Siapa lah tak pernah dengar durian crepe sekarang ni kan. Fenomena yang tiba-tiba aje. Siapa ada Facebook mesti la dah muat tengok orang share gambar durian crepe masing-masing.
Resepi berlambak di internet tapi aku share juga lah resepi yang aku buat ni, sesuai untuk mereka yang takde penyukat ML dan Gram. Haha. Measurement aku berbeza sikit daripada yang lain, but terpulang lah ye nak ikut ke tak. Haha. InsyaAllah crepe anda enak dimakan begitu saje sebab tekstur yang agak moist dan ringan gitu. :)
Resepi ni juga resepi mereka yang nak cara paling ringkas dan mudah. Tapi minta maaf lah takde gambar. Sebab selalu kalau amik gambar time masak ni, masakan aku cam 'merajuk'. Hahah. Suwey gitu. :))
Bahan-bahan untuk crepe
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi kayu
1 cawan susu segar
1 cawan air
3 sudu besar gula caster (kalau takde, gula halus pun boleh tapi kurangkan kepada 2)
2 biji telur
3 sudu besar butter yang dicairkan (aku masuk dalam microwave je hihi)
1 penutup Esen Vanila (guna penutup botol dia tu je)
1 sudu kecil pewarna (guna penutupnya pun boleh)
1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan untuk isi
Durian secukupnya
Non-dairy whipped cream (aku guna jenama Rich's. Lebih cepat kental daripada Value Pride)
Cara-cara untuk crepe
1. Sediakan blender. Jeng jeng jeng.
2. Masukkan semua bahan.
3. Blend sampai sebati dan tapis adunan.
4. Sedia untuk dikerjakan.
5. Panaskan non frying pan dengan api yang kecil.
6. Sapukan butter dengan berus kalau pan anda jenis yang dah berusia hehe.
9. Dengan menggunakan senduk, tuang adunan dan rata kan segera dalam bentuk bulatan.
10. Bila permukaan dah kering, angkat. Tak perlu terbalikkan. Pastikan lah crepe anda tak berlubang di kawasan tengah ye!
11. Ulang lah sampai habis adunan tadi. Boleh dapat dalam 15-18 keping. Kalau first time, mungkin ada yang tak menjadi tu, kena reject ler hehe.
Cara-cara untuk isi
1. Pukul cream sampai lah kental.
2. Bersabar. Haha.
3. Asingkan isi durian daripada bijinya. Nak isi sahaja.
Seterusnya,
Bentangkan crepe. Letak cream, kemudian isi durian dan kemudian cream semula. Macam 3 layer gitu.
Lebih kurang gini lah ye. |
Lipat crepe. Cara-caranya boleh rujuk link ini: http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2012/10/resepi-crepe-durian-tutorial.html
Actually aku dapatkan resepi daripada blog ini juga dan beberapa blog lain, thank you ye tuan rumah. Tapi measurement aku tukar sikit. Kalau nak tengok gambar-gambar, boleh ke link tersebut.
So itu lah basically yang aku buat. InsyaAllah menjadi sebab aku dah jual banyak set durian crepe ni kat ofis. Takde niat nak berniaga pun tapi sebab ada permintaan, aku buat je lah demi kawan-kawan. Tapi minggu ni last lah pasal wa sulah tak larat hahaha.
Kalau crepe anda rasa seperti makan aiskrim, insyaAllah menjadi lah tu ye. Bagi peniaga-peniaga kat luar tu, tolong lah jangan guna resepi roti jala buat crepe. Anda telah merosakkan pandangan orang terhadap durian crepe ini. Jangan bakhil sangat, tak berkat nanti.
Bagi yang rajin, boleh letak sos custard juga. Dan sila elakkan menggunakan whipped cream yang dalam botol spray tu. Ini kes pemalas sangat dah ni. Percayalah durian crepe anda memang tak sedap!
Selamat mencuba ye!
Anyway friends, do you like my new blog template? I hope you do! Hehe. Semalam tiba-tiba datang angin rajin, terus tukar. Tak habis edit lagi ni.. but slowly lah ye. Saja tukar sempena nak tahun baru ni.. ECEHHHH!!
No comments:
Post a Comment