Lama dah tak buat review filem tempatan kan.. so aku buat la kali ni.. har har harr..
Last Friday aku dan kawan-kawan ofis pergi la tengok filem Rock Oo! ni. Aku rasa nak tengok sebab aku dah tengok filem Rock dulu tu, dan trailer Rock Oo! ni boleh tahan best jugak.
Masa tengok Rock, aku tak rasa best sangat la sebab aku tak berapa 'bersedia' nak tengok spesis mamat-mamat keding yang tak suka berbaju, dengan rambut cam perempuan meroyan, seluar ketat dan londeh.. Bagi aku, diorang nampak 'TAK WANGI'. Hahahaa.
Jalan cerita Rock pun aku rasa tak berapa menyengat sangat. But disebabkan trailer Rock Oo! ni mengancam, pulak tu Que Haidar bikin comeback.. So aku pun pergi lah tengok dengan minda yang telah tersedia untuk melihat mamat-mamat yang semestinya bukan taste aku langsung!! HAHA.
And Rock Oo! did surprise me. I loved it. Maybe because I was more prepared this time. Kalau ikutkan aku tak lalu la nak tengok lelaki-lelaki gaya rock selekeh ni. Tapi sebab jalan cerita Rock Oo! yang best dan mempunyai mesej-mesej tertentu, aku boleh katakan Rock Oo! bukan lah filem kosong takde isi (macam Husin Toncit tu). Rock Oo! banyak mesej mendalam, antaranya yang aku noticed tentang rockers yang clean itu sebenarnya wujud.. Macam band Rimba Bara sendiri. Diorang tak minum, tak ambil dadah, tak mengamalkan ilmu songsang, tak merokok, tak berdendam, very determined dan tak kaki perempuan macam kebanyakan tanggapan orang kita tentang rock band.
But frankly speaking, susah kot nak cari rock band clean macam ni. Hahaha.
Direktor, Mamat Khalid bijak menggunakan filem ini untuk menceritakan pada generasi sekarang ni, kenapa rock kini tak semegah dan sehebat dulu. Apa yang berlaku pada zaman 90an sehingga rock band semakin lama semakin pupus turut diselit. Parody yang dibuat tentang majlis potong rambut rockers tu memang aku tergelak besar la. I did watch the event. Aku masih ingat saat-saat rambut Awie dipotong paras bahu dengan gunting lengkap dengan ribon. Awie tersenyum je masa tu.. but bagi aku, macamana terpotongnya rambut diorang, macam tu jugak lah terbantutnya semangat seorang rocker. Hati ada tercalar la beb.
Tapi bagi aku, ada sebab lah kerajaan ambil keputusan untuk sekat penularan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan rock band ni.. macam konsert dan sebagainya. Kalau takde isu, takkan tindakan diambil dengan begitu drastik. Mungkin ada yang teraniaya dengan tindakan tu, tapi ada hikmahnya juga la.
Anyway, selain daripada mesej-mesej yang cuba disampaikan tu, aku enjoy tengok filem ni dah tentunya kerana lokasi-lokasinya adalah di sekitar Ipoh, seperti Super Kinta, Yik Foong etc.
Ada jugak lawak-lawak yang best. Dan lakonan mantap Khir, Que, Pekin, dan lain-lain tu memang menghidupkan filem ni sebab ada scenes yang dialognya tak banyak tapi scenes itu berkesan kerana lakonan mantap pelakon-pelakon filem ni. One of my favourite scenes, dah tentu lah ending Saiful Apek. Sangat terkesan wo. Aku harap orang kita ambil iktibar dan renung-renungkan apa yang filem ni cuba sampaikan. Jangan takat tengok, gelak huha huha. Tu je yang dapat.
Secara rumusannya, aku berpuas hati dengan filem ni (berbanding Husin Toncit yang tak logik tu) sekalipun aku rimas gilaaaaaa tengok watak-watak dalam filem ni. Khir dan Que paling best sekali la. Tak kira lah korang ni peminat rock ke tak, cerita ni boleh layan lah. Aku sendiri pun tak suka rock zaman 80an - 90an ni.. semak otak doh. Hahaa.
My Rating:
Story: 4/5
Characters: 4.5/5
Direction: 4/5
Structure: 3/5
Cinematography and lighting: 3.5/5
Music: 5/5
Overall: 4/5
Credits: buatmulut.com, FB grandbrilliance.
No comments:
Post a Comment