind of training. Sebab kita punya budaya makan ni tak sama dengan protokol di meja makan ketika majlis rasmi especially ketika majlis makan malam. Dan jugak adab-adab makan kita ada yang sedikit berbeza dengan cara Barat.

Contoh paling senang, bila kita makan di meja dengan tetamu yang lain, kalau makanan itu jenis hidang, selalunya perempuan yang akan tuangkan air dan lauk pauk kan? Itu mengikut budaya orang kita lah. Tapi cara barat, perempuan takyah buat apa-apa. Lelaki yang akan melayan kita. Tak kira pangkat tau. Gentlemen lah kirenye. :)


Nak cerita la pengalaman semalam dan hari ni. Kami diminta mengadakan satu lakonan dengan mengadakan satu majlis makan malam. So kena form lah beberapa orang penting yang wajib ada dalam sesuatu majlis tu termasuklah Event Manager, MC, ushers dan jugak VIP.

Semalam kami pun main tibai la dan aku volunteered untuk jadi VIP. Konon pikir setakat duduk bersenang-lenang je kan. Tup tup kena bagi ucapan plakkk.

So dengan hebatnye, tanpa rehearsal, kami terus jalankan simulasi tersebut. Apa lagi caca merba lah. Dengan MC tersalah pantun,

"Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita berjumpa lagi."

Lepas tu boleh plak majlis makan malam, VIP duduk atas pentas dan ada acara potong ribbon. Hahahaha.

Yang aku plak, bagi speech sebagai pengurus projek. Aku main reka je la projek empangan Sg Perak. Pastu di akhir ucapan, aku umumkan insentif tiga bulan gaji kepada semua staf. Berguling ketawa lah masing-masing sebab yang patut announce bukannya aku tapi itu tanggungjawab CEO. Terus aku membuat confession di atas pentas "Gila kuase." Lantas aku dicop sebagai PM yang gile kuase. Hahaha.

Banyak la adegan-adegan yang tak masuk akal telah berlaku. Menyebabkan perut krem dan air mata meleleh sebab ketawa tak henti.

Maka trainer tidak berpuas hati dan minta esoknya kami buat lagi sekali dengan perancangan yang lebih teratur.

So kami rombak sekali lagi siapa yang patut pegang jawatan dan tugasan yang diberikan. Semua ditukar kecuali aku sebagai Project Manager dan bos aku, En Azhar sebagai Event Manager dikekalkan.

Balik rumah, aku pun google la contoh-contoh speech PM yang aku boleh songlap kan. Buat homework sikit la. Tapi ayat-ayat tu aku create sendiri lah. Hahah.

So hari ni, kami adakan sekali lagi dan berkat kritikan pedas trainer, kami berjaya jugak lah adakan satu majlis makan malam yang boleh dikatakan membanggakan. Rupa-rupanya bukan aku je buat homework, ada yang buat program book, ada yang prepare persembahan (lagu Aci Aci Buka Pintu! Haha best gila), dan bos aku siap google lagi koleksi pantun yang boleh diguna pakai dalam majlis macam tu.

Bak kata Boboi Boy, "Terbaik~"

And they liked my speech very much. Siap dapat applause please. Hahahaha.

Usher aku cakap "Tak sia-sia aku escort ko. Memang the best lah ucapan!"

Hahaha. Tapi part paling tak boleh blah masa MC nak jemput aku untuk memberi ucapan. Sepatutnya dia address aku "Yang Berusaha" tapi end up jadi,

"Yang Berusia Pn Ayu.."

Hahahaha adeh.





(published using Blogger app)

No comments: