Kata seorang kawan..
Ada akal, fikir.
Ada hati, rasa.
Ada jiwa, dalami.
Selalu rasa makin jauh, tapi Dia masih mahu kurniakan kasih sayang.
Dugaan datang lagi. Tapi kali ni agak lali. Sudah dijangka.
Kadang-kadang orang yang paling banyak ketawa itu lah yang paling banyak memendam rasa.
Ketawa itu kadangkala menjadi satu alat atau pun escapism. Lari dari kesakitan.
Mungkin juga satu rawatan. Tapi bersifat sementara. Kerana apabila tibanya malam atau di saat dia bersendirian, jiwanya kembali kosong.
Hambar.
Bukan kah mencegah lebih baik daripada merawat?
Tapi apabila tidak pasti apa yang perlu dicegah, leka lantas terluka.
Bagaimana pula kalau kegembiraan itu yang akan membawa petaka? Perlu kah dicegah diri daripada merasa nikmat bahagia?
Tak payah tepuk dada untuk tanya selera.
Segalanya tertulis. Kita hidup ada misi. Jika kekecewaan yang berlaku tidak ada kaitan dengan misi itu, maka tinggalkan.
Tetapkan hati. Teruskan perjuangan.