Tahun ni ada beberapa perkara yang tak berapa biasa berlaku sebelumnya tapi berlaku pada tahun ni.
1. Selalunya setiap tahun annual leaves pasti habis atau kekadang rasa tak cukup. Tapi kali ni, AL aku melebih-lebih dan some of my leaves will be forfeited kalau tak spend by this year sebab dah terlebih daripada jumlah yang boleh dibawa ke tahun depan.
2. So far, no MC taken. Yes. Alhamdulillah. Kesihatan tahun ni agak memberangsangkan. Syukur sangat. Takde MC tak bermaksud aku tak jatuh sakit langsung ye. Tapi samada jatuh sakit pada hari minggu atau memang malas nak ambil MC.
3. Menari. Yes. Another thing that I had not done for yearssss but I did it this year. Truly memorable. Menari tarian2 dari era 50an hingga 80an termasuk twisr, rock n roll, cocok langit dan Thriller! Done this before but never thought I'd have the chance to do it again. By the way, we won 2nd place.
4. Won a grand prize for lucky draw. Rarely happened. In fact, rasa macam tak pernah. Alhamdulillah rezeki.
5. Kurang bercuti. Takde lah kurang sangat tapi tahun ni takde amik cuti panjang untuk melancong. Paling lama pun empat hari kot.
6. Got myself a new phone. Setelah bertahun guna iPhone 4, akhirnya aku mengambil keputusan untuk memiliki telefon baru sebab iPhone tu dah nazak sangat. Memang menguji kesabaran sebab dah tak mampu bertindak laju. Alhamdulillah juga for this. (Sebenarnye guna tepon jugak la update belog ni pong)
7. Paling banyak join aktiviti syarikat dan kelab sebagai komiti. Kepercayaan diberikan so aku terima je lah. Tapi di hujung-hujung rasa dah senak juga la. Aku rasa salah satu punca juga la aku tak dapat nak ambil cuti sangat.
8. Paling banyak menyanyi tahun ni in public. Adeh. Aku prefer menyanyi dengan kawan-kawan je pun time karaoke. Tapi tahun ni gila stage sikit kot hahahaha. Tak sedap mana pon. I don't have stage fright most probably because my mother used to encourage me to be on stage since I was 7 yrs old. Dari sekolah rendah dah meroyan nak perform kot hahahaha. Nasyid, short play, debate, story telling, dancing, pakaian beragam, main alat muzik, apa je aku tak buat haha.
9. Paling kurang memasak tahun ni. Minat memasak ada sedikit menurun mungkin sebab almost everyday balik lambat sekarang. Weekend pun tak lekat kat rumah. So tak banyak try new recipes. Sobs.
10. Rasanya tahun ni tahun paling happy aku bekerja di sini sebab dapat kenal true friends aka bff (breastfeedingforever?) dan juga dapat bergaul mesra dengan lebih ramai colleagues.
Definitely lots more to say but cukup lah 10 points ye dokkk.
Ok more craps in the next entry. Hahah.
No comments:
Post a Comment